"No, tak pernah! Langsung tak pernah menyesal saya confess ke awak.. cuma saya rasa awak macam tak ready lagi bila saya confess.." terang Zarin. Matanya merenung ke sepasang anak mata Wafa.
"Apa maksud awak complicated relationship ? Awak kata awak tak nak bagi komitmen and tak ready tuk bercinta ? And you prefer us to be friend ? But asking me if saya being serious time confess ke awak.. sekarang ni saya rasa macam awak mendera saya tau Wafa. Saya betul-betul maksudkan bila saya kata saya suka awak." Luah Zarin.
Wafa melepaskan keluhan kecil, dia mengambil tempat bertentangan dengan Zarin.
"Complicated kan?" Soal Wafa.
"Ya, saya rasa macam awak bagi peluang kepada saya tapi dalam masa yang sama, saya rasa awak letak line antara kita. Line yang saya tak boleh langgar. Awak buat saya ovethinking yang awak akan menjauhkan diri dari saya.." luah Zarin.
Wafa terdiam. Zarin kata dia tak faham tapi dia berjaya menerangkan hubungan yang dia maksudkan kepada Zarin.
"Sebab tu la saya kata complicated. Zarin dengar sini baik-baik. Saya selesa je dengan awak, so bila awak confess, saya tak rasa pun nak reject awak. Confession awak tu pun saya anggap perkara serius." Terang Wafa satu-persatu. Mata Zarin ditenungnya.
"Saya seorang yang agak old fashion dari segi percintaan di mana, saya kalau boleh tak nak pun bercinta lama-lama but saya saya tak nak kahwin dengan someone yang saya tak kenal. So, instead of bercinta, saya prefer if kita kekal sebagai kawan. Sebab apa yang saya perasan, once saya kata bercinta.. my ex always tak respect saya as a person.. maksud saya, bagi ex saya, bila bercinta dia anggap like my life is his.. so everything berubah once kita in relationship and saya tak suka." Luah Wafa.
Zarin memandang Wafa dengan lama. "Apa yang awak maksudkan tak nak bagi komitmen ialah during bercinta dan bukan sampai ke kahwin kan ?" Soal Zarin.
"Yup. Awak sanggup ke nak bercinta dengan saya yang berfikiran macam ni ? Saya bukan seorang yang masa sangat flexible. I have my own carrier.. my own team to focus on and my own life and problem. And, once we in relationship, bila kita bercinta, awak bukan suami saya lagi so saya harap awak respect life saya." Luah Wafa. Dia tahu kedengaran agak kasar, tapi dia nak Zarin tahu limitnya ketika dengan dia.
"Right now, saya completely stranger untuk awak kan ? Saya faham.. but to be in relationship, communication tu penting, Wafa." Tegur Zarin.
"Saya tahu communication is a key and bila saya kata respect tu, bukan bermaksud awak tak boleh ambil tahu cuma jangan act as my husband.. and.. I'm not ready to open up my personal life problem.. saya takut awak yang akan terasa dengan saya nanti. And saya tak suka bila boyfriend saya suruh saya minta izin kalau nak pergi mana-mana.. saya rasa tak selesa." kata Wafa.
"Ex awak buat macam tu ?" Soal Zarin sambil tergelak kecil mendengar cerita Wafa. Lega dia apabila Wafa berterus terang dengan dia.
"Ya, dia ingat dia suami saya ke ? Memang patutlah kena break." Luah Wafa dengan geram.
"So, awak prefer as a friend kan ? Kiranya saya ni kawan la kan ?" Soal Zarin.
"Yup and.. patut ke saya consider awak as boyfriend ?" Soal Wafa, sengaja dia hendak mengusik Zarin.
"Awak tak nak ke boyfriend yang handsome macam saya ?" Soal Zarin dengan muka kesian. Tergelak Wafa melihat muka seposen Zarin.
"Eee.. perasannya!" Balas Wafa.
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...