13 - Naif

57 12 0
                                    

Mereka tiba di hadapan bangunan ANNE Magezine. Wafa melambai-lambai ke arah Zarin sebelum melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Masuk sahaja ke dalam pejabat, rajin pula Wafa menegur pekerjanya. Mahu terkejut semua pekerja pejabatnya.

"Cik Wafa nampak happy je. Dari mana ?" Soal Amira apabila Wafa berselisih dengan mejanya.

Wafa tidak menjawab, dia hanya tersenyuman sebelum masuk ke dalam bilik pejabatnya. Remote kawalan jauh untuk dinding kacanya ditekan agar dinding menjadi legap. Memandangkan hari ini kerja pun macam tak ada, fokus dia pun melayang. Rasa macam nak take half day je. Macam ni rupanya rasa malas bekerja.

Kerusi panjang dilihatnya, kan best kalau dapat baring. Wafa menampar-nampar wajahnya agar mula fokus! Dia tak boleh ikutkan sangat malas dia. Ketukan di muka pintu membuatkan Wafa sedikit terkejut. "Masuk." Arah Wafa.

Amira melangkah masuk bersama Atiqah di sisinya. Wafa memandang mereka berdua.

"Tadi chief writer cari Cik Wafa." Kata Amira.

"Cari saya ? Kenapa?" Soal Wafa.

"Dia nak tanya pendapat kalau isu akan datang kita relate kan theme kita dengan bunga. Mereka nak buat theme bunga tapi bukan as prop, dorang nak fashion link dengan meaning-meaning bunga sebab mereka rancang nak interview florist terkemuka Elizad Sofea." Terang Amira.

"Faham. Atiqah pula kenapa ?" Soal Wafa.

"Kita kan nak link flower dengan fashion kita. Saya cadangkan kita hired florist." Kata Atiqah.

"Hired florist ?" Soal Wafa. Dia memandang Atiqah yang tersenyum sampai ke telinga. Jangan cakap dia nak hired Zarin ?

"Yup, kita kan perlukan bunga for our photoshoot and also kita nak link kan bunga dengan theme kita. Kita perlu someone yang professional dalam bahagian tu." Kata Atiqah lagi.

"Awak dah ada idea ke siapa?" Soal Wafa.

"Dah." Laju sahaja Atiqah menjawab. Wafa memandang lama Atiqah membuatkan Atiqah dan Amira jadi nervous. Kenapa Wafa senyap sahaja.

Sebenarnya Wafa tengah fikir, patut ke dia bagi peluang kepada Atiqah mendekati Zarin. Siapa yang cadangkan selalunya akan ditugaskan untuk hired pekerja tapi Wafa tahu Atiqah ada niat dia tersendiri. "Is it my friend?" Soal Wafa.

"Ha'a." Jawab Atiqah.

"I will discuss with him. Kalau dia setuju, kita hired dia." Balas Wafa.

"Tu je kan?" Soal Wafa lagi.

"Ya, tu sahaja." Jawab Amira.

"Alright, dismiss." Arah Wafa. Amira melangkah keluar tetapi Atiqah tidak ikut serta. Dia memberi isyarat untuk berbincang sesuatu dengan Wafa. Amira hanya mengangguk faham sebelum keluar.

Wafa yang perasan seperti ada seseorang masih berdiri di hadapannya mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan yang masih terjegat di hadapan meja.

"Kenapa?" Soal Wafa.

"Cik Wafa, kalau saya pergi jumpa kawan Cik Wafa boleh tak?" Pinta Atiqah.

Wafa memandang Atiqah bersama keluhan berat. "Atiqah, saya nampak muslihat awak. Waktu kerja is kerja." Tegur Wafa.

"Cik Wafa, saya akan tetap jalankan kerja saya. Cik Wafa jangan risau." Kata Atiqah dengan bersungguh-sungguh. Mana mungkin dia akan lepaskan peluang ini untuk berkenalan dengan Zarin.

Wafa terdiam. Dia memandang Atiqah untuk melihat kesungguhan Atiqah. "Okay,  awak uruskan dari A sampai Z urusan florist. Saya tak masuk campur." Putus Wafa.

"Terima kasih, Cik Wafa. Saya keluar dulu." Laju sahaja Atiqah mengucapkan terima kasih dan melangkah pergi. Takut duduk lama dalam bilik pejabat Wafa, Wafa tarik balik arahan dia.

Wafa melepaskan keluhan kecil. Harap dia tak silap keluarkan arahan tapi gaya Atiqah tadi macam lain. Harapnya, kerja yang disuruh dibuat dan Atiqah tidak salah guna kuasa yang dia ada.

Bunyi deringan mesej membuatkan Wafa terhenti memikirkan Atiqah. Apabila dicapai fonnya, rupanya mesej daripada Zarin.

Wafa, awak balik awal kan hari ni untuk ambil bunga kat kedai ??" -Zarin-

Wafa tersenyum senang saat melihat mesej daripada Zarin. Memandangkan hari ini hari ibu sedunia, dia memang akan balik awal dan makan malam bersama Puan Yulina. Lagipun dia dah mesej ibunya untuk malam ini.

Yup, saya akan singgah kedai awak petang ni. -Wafa-

Selepas membalas mesej Zarin, Wafa melepaskan satu keluhan lega sebelum kembali menyambung kerjanya. Apabila jam menunjukan pukul 5 petang, Wafa mula mengemas mejanya untuk pulang. Ketika dia melihat sekilas ke arah meja pekerja yang lain. Dia boleh nampak Atiqah sedang membetulkan make up-nya.

"Aku dah agak dah dia nak ngorat Zarin." bisik Wafa dalam hati. Apabila melihat Atiqah sudah mula bangun dari kerusinya. Makin laju tangan Wafa mengemas meja kerjanya. Laju dia melangkah untuk turun lif yang sama tetapi dia terlepas. 

"Cik Wafa!" tegur Farah, ketika itu bukan Farah sahaja tetapi ada pekerja yang lain juga. Mereka turut serta menunggu untuk turun ke lobi. Melihat kelibat Wafa pulang tepat pada pukul 5 petang membuatkan yang lain terkejut. Ketua mereka yang satu itu mana reti turun tepat pada masanya selama ini.

"Hi, Farah." Wafa mengangguk sedikit ke arah mereka sebelum matanya tertumpu ke nombor yang tentera pada lif. matanya melihat satu persatu nombor tingkat yang lif sedang naik.

"korang perasan tak tadi Atiqah melaram?" Soal Farah. Secara tak sengaja Wafa turut terdengar perbualan antara mereka.

"Atiqah ? Perasan sangat kak Farah! Dia punya excited habis kerja lain macam." Sambung Miza.

"Ara pun nampak tadi. Macam pergi date je.. untunglah masih muda, so masih mood bercinta.. ni kita ni habis kerja kena uruskan family kan Farah." Kata Ara bersama keluhan kecil.

"Hahahahaha.. tula, jeles tengok. Ni, Miza-" mendengar perbualan mereka mengenai Atiqah dah habis, Wafa pun tak berminat nak dengar lebih-lebih. Atiqah seriuslah ada hati dekat Zarin ? Tapi macam mana ? Soal Wafa dengan pelik.

Boleh ke orang jatuh cinta pandang pertama tanpa kenal? "Aku sumpah tak boleh brain." Luah Wafa di bibir. Terdiam pekerja-pekerja di sebelahnya.

Wafa memandang mereka berdua dengan muka terkejut. "Kenapa ? Aku terlepas cakap kat bibir ke!?" Soal Wafa dengan cuak dalam hati.

Farah tergelak kecil, begitu juga dengan yang lain. "Tapi itulah budak muda sekarang cik Wafa. Everyone now easy je nak falling in love. Tengok gambar profile pun boleh jatuh cinta." Terang Farah. Dia faham Wafa pun masih muda, usia lewat 20-an itu kira masih muda tapi semua orang tahu bertapa workaholic-nya Wafa di pejabat jadi tidak pelik jika dia tak faham apa itu cinta.

"Owh, hahaha saya terkejut je macam mana orang boleh falling in love tanpa kenal lebih dalam lagi." Balas Wafa.

"Itu lah sesi kenal-kenal, nak tengok dia macam mana orangnya." Terang Ara pula.

"Betul tu, adik Farah masih belajar lagi tau.. dia kenal dengan girlfriend dia masa meeting online.." cerita Farah.

Terbeliak besar mata Wafa. Macam mana orang boleh bercinta dengan completely stranger ? Kau langsung tak kenal, pastu kau jatuh cinta tanpa tahu latar belakang dia !? Naik meremang bulu roma Wafa bila memikirkan semua itu.

Ara yang perasan akan riak wajah Wafa tersenyum senang. Bila tengok macam ni, dia rasa naif pula si Wafa ni kalau bab - bab cinta. Apabila lif yang ditunggu terbuka mereka pun melanglah masuk.

×××

What is love ? Hmm..
Hi, I'm back with new chapter 👋🏼👋🏼

By the way, korang nak EXO or Twice tolong nyanyikan What is love ke Wafa ? Huhuhu

Wafa AqishaWhere stories live. Discover now