Zarin merenung lama jambangan bunga dalam bekas kotak yang ditempah oleh Wafa. Ika dan Hana sudah tergeleng-geleng kepala melihat gelagat boss mereka.
"Ika, kalau tak dapat pandang tuan bunga, pandang bunga je pun dah boleh lepas rindu ke?" Soal Hana dalam nada mengusik. Ika menjeling ke arah Zarin sebelum mengetawakan boss-nya.
"Boss, tengah hari tadi dah keluar date dengan Cik Wafa.. takkan terindu-rindu kut.." usik Ika.
"Gila tak rindu.. hari-hari rindu." Balas Zarin dengan bersahaja.
"Kesiannya lah boss kita ni, dah suka ngaku je la boss." Kata Hana pula.
Zarin hanya mampu tersenyum kelat, tidak semudah itu untuk dia mengaku yang dia sukakan Wafa. Lagipun, dia tak nak lah kemesraan mereka tergugat kalau dia mengaku perasaan dia ke Wafa. Elok kawan, nanti tak bertegur! Wafa perlukan masa untuk kenal dia.
Pintu kedai dibuka oleh pelanggan. Laju sahaja mereka bertiga menjemput pelanggan yang datang.
"Welcome to The Daffodil." Kata mereka bertiga serentak. Hana berjalan menghampiri Atiqah yang baru sahaja melangkah masuk. Mata Atiqah menerawang ke sekeliling kedai sehinggalah dia nampak apa yang dia nak.
Atiqah terpaku melihat Zarin saat lelaki itu tersenyum ke arah dia. Hana dan Ika yang perasan akan telatah Atiqah hampir sahaja nak terlepas tawa mereka. Tak lain tak bukan, another pelanggan yang tangkap cintan dengan encik boss.
"Boleh saya bantu, cik ?" Tegur Hana, hampir lenguh mukanya kerana cuba menahan ketawa.
"Sa..saya ada benda nak bincang dengan pemilik kedai ni.." kata Atiqah tapi matanya masih pada Zarin manakala Zarin pula fokusnya hanya pada bunga tempahan Wafa.
Hana memandang ke arah Zarin tapi dilihatnya langsung tak dengar apa pelanggan ni cakap. "Atas tujuan apa ya?" Soal Hana.
"Saya nak hired profesional florist untuk bekerja dengan ANNE magazine under fashion department sempena isu magazine bulan depan." Terang Atiqah dengan serius.
"Owh.." Hana memandang Zarin yang masih lagi sibuk dengan bunganya. Buat malu betulah boss ni! Hana tersenyum kecil sebelum menghampiri Zarin yang tidak berhenti membetulkan gubahan bungan di meja gubahan.
"Boss.." panggil Hana.
"Kenapa ?" Soal Zarin.
"Customer ada benda nak discuss dengan boss." Terang Hana.
"For discount ke ? Tak boleh! Discount mother's dah tamat. Bunga yang sale tu je, tu pun harga tak boleh ubah dah." Kata Zarin dengan berbisik tanpa memandang langsung pelanggannya.
Hana memandang Atiqah dengan serba salah. Selama ni boss tak rude macam ni ya, dia layan pelanggan dengan baik tapi hari ni perangai angau dia lain macam sikit. Bisik Hana dalam hati. Kesian pula dia tengok Atiqah.
"Boss, bukan discount!" Marah Hana.
"Habistu?"
"orang nak hired profesional florist untuk majalah fashion." Terang Hana.
"Jadinya ?" Soal Zarin dengan malas. Apa yang Hana nak ni ? Dia memandang Hana dengan muka tak puas hati.
"Kita mana ada profesional florist." Kata Zarin lagi.
Ika yang melihat dari jauh mereka berdua duk bisik daripada tadi tahulah dia, datang dah perangai bendul tak bertempat boss mereka. Ni la namanya love is blind. Sampai waktu kerja pun blinded dengan love dia tu. Bebel Ika dalam hati.
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...