07 - Teman

93 22 0
                                    

Wafa meletakan tas tangannya di meja gubahan bunga. Dilihatnya Zarin yang duduk sambil merenung lama pokok bunga di kaunter. Pokok itu terletak elok di dalam pasu yang istimewa berbanding pokok bunga lain. Kelihatan pokok itu sangat dijaga dengan penuh perhatian berbanding pokok lain.

"Pokok dekat kaunter tu pokok bunga apa ?" Soal Wafa. Dia melihat Zarin yang bangun dan mendekati pokok bunga yang baru sahaja berputik kuncupnya.

"Daffodil." Jawab Zarin bersama senyuman penuh makna.

"Daffodil ? Sama dengan nama kedai ni ?" Soal Wafa lagi.

"Ha'a."

"Daffodil tu nama bunga ke ? Baru tau.. Wow, interesting! Daffodil mesti represent sesuatu yang bermakna kan ?" Teka Wafa.

"The new beggining." Kata Zarin tanpa dipinta.

"Daffodil bermaksud permulaan baru." Kata Zarin lagi.

Wafa membalas dengan anggukan kecil. Warna kuning cair boleh dilihat dari kuncupnya.

"Mesti cantik bila dia bloom kan ?" Soal Wafa lagi.

"Daffodil ni dia beza sangat masa dia nak bloom or flower and masa dia inactive.. masa macam ni kena banyak siram pokok ni supaya dia bloom cantik tapi masa dia tak berbunga, tanah dia kena kering." Cerita Zarin.

"Owhh.."

Zarin merenung lama bunga yang sudah setia dengan dia sejak kedai ni dibuka 3 tahun lepas. Bunga yang setia membesar dan berbunga cantik ketika The Daffodil masih bertatih untuk membina nama di dalam bisnes bunga. Bunga yang menyaksikan penat lelah dia dalam mendirikan kerjayanya pada hari ini.

Wafa boleh nampak yang Zarin sangat sayangkan bunga ini, mungkin saat ini dia punyai masalah dan dengan melihat bunga ini membantu mengurangkan masalah yang berlenggu difikirannya.

Tanpa dia sedar, Wafa merenung lama Zarin sehingga Zarin perasan yang dirinya ditenung oleh Wafa. Zarin tertawa kecil saat melihat Wafa merenungnya dengan riak wajah serius.

"Jangan pandang saya macam tu.. takut saya." Tegur Zarin.

"Awak marah tak kalau saya tanya awak something personal?" soal Wafa.

"Kenapa saya nak marah? Awak nak tanya apa?"

"Mana lah tahu awak rasa saya ni menyibuk.. yelakan, kita kan baru kenal and saya ni pula completely stranger dalam hidup awak." terang Wafa.

Zarin terdiam. Nak je dia cakap yang dia anggap Wafa istimewa untuknya sejak kali pertama mereka bersua tapi sayangnya kata-kata itu tak terlafaz. Zarin takut Wafa yang akan tidak selesa dengan dia dan menjarakan diri. Kalau boleh biarlah hubungan mereka stabil dan dia yakin Wafa punya perasaan yang sama baru dia beritahu Wafa bertapa istimewanya Wafa pada dia.

"Awak nak tanya apa? Saya tak kisah pun.. lagipun saya selesa berkawan dengan awak." jujur Zarin.

Wafa memandang Zarin, dia takut jika dia tersalah kata Zarin akan tidak selesa.

"Awak nak tak makan malam dengan saya?" soal Wafa setelah fikir masak-masak soalannya.

Zarin memandang Wafa dengan tidak percaya. Apa dia salah dengar? Wafa dan dia tidak pernah keluar berdua bersama, tapi hari ini di saat dia dikejutkan dengan nama yang lama tidak pernah muncul dalam hidupnya dan memerlukan seseorang untuk menenangkan dia dari kisah silamnya, Wafa hadir.

"Tapi if awak tak nak tak apa saya-"

"Jom, saya tutup kedai jurp. lepastu kita pergi makan." laju sahaja Zarin membalas. Wafa tersenyum senang melihat Zarin yang kelihatan sedikit ceria mood-nya berbanding tadi.

Zarin memandang Wafa duduk bermain dengan fonnya sementara menunggu makanan. Melihat Wafa sahaja sudah cukup menaikan moodnya yang rosak gara-gara nama 'Rozaliandra'. Mungkin dia yang terlalu fikirkan sangat.

Mereka tiba di sebuah restoran makanan segera dengan kereta masing-masing. Sengaja Wafa mengajak makan di sini memandangkan mereka tidak perlu tunggu order makanan dengan lama. "Awak okay je kan makan fast food?" soal Wafa.

"Okay je.." balas Zarin.

"Good. Sebab if tak okay pun kena juga okay.." kata Wafa bersama sengihan malunya. Tergelak Zarin melihat reaksi Wafa. Ketika dapat makanan mereka, mereka berlalu ke meja yang agak jauh daripada orang ramai.

"Bubur?" Soal Zarin apabila mereka sudah duduk.

"Bubur pun sedap apa." Balas Wafa.

Zarin tidak membalas.

"Bubur ni sedap okay!" kata Wafa lagi.

"okay.." balas Zarin, seronok pula tengok muka tidak puas hati Wafa apabila dia senyap tidak membalas.

Wafa memandang ke arah Zarin yang kelihatan berkali ganda tenang dari masa dia jumpa Zarin di kedai  petang tadi.

"Kenyang ke tenung saya?" soal Zarin. Tersedak Wafa apabila Zarin menegurnya secara tiba-tiba. Dengan pantas, Zarin menghulurkan air kepada Wafa. Terbatuk-batuk kecil dan pedih tekaknya masih terasa. Habis berair matanya. Malu tak payah cakaplah!

"Sorry.. saya gurau je." ucap Zarin.

"Tak apa, its okay.." balas Wafa.

Selepas dah bertenang barulah boleh dia  menarik nafas lega. Wajah Zarin dipandangnya sekilas sebelum bersuara.

"Zarin.." panggil Wafa.

"Saya tahu apa yang awak fikirkan dari tadi.." kata Zarin. Terkejut Wafa apabila Zarin berkata sedemikian.

"Boleh saya tanya?" soal Wafa.

"Tanyalah.."

"Awak ada masalah ke petang tadi?" soal Wafa.

"Bukan masalah but more kepada terkejut." jawab Zarin.

"Saya mungkin tak membantu tapi kalau awak nak pendengar, saya boleh jadi pendengar. Kalau awak nak seorang teman, saya boleh teman awak." pelawa Wafa dengan berhati-hati, dia tahu tak semua masalah boleh dibuka kepada orang.

"kalau awak rasa nak bersendirian, bagitahu saya awak menghilang ke mana.. at least saya tahu awak dekat mana." kata Wafa lagi.

"Sebab tu ke awak ajak saya makan?" soal Zarin dengan penuh terharu. Hampir sahaja dia hendak menangis dengar apa yang dikatakan oleh Wafa. Tak pernah dalam hidupnya orang kisah ke mana dia pergi, ke mana dia menghilang, atau bila dia jatuh sakit.. tiada siapa pernah pedulikan dia.

"Saya just rasa macam saya tak boleh biarkan awak dekat kedai seseorang." jelas Wafa.

"Terima kasih." ucap Zarin.

"Buat masa sekarang saya tak perlukan pendengar, tapi ya saya perlukan teman. So, saya bersyukur sangat awak ada dekat sini." sambung Zarin.

×××

Happy Reading 💛

Wafa AqishaWhere stories live. Discover now