09 - Work

81 18 0
                                    

Wafa menghempas fail yang dihantar kepadanya oleh bahagian department photographer dan graphic. Macam mana dia tak naik hantu, kerja yang dia minta untuk buat adalah senang sahaja! Label material yang akan digunakan dalam fail ini ikut isi kandungan yang sudah writer department buat. Benda senang pun jadi susah! Just tampal gambar-gambar baju yang di print out dalam fail supaya bila department lain tengok, mereka terus tau apa yang akan model pakai. Ini tak, bila dia lihat apa yang pelatih ini buat ada lah tampal label notes dengan penggunaan kata fesyennya!

"Farah bagi tak awak gambar-gambar baju yang akan digunakan oleh model?" Soal Wafa dengan serius. Apa yang dia maksud kan adalah print out material outfit mereka untuk ditampal di dalam fail ikut page content.

Sejak dia menghempas fail tu ke atas meja, dilihatnya pekerja pelatih itu sudah berdiri kaku tidak bergerak. Melihat keadaan dia yang seperti ini Wafa terus menekan remote kawalan cermin biliknya agar menjadi legap.

Wafa melepaskan keluhan panjang.

"Nama?" Soal Wafa.

"Atiqah, Cik Wafa." Jawab gadis itu dengan perlahan.

"Atiqah, everything yang senior awak bagitau awak, awak kena alert. Awak tahu disebabkan labelling notes awak ni, model hampir salah shoot baju! Nasib benda tak proceed sebaliknya photographer team and graphic team datang cari saya. Awak tahu tak awak dah slow kan banyak department ? You waste their time!" Kata Wafa panjang lebar.

"Maaf Cik Wafa. Cik Farah ada bagi tapi dia tak bagitahu yang saya kena guna gambar tu untuk label." Balas Atiqah dengan gagap.

"Jangan salahkan orang, this will never happen if you asked Farah. Takkan lah Farah bagi awak benda tu for saja-saja! And awak ingat semua orang faham ke apa awak tulis tu? Not everyone can understand fashion terms." Terang Wafa lagi. Pantang betul dia bila orang main tunding jari di hadapannya.

"Ma..maaf Cik Wafa." Ucap Atiqah lagi.

"Dah, please re-do everything! I want to see this file on my table before balik." Arah Wafa dengan serius.

"Baik, Cik Wafa." Turut Atiqah. Dengan muka sedih dia melangkah keluar dari pejabat Wafa. Farah dan pekerja yang lain tahu apa yang berlaku, tak lain tak bukan kena marah lah tu! Cik Wafa bila marah orang dia tutup bilik dia bagi orang tak nampak tapi kecut jugak lah perut bila kena marah dengan dia walaupun dia tak maki.

Atiqah kembali ke mejanya, fail yang dihempas tadi diletakan di atas mejanya. Tanpa menunggu lama dia terus melangkah keluar daripada bahagian fesyen. Dia berlalu masuk ke kawasan tangga dan menangis di situ. Sumpah dia tak ada niat pun nak salahkan orang lain tapi di terkejut tadi apabila pandangan mata Cik Wafa berubah.

Wafa melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah tamat waktu bekerja, fail yang dimintanya pagi tadi pun sudah selesai dia semak semula dan hantar kepada setiap department yang lain. Wafa melepaskan keluhan berat.

"Aku kasar sangat dengan Atiqah tadi." Luah Wafa dengan serba salah. Dia melihat ke bahagian pekerja yang lain melalui dinding kaca lutsinarnya. Dilihatnya Atiqah sedang mengemas mejanya. Selalunya dia akan balik serentak dengan Miza, rakan pelatihnya tetapi kali ini dia bersendirian.

Amira mengetuk pintu biliknya beberapa kali. "Masuk." Arah Wafa.

"Cik Wafa, ada urgent file need to sign by today. This is from project manager." Amira meletakan fail dari salah sebuah syarikat yang ingin menjadi sponsorship untuk majalah mereka ke atas meja Wafa.

"Kenapa baru petang saya dapat fail ni ? Dorang tak tahu ke waktu kerja pukul berapa sampai pukul berapa ? When they send this to us?" Soal Wafa dengan serius.

"Baru je. Around 5 tadi.." kata Amira.

"Bukan waktu kerja dah habis ke pukul 5 ? Any appointment patutnya tak ada. So, macam mana dorang boleh pass file ni?" Soal Wafa lagi dengan serius. Dia tak kisah kalau dia atau pekerja nak kerja overtime tapi pastikan tu kerja yang datang semasa kerja seharian atau urgent changing from pihak atasan tapi kalau company luar macam daripada sponsorship, customer atau model. Bagi dia sangat tak formal. Nak pula fail ni datang daripada sponsorship yang bukan daripada latest sponsorship.

"Mereka bagi receptionist." Jawab Amira.

"I will sign it tomorrow morning. No rush because kita tak ada project dengan sponsor ni dalam masa terdekat."

"Tapi Cik Wafa.. receptionist kata mereka tunggu di bawah." Balas Amira.

"No calling, no email.. I will handle it tomorrow. Bagitahu receptionist waktu kerja dah tamat." Kata Wafa dengan serius.

"Letak je fail atas meja ni. Awak boleh balik." Arah Wafa.

"Baik Cik Wafa." Amira terus melangkah keluar daripada pejabat Wafa. Seram jugak mood Wafa hari ini, pagi tadi dia sembur Atiqah. Petang ni dia strict habis!

Wafa melepaskan keluhan berat sebelum menyelak fail yang perlu ditandatangani. Dia dah cakap dah project dengan sponsor ni lambat lagi. Entah apa yang nak urgent pun dia tak tahu, dah lah tak ada email, tak ada call from sponsor company tahu-tahu ada kertas urgent kena tanda tangan. Macam ni ke profesionalism dalam bekerja ? Macam scam je! Bebel Wafa. Semua dalam itu adalah perjanjian untuk projek akan datang mereka.

"Is this really a scam !?" Wafa terus menghubungi ketua setiap bahagian department. Nasib baik dia yang dapat fail ni. Kalau orang senang under pressure bila kena push, mungkin ada je yang akan tanda tangan tanpa baca detail isi kandungan perjanjian ni.

Kenapa perjanjian dia bagi waktu macam ni? Memang ada yang tak kena!

Zarin menanti Wafa seperti biasa di kedainya. Hana dan Ika sudah mula mengemas untuk pulang. Mereka membiarkan sahaja Zarin yang termenung melihat bunga.

"Bos, kita orang balik awal sikit boleh tak boss hari ni?" Pinta Hana.

"Kenapa ?" Soal Zarin.

"Kucing saya hari tu pergi mandulkan, so saya biarkan pihak vet jaga sampai dia betul-betul sembuh. So, nak ambil dia." Terang Hana.

"Saya pula naik Hana boss.." kata Ika pula.

"Ha.. yela."

"Terima kasih boss!" Ucap Hana.

"Tak apa boss, nanti Cik Wafa sampai ya.." usik Ika.

Zarin menjeling mereka berdua yang sempat bantai gelak sebelum keluar dari kedai. Zarin kembali menyambung menggubah bunga pelanggan dan bunga kali ini istimewa berbanding bunga yang lain. Bunga ini adalah bunga yang dipesan oleh Wafa masa awal-awal mereka berkenalan. Bunga untuk hari ibu esok. Dia sengaja buat hujung-hujung so kesegaran bunga baru sampai pagi tadi akan kekal lama.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Zarin terfikirkan Wafa. Yelah, dia letak sign close pada pintu memandangkan dia nak fokus kepada gubahan bunga milik Wafa.

"Wafa, awal awak hari ni." Tegur Zarin tanpa melihat tetapi sebaik sahaja dia tercium bahu perfume yang agak kuat dia terus mengangkat kepalanya.

"Erh, maaf. Saya ingat kawan saya tadi. Kedai tutup cik." Tegur Zarin.

Gadis di hadapannya juga tergamam melihat Zarin.

"Cik ?" Tegur Zarin apabila gadis di hadapannya tidak memberi sebarang reaksi.

"Sa..saya nak bunga." Kata gadis itu lagi dengan gagapnya. Matanya masih terpukau melihat Zarin.

×××

Happy Reading 💛

Wafa AqishaWhere stories live. Discover now