Wafa melangkah keluar dari bilik pejabatnya, dan turun ke lobi. "Zarin, saya nak awak teman saya.." pinta Wafa, sepanjang dia berjalan turun ke lobi, tidak sekalipun dia menamatkan panggilan mereka.
"Boleh." Balas Zarin.
"Saya dah kat luar kedai." Kata Wafa lagi. Zarin terus melangkah keluar dari kedainya. Sempat lagi dia pesan kepada Hana dan Ika yang dia keluar sebentar.
Apabila keluar sahaja dari kedai terkejut dia melihat Wafa yang berdiri di hadapan kedainya. Wafa menamatkan panggilan mereka.
"Hai." Tegur Wafa sambil tersenyum kecil.
"Ni first time saya nak ponteng kerja. Awak nak teman saya ke mana?" Soal Wafa.
Zarin tergelak kecil. Lega dia melihat keadaan Wafa yang masih mampu bergurau dengannya. "Saya bawa awak jalan-jalan nak tapi area-area sini je." Kata Zarin.
"Okay sangat. Saya pun tak bawa beg saya. Saya ada fon je dengan saya." Balas Wafa.
Mereka berjalan sehingga tiba di sebuah taman. Zarin berlari ke arah buaian. "Wafa sini." Panggil Zarin.
Wafa melangkah menghampiri Zarin. "Duduk sini, saya tolak." Pelawa Zarin.
"Tak nak lah, saya dah besar lah!" Tolak Wafa.
"Ala, duduk la, saya tolak." Pelawa Zarin lagi.
"Ni budak-budak punya la.. nanti rosak pula kalau saya duduk." Tolak Wafa lagi.
"Hari tu saya main elok je." Kata Zarin lagi. Melihat Zarin bersungguh sangat, Wafa pun duduk atas buaian itu. Terus Zarin tolak buaian itu.
Terjerit Wafa apabila Zarin terus menolak tanpa bagitahu dia. "Zarin!" Marah Wafa. Zarin membalas dengan mengetawakan Wafa.
"Dah besar pun takut naik buaian ke ha?" Gelak Zarin lagi.
"Mana ada. Tolak la laju lagi!" Arah Wafa.
"Laju lagi!" Kata Wafa lagi. Zarin terus menolak kuat, seronok dia apabila Wafa turut tersenyum dan ketawa bersamanya. Tidak lama selepas itu, Wafa mengajak Zarin untuk duduk di buaian sebelahnya.
"Mesti orang pelik tengok kita main buaian tengah-tengah panas." Kata Wafa sambil melihat sekeliling mereka. Kawasan ini tak ramai orang tapi masih ada lah orang yang lalu lalang.
"Bukannya mereka kenal pun kita." Balas Zarin lagi.
"Sini ke awak duduk termenung masa hari awak tiba-tiba hilang?" Soal Wafa.
Zarin memandang Wafa dengan muka tidak puas hati. Mana ada dia termenung, dia hanya nak bersendirian je saat itu.
"Kena ke point out duduk termenung ?" Soal Zarin dengan tidak puas hati.
"Masalahnya betulkan awak duduk termenung? Takkan bertapa pula kan.." balas Wafa.
"Meditation pun boleh.." balas Zarin.
Tergelak Wafa melihat muka tak puas hati Zarin. "Zarin.." panggil Wafa.
"Hmm.."
"Saya lapar la.." kata Wafa dengan bibir dimuncungkan dan nada kesian.
"Awak nak makan apa?" Soal Zarin.
"Saya nak makan kat tempat ada aircond. Habis peluh saya duk bawah matahari ni, cair dah make up saya. Pastu, saya nak awak belanja saya desserts." Pinta Wafa.
Zarin tergelak melihat Wafa. "Kesian! Ha, yelah.. jom!" Ajak Zarin. Mereka berdua kembali semula ke kedai untuk Zarin mengambil kunci kereta.
Mereka berdua tiba di restoran desserts, Miko Desserts Cafè. Zarin memandang Wafa yang rambang mata memesan makanan manisnya. Tak pernah dibuat dia sebelum ni makan desserts as makan tengah hari.
"Awak nak apa Zarin ?" Soal Wafa.
"Awak order la, saya makan je semua." Balas Zarin.
"Saya ambil ice cream toast untuk awak okay tak? Ke awak nak sizzling brownies ?" Soal Wafa lagi.
Zarin yang dengar rasa ngilu je gigi dia. Sejuk dan panas serentak! "Saya ambil toast tu jela.." putus Zarin.
"Okay.." Pelayan dipanggil dan Wafa sebut satu persatu menu yang hendak dipesan. Zarin yang dengar macam banyak je tapi yang pasti semua coklat.
"Tak sabarnya! Awak tahu tak desserts kat restoran ni semua sedap-sedap." Kata Wafa dengan semangat.
"Awak order semua coklat ke ?" Soal Zarin.
"Ha'a. Awak makan je kan coklat. Saya ada order coklat taiyaki untuk awak juga." Jawab Wafa.
"Makan je. Tak banyak ke awak order ?" Soal Zarin lagi.
"Jangan risau akan habis jugak. Saya lupa nak tanya, awak tinggalkan kedai lama-lama ni tak apa kan?" Soal Wafa lagi.
"Tak apa, saya dah bagitau mereka berdua." Balas Zarin.
"Nasib baik." Balas Wafa.
"Kalau saya kena balik macam mana?" Soal Zarin.
"Kalau awak kena balik, saya kena habiskan makan and balik sendiri la jawabnya ke ofis." Balas Wafa dengan sehabis mungkin kedengaran bersahaja. Tapi kalau Zarin kena balik, dia rasa dia dah tak ada selera dah nak sambung makan.
Hampir nak tergelak Zarin tengok Wafa yang kononnya tak kisah tapi sebenarnya kisah.
"Tak adalah, saya takkan tinggalkan awak. Kan saya kata nak teman awak." Kata Zarin pada Wafa.
"Zarin.." panggil Wafa.
"Apa?"
"Saya terharu." Kata Wafa.
Zarin tergelak melihat wajah terharu Wafa. "Saya akan ada untuk awak. Nombor saya tadi jangan lupa save! Kang saya call, awak ingat saya scammer pula." Tegur Zarin.
Wafa terus mencapai fonnya.
"Nasib awak ingatkan.. saya lupa dah!" Kata Wafa. Dia membuka fonnya, terdapat mesej tak dibaca daripada ibu.
Wafa, ibu ada appointment dengan patient tadi. Malam ni jangan lupa balik, ibu masak makanan favourite Wafa. -ibu-
Wafa tersenyum senang saat membaca mesej daripada Puan Yulina. "Senyum sampai ke telinga! Happy betul." Tegur Zarin.
"Happy laaa.. Ibu mesej saya." Balas Wafa.
Zarin mengangguk faham. Dia sebenarnya nak tanya tapi takut dikatakan menyibuk pula.
"Bunga yang saya tempah kat awak tu untuk ibu. Malam ni saya dinner dengan dia." Kata Wafa lagi.
"Awak mesti rapat dengan ibu awak kan?" Soal Zarin.
"Ha'a.. ibu lah ibu yang tak ternilai gantinya dalam hidup saya." Kata Wafa bersama senyuman pahit.
"Awak mesti ada banyak tanda tanyakan.. yelah, masa saya angkat call awak saya ingat awak mama saya kan.. mesti awak pelik. Ibu la, mama la.." teka Wafa.
"Agak curious tapi saya takkan tanya awak. Saya nak kalau awak bersedia nak cerita, baru saya dengar." Balas Zarin.
"Tak personal pun. Ibu tu mak saudara saya belah papa. Mama tu mak kandung saya. Nothing special, everyone have family problem kan? So, saya dijaga oleh mak saudara saya sejak kecil. Saya sendiri pun tak ingat, maybe since saya faham maksud penceraian tu apa.." Terang Wafa. Dia tak malu untuk mengaku yang ibu dan papa adalah orang yang dianggap keluarga. Kewujudan mama tu umpama seperti saudara jauh. Ada masa dia rasa sesak sebab mama lebih cuba untuk mengatur hidupnya berbanding ibu. Mungkin ini lah orang kata apabila kita di atas akan ada orang yang tiba-tiba datang mengaku rapat tapi sebenarnya tak rapat.
"Betul. Everyone have family matter." Setuju Zarin.
×××
Happy Reading ⚘
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...