"As a friend ? Complicated ?" Suara Zarin terngiang-ngiang dikepalanya sepanjang berada di bilik pejabat. Perbualan serius mereka terhenti apabila Hana dan Ika tiba di kedai. Tanpa menunggu lama Wafa terus berlalu ke pejabat tanpa sempat menegur mereka berdua.
Satu keluhan panjang dilepaskan. Dia tak berani nak ambil risiko untuk bercinta dengan Zarin. Dia mengaku yang dia selesa berkawan dengan Zarin tapi Zarin tetap orang luar padanya. Dia tak kenal lagi Zarin siapa nak pula dia memang tak minat nak bercinta apa semua.
Lagipun bukan kali pertama dia putus dalam percintaan kerana dia tidak mahu bagi komitmen dalam hubungan di mana kena telefon setiap hari, mesej kena balas selalu, update aktiviti masing-masing. Haih, dia tak ada masa untuk semua tu. Bagi dia, selagi tak ke hubungan yang lebih serius, lelaki tu patut jaga batas dia sebagai teman lelaki sebab tu la dia tak nak bercinta.
"Bukan aku nak break up tapi aku rimas tau tak.. haih, memang patut la aku sesuai single.." bebel Wafa seorang diri.
"Tapi bagus juga putus, macam lah dorang akan terima mentally sick people as their wife." Sambung Wafa lagi. Lagipun dia tidak memerlukan lelaki agar hidupnya lengkap.
Tapi kalau Zarin serius, dia tidak menolak cuba dia tak nak bagi komitmen. Kalau kawan rapat sudah pasti mereka tahu limit mereka sebagai kawan. Lagipun sediakah Zarin untuk terima diri dia ? Tak, sediakah dia untuk terima Zarin ?
Wafa melepaskan keluhan kecil.
Wafa rasa kelakar, dia soal Zarin sama ada Zarin serius mengenai hubungan mereka tapi bila fikir balik hubungan lepasnya, sebelum sempat lelaki untuk tunjuk kelebihan mereka, dia terlebih dahulu menamatkan hubungan mereka tapi dia selesa dengan Zarin, sayanglah kalau mereka putus nanti terus jadi stranger.
Pintu biliknya diketuk dari luar. "Masuk." Arah Wafa, matanya terus dibuat-buat sibuk membaca kertas kerja pada skrin komputer.
Atiqah melangkah masuk bersama senyuman hingga ke telinga.
"Cik Wafa, Encik Zarin pemilik The Daffodil setuju untuk menerima tawaran bekerja sebagai perunding kita untuk isu majalah akan datang." Terang Atiqah dengan gembiranya.
"Good to hear that." Balas Wafa.
"Cik Wafa."
"Hmm.."
"Encik Zarin tu single tak ?" Soal Atiqah lagi, dia sumpah memang dah sedia dah kalau Wafa halau dia.
"Complicated." Balas Wafa.
"Huh ?" Atiqah memandang Wafa dengan muka kurang faham. Apa yang complicated.
"He is single but complicated." Terang Wafa. Dia memandang Atiqah dengan muka serius.
"Anything else Atiqah ?" Soal Wafa.
"T-tak ada dah Cik Wafa. Thank you, cik Wafa." Jawab Atiqah, dia terus melangkah keluar dari bilik Wafa. Ya Allah, takut betul tapi demi nak ngurat Encik Zarin, sanggup sahajalah hadap Cik Wafa.
Sebaik sahaja Atiqah keluar, Wafa melepaskan keluhan berat. Balik ni dia kena selesaikan persoalan mereka sebab dia pun tertanya-tanya apa hubungan mereka.
Tiba-tiba satu notification masuk, mesej daripada Zarin.
Lunch together ? Kita ada banyak benda nak discuss. -Zarin-
Memang tak lah dia nak turun lunch sekali, dia pun serabut ! Kalau bincang sekarang mahu terlajak waktu rehatnya.
Saya busy. Kita jumpa lepas waktu kerja saya habis. -Wafa-
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...