Wafa memandang mereka berdua yang masih berjabat tangan.
"Zarin.. Rizal.. jom, makan." Ajak Wafa.
Mereka berdua memandang ke arah Wafa yang berada di tengah-tengah. Rizal terus berlalu ke pintu sebelah pemandu manakala Zarin membuka pintu belakang.
"Wafa, masuk." Pelawa Zarin. Wafa memandang ke arah Rizal yang turut membuka pintu untuknya disebelah sana.
"Masuklah.." pelawa Zarin lagi. Dia memandang Zarin dengan pelik. Dia minta teman makan je, tak ada lah sampai buat Rizal macam ni. Wafa memandang Rizal dengan serba-salah sebelum masuk ke tempat duduk belakang. Zarin tersenyum puas saat melihat Wafa masuk ke dalam kereta. Dia menghampiri Rizal yang masih terpinga.
"Terima kasih." Ucapnya sebelum pintu ditutup rapat.
Sebaik sahaja Zarin masuk, Wafa terus menyerangnya.
"Zarin, kenapa awak buat macam tu?" Soal Wafa.
"Saya tolong awak. Awak kata awak tak boleh directly reject dia kan.." balas Zarin.
"Ya, tapi bukan malukan dia!"
"Saya-" kata-kata Zarin terhenti apabila pintu disebelah pemandu dibuka. Zarin menghadiahkan senyuman mesranya kepada Rizal.
"Kita nak makan dekat mana Rizal ?" Soal Wafa apabila suasana senyap sepi.
"Saya bawa awak ke kedai thailand. Aunty kata awak suka makan tomyam.." jawab Rizal.
Wafa tidak menyangkal dia hanya diam buat seketika. "Awak okay kan Zarin ?" Soal Wafa.
"Saya okay je, jarang dapat makan free!" Balas Zarin.
"Zarin ni kawan sepejabat Isha ke ?" Soal Rizal. Zarin laju menggeleng.
"Kita orang kawan tapi bukan kawan sepejabat." Jawab Zarin.
"Owh.." Rizal mencuri pandang wajah Wafa melalui cermin pandang belakang. Wafa diam sahaja di belakang, tidak bercakap.
"Betul cakap aunty, awak ni pendiam orangnya." Kata Rizal lagi. Zarin menoleh melihat Wafa yang tersenyum paksa.
Wafa pendiam ke!? Tapi bila dekat kedai elok je kita orang bercerita and dia banyak tanya. Adakah aku special ? Zarin memandang Wafa dengan muka tak percaya.
Wafa perasan akan perubahan Zarin. "Kenapa ni?" Soal Wafa.
Rizal yang terdengar soalan Wafa turut memandang ke arah Zarin. "Wafa!" Panggil Zarin.
"Kenapa ?" Soal Wafa lagi.
"Saya terharu!" Jawab Zarin. Wafa memandang Zarin dengan tidak percaya. Dah kenapa pula tiba-tiba terharu!?
"Terharu dah kenapa ?" Soal Wafa lagi. Zarin memandang Rizal disebelahnya. Wafa baru je tegur dia untuk tidak memalukan Rizal. Dia mengeluh panjang ketika memandang Rizal.
"Tak ada apa la.." putus Zarin. Dia kembali menghadap depan. Rizal di sisi memandang Zarin dengan pelik, dia dengar kut keluhan Zarin. Kuat kut!
Mereka tiba semula di perkarangan pejabat Wafa 10 minit sebelum pukul 2 petang. Rizal meminta maaf kerana tidak membuat sebarang temujanji dan datang mengejut membuatkan mereka terkejar-kejar makan untuk mengelak Wafa terlewat masuk kerja.
Sebaik sahaja kereta Rizal menghilang, Zarin memandang Wafa. "Wafa, awak betul ke pendiam ?" Soal Zarin.
"Tak."
"Saya tahu awak tak pendiam sebab setiap kali kita duduk sekali awak banyak tanya!" Kata Zarin dengan teruja.
"Tak tahu kenalah tanya.. takkan nak belagak pandai pula." Balas Wafa.
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...