Wafa melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat. Kelibat Puan Yulina tidak kelihatan di ruang tamu bawah tapi kereta dia ada sahaja terpakir elok di halaman rumah.
"Wafa.." panggil seseorang dari belakangnya. Kelihatan Puan Yulina baru sahaja turun dari tingkat atas.
"Wafa baru sampai ke?" Soal Puan Yulina. Apabila dia tiba di bawah, Wafa terus menghulurkan salam. Tubuh Wafa dipeluknya erat.
"Ha'a. Ibu, Happy mother's day.." ucap Wafa. Jambangan bunga di tangannya diberikan kepada Puan Yulina.
"Cantiknya.. Thank you, Wafa." Ucap Puan Yulina. Wafa memandang Puan Yulina, ibunya seperti kelihatan lain sikit hari ini. Dia dapat rasakan ada sesuatu berlaku, dia dapat agak apa yang berlaku tapi dia tahu kalau dia buka topik itu, dia akan rosakan suasana mereka.
"Ibu masak apa bu?" Soal Wafa.
"Hari ni kita makan steamboat and grill je la.. ibu dah prepare bahan dah." Kata Puan Yulina.
"Okay, nanti Wafa pasang hot pot and setup grill. Bunga tu nak Wafa tukar masuk pasu tak bu?" Soal Wafa.
"Boleh jugak.. cantik lah bunga warna biru ni semua." Kata Puan Yulina.
"Cantikkan ? Kalau ibu suka bunga setiap minggu Wafa boleh bagi bunga ke ibu.." kata Wafa lagi.
"Wafa hantar la bunga ke klinik, nanti boleh la ibu menunjuk-nunjuk sikit dekat nurse-nurse kat situ." Kata Puan Yulina lagi.
"Untuk ibu semua boleh!" Balas Wafa, dia mengambil jambangan bunga untuk dibawa ke dapur.
Tidak lama selepas itu, dia mula pasang pan electric di atas meja. Kuah tomyam dituang masuk ke dalam pot. "Bu, nak makan sekarang tak!?" Soal Wafa dengan kuat pada Puan Yulina yang sedang duduk di ruang tamu.
"Boleh jugak.." balas Puan Yulina, dia pun mula bangun untuk ke dapur. Masuk sahaja dapur semua sudah terhidang. Wafa dah mula hendak membakar daging, sotong dan ayam. Pot pun sudah dipenuhkan dengan seafood, sayur dan cendawan.
"Ibu duduk, biar Wafa buat semua ni.." pesan Wafa. Tangannya lincah mengatur pinggan untuk Puan Yulina. Tersenyum senang Puan Yulina melihat anak daranya yang sorang ini.
"Ibu, makan bu.. ni Wafa tengok dia dah masak ni. Bu, nak letak maggi tak dalam pot ?" Soal Wafa.
"Boleh juga." Balas Puan Yulina dengan senang.
"Wafa.."
"Ya, bu.."
"Ibu tengok Wafa macam lain la hari ni.." kata Puan Yulina dengan senyuman penuh makna.
"Lain macam mana tu bu ?" Soal Wafa dengan muka pelik. Berat badan dia naik ke ? Allahu, tulah bantai makan desserts je minggu ni.
"Macam happy lain macam.." jawab Puan Yulina.
Wafa sudah membuat muka tak percaya. "Ya Allah, bu! Wafa ingat ibu nak cakap Wafa gemuk ke apa la tadi.. wafa nampak happy ke ibu ?" Soal Wafa dengan muka teruja.
"Ha'a. Wafa ada boyfriend ke ?" Soal Puan Yulina.
"Hahahahaha.. lambat lah lagi nak ber-boyfriend-nya bu.. ibu tahukan Wafa macam mana.. ada ke orang nak dekat anak ibu ni ?" Balas Wafa bersama ketawa kecil.
"Anak Ibu ni cantik! Lelaki mana je tak suka dengan Wafa ? Melainkan Wafa reject dorang la.." balas Puan Yulina.
"Mana ada Wafa reject lelaki.." laju sahaja Wafa menyangkal kata-kata Puan Yulina.
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...