Hari berganti hari, minggu berganti minggu, kuntuman-kuntuman bunga di dalam pasu kecil milik Wafa sentiasa bertukar. Suasana di pejabat juga mula lebih sempoi dan pekerja merasakan yang Wafa mudah didekati sejak dua menjak ini.
Wafa menutup laptop setelah segala kerjanya sudah di email kepada ketua bahagian penulisan. Dia menyandar pada kerusi empuknya, satu keluhan panjang dilepaskan.
Finally, siap juga kerja bahagian fesyen untuk buletin ANNE bulan depan. Bibirnya tersenyum senang saat terpandang akan bunga yang terletak cantik di dalam pasunya. Setiap hari ada bunga yang diganti dengan bunga baru. Selagi boleh kekalkan lama kesegasaran bunga itu, selagi itulah dia cuba. Sayang betul nak buang bunga-bunga yang semakin layu.
Pintu biliknya diketuk dari luar.
"Masuk."
Amira mejengulkan mukanya ke dalam. "Cik Wafa, ada orang datang nak jumpa cik." Kata Amira.
"Siapa ?" Soal Wafa. Dia malas betul nak pelawa ke pejabatnya kalau tidak dimaklumkan awal-awal.
"Ermm.. dia kata dia bakal sua-"
"Cakap saya busy dan dia bukan bakal suami saya." Laju sahaja Wafa memotong ayat Amira. Tidak lain tidak bukan mesti calon suami pilihan keluarga sama ada daripada mama atau papa. Wafa langsung tak faham kenapa ibu bapanya kisah perihal jodohnya.
Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi menunjukan panggilan daripada mamanya. Dengan malas diangkat juga panggilan tersebut.
"..."
"Isha, Rizal ada datang ofis Isha tu.. jemput dia masuk Sha.." lembut suara Puan Hanis mengarah Wafa. Makin meluat Wafa mendengar suara wanita itu. Tak disebabkan wanita ini ibu yang mengandungkan dia, dah lama dia menjauh diri.
"Saya busy."
"Isha, jangan la macam tu.. kesian dia. Dia datang nak lunch dengan Isha tu."
"Saya busy. Lain kali kalau dia nak datang minta dia buat appointment." Balas Wafa.
"Isha, please jangan ignore Rizal. Dia tu terpelajar orangnya. Ayah dia director dekat salah sebuah hospital tak silap mama. Jangan lepaskan peluang Sha." Pujuk Puan Hanis lagi.
"Maa!"
"Tolong la Sha, jangan lah malukan mama.. dia anak boss uncle Syafiq. Please layan dia sampai uncle Syafiq naik pangkat." Pujuk Puan Hanis lagi, kali ini kedengaran mendesak.
Kuat Wafa mengetap giginya menahan amarah. "Sebabkan laki mama nak naik pangkat, mama jual anak mama ?" Soal Wafa dengan sinis.
"Mulut tu jaga sikit. Mama kenalkan Rizal tu ke Isha sebab dia muda-muda dah ada kerjaya yang stabil tau. Dia engineer under Voscan which is one of the largest gas and oil company in Malaysia !" Tegur Puan Hanis.
"Ma, tolonglah ma.. Sha tak minat la semua ni." Luah Wafa.
"Sha, mama just nak yang terbaik untuk Sha. Mama buat ni sebab mama nak Sha bahagia dengan someone yang mama percaya. Lagipun, mama kan mama sha, of course semua yang mama buat ni untuk kebaikan Sha jugak." Bebel Puan Hanis panjang lebar.
"Ma, tolong lah ma.. Jangan kacau life Sha. Dengan siapa Sha nak kahwin tu pilihan Sha." Luah Wafa.
"Mama lahirkan Sha tahan sakit nak beranak apa semua, berani Sha kata macam tu dekat mama ? Mama mak Sha tau! Orang yang lahirkan Sha ke dunia ni." Balas Puan Hanis dengan nada kecewa.
Wafa melepaskan keluhan kecil. Tiada benda lain nak ungkit asyik-asyik beranak! Wafa tau tu jelah yang Puan Hanis boleh ungkit.
"Fine. Sha keluar lunch dengan dia tapi sekali ni je! Lepas ni mama jangan masuk campur urusan perkahwinan Sha." Putus Wafa.
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...