Pagi itu Wafa tiba awal di The Daffodil. Dia tiba saat Zarin baru sahaja membuka pintu kedai. Terkejut juga Zarin saat Wafa menegurnya.
"Hi, morning!" Tegur Wafa. Zarin terkejut saat memandang ke arah Wafa.
"Hi, awalnya sampai hari ni.." sahut Zarin.
"Saja.." balas Wafa. Sebaik sahaja pintu dibuka, Zarin membukakan pintu untuk Wafa.
"Masuklah. Awak duduk dulu sekejap. Saya nak setup before buka kedai." Pesan Zarin apabila mereka melangkah masuk ke dalam kedai. Wafa hanya mengangguk sebelum berlalu ke tempat dia selalu duduk dengan Zarin.
Sebaik sahaja melihat Zarin pagi ni kurang sikit untuk dia fikirkan masalah keluarganya yang mana tidak akan pernah tamat. Wafa sesekali mencuri pandang ke arah Zarin yang ke hulu ke hilir dari bilik floral cooler ke bahagian hadapan kedai. Lelaki itu leka memeriksa setiap satu bunganya. Setelah selesai periksa satu persatu bunga, dia mula menyiram pokok - pokok bunga yang berada di dalam pasu dan juga pokok-pokok bunga yang tersusun di hadapan kedai.
Hampir tiga puluh minit jugalah dia menyiapkan aktiviti paginya. Wafa hanya diam dan memerhati, lagipun selalunya dia datang pukul 8 pagi ketika kedai sudah dibuka.
"Awak datang awal sangat hari ni.. so, why not awak decide what type of flower yang awak nak.. nak yang meaning love ke ? Friendship ke? Grateful ke-"
"Bunga represent sedih ada tak ?" Laju sahaja Wafa bertanya.
Zarin memandang Wafa dengan muka terkejut.
"Sedih ?"
"Hmm.. yang represent sadness.." kata Wafa lagi.
"Ada! Sekejap tau.." tanpa bertanyakan lebih-lebih Zarin terus bangun dan berlalu ke bilik khas floral cooler. Tidak lama kemudian dia kembali bersama setangkai purple Hyacinth.
"Nah.." Zarin menghulurkan kepada Wafa bunga itu. Cantik, dia berbunga kecil tetapi bunganya membentuk satu gugusan bunga. Cantik sangat.
"Hyacinth ?" Soal Wafa.
"Wow, awak kenal bunga ni ?" Soal Zarin.
"Hmm.. kenal cuz ramai suka bunga ni.." jawab Wafa lagi.
"Patutlah, cantikan bunga ni? Orang panggil purple Hyacinth."
"Cantik, lagi-lagi bila warna purple dark macam ni.." balas Wafa.
"Bunga Hyacinth ada dalam empat warna and setiap warna represent different meaning and this Hyacinth link dengan perasaan sedih, kecewa tapi dalam masa sama boleh represent as tanda maaf. Interesting-kan ?" Terang Zarin.
Wafa memandang lama bunga itu. Dah represent sedih dan kecewa tapi kenapa represent as tanda maaf juga ? Tanpa sedar emosi dia mula bermain-main dengan perasaanya.
"Why does this flower represent 'forgive me' also ? Bayangkan, i am sad, and dissapointed and someone pass me this flower to ask for my forgiveness but at the same time it reminds me of the sadness and dissapointed thing that the sender have done to me.. tak ke lagi sedih ?" Soal Wafa dengan muka tidak puas hati.
"Good question, miss! Actually the name behind of this flower quite interesting which is so fantasy to me tapi sedih..based from greek's legend. Hyacinth was a boy, and Hyacinth ni disayangi oleh god of the sun and god of the west wind. Tapi Hyacinth ni lagi sayangkan god of the Sun, Apollo dari god of the west wind, Zephyr which is Zephyr ni jealous. One day Hyacinth ni dia main cakera like boomerang tapi bulat leper.. dia main dengan Apollo and Zephyr tak suka so dia guna power wind dia untuk tolak cakera tu dengan kuat tapi terkena Hyacinth which caused Hyacinth death." mata Wafa terbeliak saat mendengar cerita Zarin.
YOU ARE READING
Wafa Aqisha
RomanceKerana sebuah jambangan bunga, mereka ditakdirkan bertemu. Sebuah perbualan yang simple membawa ke titik perkenalan. Bagi Zarin ini merupakan satu kebetulan yang luar biasa kerana dia sudah lama sukakan Wafa. Jadi, tidak mungkin dia akan lepaskan pe...