08 - Malu

96 17 0
                                    

Wafa tersenyum senang saat dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Pilihan untuk makan malam bersama Zarin merupakan satu pilihan yang tepat. Sekurang-kurangnya dia tahu Zarin kelihatan tenang berbanding petang tadi.

"Ya Allah, mana datang keberanian aku tanya and pelawa Zarin macam tu? Malunya!" Wajahnya disebamkan ke atas bantal gebu di ruang tamunya. Selepas perbualan serius mereka, mereka mula makan dengan tenang. Sesekali dia menceritakan apa yang berlaku di tempat kerjanya agar suasana meja makan lebih ceria. Melihat respon Zarin padanya membuatkan Wafa semakin tersenyum senang.

Apabila dia cerita kisahnya di tempat kerja membuatkan Wafa dapat rasakan kisahnya tidak menarik tapi kenapa Zarin gelak bagai nak rak? "Haihh.. harap dia okay lah sikit.." luah Wafa.

Selepas selesai mandi dan bersiap untuk tidur, telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Mesej daripada Zarin! Laju sahaja dia membaca mesej itu.

...

Wafa, dah tidur ke? -Zarin-

...

Belum. Kenapa Zarin? -Wafa-

...

Saya tak boleh tidur. -Zarin-

...

Macam tu guna teknik bernafas 4-7-8  -Wafa-

...

Dah, stil tak boleh tidur. -Zarin-

...

Hmm.. try kira anak kambing. -Wafa-

...

Wafa, zaman bila tu orang kira anak kambing?  - Zarin -

...

Try lah dulu. Kalau berkesan awak kena belanja saya desserts.  - Wafa - 

...

Okayy.. good night Wafa. -Zarin-

...

Good night -Wafa-

...

Zarin merenung lama telefonnya tanpa sedar senyuman terukir di wajahnya. Sebenarnya tadi ingatan lama belegar di fikirannya menyebabkan dia sukar untuk melelapkan mata. Melihat balasan skema Wafa membuatkan dia ketawa kecil. Itulah Wafa, dia mungkin tidak romantik tapi sekali dia cakap apa yang dia nak, kedengaran sungguh ikhlas sahaja sebab Wafa seperti tidak reti nak karang ayat berbunga-bunga. Ayat dia semua mudah untuk faham dan hadam, sangat direct!

"Kalau macam nilah, hari-hari aku tak sabar untuk esok pagi jumpa Wafa." luah Zarin. Tanpa sedar dia terlelap ketika berulang-ulang kali membaca mesej mereka tadi. Malamnya berlalu dengan tenang tanpa didatangi mimpi silamnya.

Pagi itu, seperti biasa sebelum ke pejabatnya dia akan singgah ke kedai The Daffodil. Masuk sahaja dalam kedai, wajah Zarin sudah terpacak di hadapan kedai.

"Wafa!" tegur Zarin.

"Hi. Based on how excited awak pagi ni mesti cukup tidur semalam. Kira tak sia-sia tips kira anak kambing." balas Wafa, tergelak Zarin melihat jawapan tersangat yakin Wafa.

"Disebabkan tips awak menjadi, saya kena belanja awak makan lah kan?" soal Zarin.

"Just belanja saya desserts pun dah okay.. saya suka everything with chocolate." jawab Wafa.

Wafa AqishaWhere stories live. Discover now