CHAPTER I

154 9 0
                                    

"There is one irrefutable low of the universe: We are each responsible for our own life."

-Oprah Winfrey, What I Know For Sure.

Seperti biasa, langit yang gelap itu tidak ada Bintang yang menemani. Orang lalu-lalang di taman itu bersama kekasih mereka. Ada yang datang sekadar untuk menghiburkan diri sendiri.

Di satu sudut, Nadia Kirana sedang bersedih kerana ditinggalkan oleh bekas kekasihnya, Megat Aariz Safuan. Memang sudah di takdirkan itulah penghujung hubungan mereka berdua untuk bersama.

"Kenapa la sedih sangat hidup aku ni?" soal Nadia sendirian. Dia meneguk air tin yang berisi sprite yang berada di tangannya itu.

"Apasal aku macam sedih sangat hari ni? Putus cinta aje kot." Nadia melihat skrin telefon bimbitnya. Langsung tak ada mesej masuk mahupun panggilan.

"Apasal la kau buat aku macam ni, Aariz?"

Orang lalu-lalang dihadapannya langsung tidak dia perasan. Dia cuma tahu yang hatinya sakit dilukai oleh lelaki yang sudah lama dia simpan perasaan.

"Orang kata tak bagus menangis sendiri-sendiri." kata satu suara.

"Bagus la menangis sendiri. Bukannya ada orang kesah pun." jawab Nadia.

Namun dia tersedar akan sesuatu. Dia cuma bersendirian di situ. Siapa pula yang bercakap dengannya? Lelaki di sebelahnya itu membuatkan Nadia terkejut.

"Apa awak buat kat sini?" tanya Nadia kepada lelaki itu.

"Saja lalu. Lepastu saya nampak awak sendiri aje kat sini. Sebab tu la saya datang temankan awak." balas lelaki itu tersenyum.

Nadia mengeluh sekali lagi sambil memandang bulan yang menghiasi langit malam itu. Ingatannya jauh melayang ke arah Aariz. Itu pun kalau sampai. Dia tidak menyangka lelaki itu sanggup memutuskan hubungan mereka setelah bertahun-tahun mereka bersama.

"Maybe life will be difficult sometimes but kita mesti la move on ke depan dan lupakan yang dah berlalu." ucap lelaki itu.

"Jap. Awak siapa nak nasihat saya macam tu? Ni life saya. Biar saya aje tentukan. Can you just ignore me and get out of here?" marah Nadia apabila orang asing seperti lelaki itu sesedap cukup rasa saja mahu menasihati dirinya. Sedangkan lelaki itu tidak tahu pun apa yang sedang dialami oleh Nadia Kirana.

"Ikutkan tadi memang saya nak ignore awak aje tadi sebab saya bukan jenis yang suka jaga tepi kain orang. Tapi saya kesian kat awak sebab awak sedih-sedih macam ni ramai yang tengok awak ni. Awak tak malu ke?" ujar lelaki itu.

Nadia memandang sekelilinya. Dilihat ramai mata memandangnya sambil tertawa kecil. Tiba-tiba Nadia rasa malu akan dirinya. Kenapalah dia boleh tidak perasan akan renungan orang terhadapnya? Pasti mereka fikir dia terlalu kesian kerana menangis dan minum bersendirian.

"Awak nak ke mana?" tanya lelaki itu apabila dia sedar yang Nadia sedang bangun dari kedudukannya.

"Saya baru aje ingat yang mama saya tak suruh saya bercakap dengan orang asing." jawab Nadia sambil matanya terarah ke tempat lain. Malu untuk melihat wajah lelaki yang berada di hadapannya itu.

Dui, pasal Aariz la ni aku buat perangai memalukan depan orang dan depan lelaki ni! Bisik hati Nadia.

"Tapi kita baru aje ber...,"

"It's okay. Saya nak pergi dulu. Esok saya ada kerja penting nak kena buat. Jumpa lagi. Eh! Tak payah jumpa lagi pun tak apa." potong Nadia dengan nada kelam bin kelabut lalu bergegas beredar dari situ meninggalkan lelaki yang tak dikenali.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now