CHAPTER XXVIII

30 6 0
                                    

Seven billion lives, the night view of the city. Might be the night of another city.
Each dream, let us shine. Brighter than anyone else, one.

-Suga (BTS), Mikrosmos.

PADA keesokkan harinya, hari yang dinantikan oleh Mira. Kerana hari ini mereka berpeluang untuk menjelajahi kota Istanbul itu. Berkat dengan Irfan, boleh juga mereka merantau dan tidak sesat. Memandangkan Irfan sudah duduk lama di Istanbul. Atau lebih tepat lagi, asal Irfan mempunyai penerbangan, dia akan ke Istanbul.

Oleh kerana sudah lama dia disitu, boleh dikatakan yang Irfan adalah pakar kepada jalan disitu. Haziq hanya mencebik apabila Irfan dikatakan pakar. Menyampah dia. Haha!

Seawal pukul 9 pagi lagi mereka sudah terpacak di lobi hotel itu. Menunggu Irfan. Nasib saja mereka sudah bersarapan. Hotel itu menyediakan makanan halal. Jadi, tidaklah mereka bersusah payah mahu mencari restoran yang menawarkan makanan halal. Lagipun sudah memang pemilik hotel itu beragama islam.

Sedang mereka sedang berborak, Irfan datang dari pintu masuk hotel itu. Ketika mereka sarapan tadi, Irfan tidak ikut bersama kerana ada urusan kerja diluar katanya. Akhirnya mereka hanya menikmati sarapan dengan bertiga saja.

Nadia memandang ke belakang Irfan. Pelik, kenapa Irfan datang sendiri saja? Bukankah Irfan cakap dia mahu mengajak seseorang juga? Atau Nadia yang tersalah dengar. Dia mengharapkan Haiqal ikut turut serta dalam lawatan mereka ini. Namun hampa kerana bayangan Haiqal langsung tidak kelihatan.

"Kau cari apa, Nad?" soal Mira pelik melihat kawannya yang sedang mencari sesuatu.

Nadia yang menyedari yang Mira pelik melihatnya, terus saja buat-buat seperti tidak ada apa-apa. Dia berdehem lalu tersenyum memandang Mira.

"Tak ada apa la. Aku tengok kat luar aje," tipu Nadia. Mira sekadar mengangguk.

Selepas itu, dengan secara mengejut Irfan menarik tangan Mira untuk berjalan dengannya. Mira pula terus berubah menjadi anak kucing yang pemalu. Nadia dan Haziq pun macam tidak mahu saja memandang adegan mereka itu. Tahulah pasangan suami isteri. Tapi janganlah sampai buat macam tu depan orang bujang. Kesian Nadia dan Haziq.

"Ala, kalau jealous tu cakap aje la," kata Mira sambil menjelirkan lidah kepada mereka berdua.

Nadia menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah. Tidak ada masa dia mahu cemburu.

"Tak apa, Nad. I can be your partner for today," kata Haziq seraya mengenyitkan matanya. Nadia tergamam.

Sudah! Apa pula mimpi si Haziq semalam sampai berkata macam itu? Siap mengenyit mata lagi. Mata masuk habukkah?

---

UNTUK lokasi yang pertama di Istanbul, Irfan membawa mereka ke Topkapi Palace Museum. Masuk saja ke dalam bangunan Topkapi itu, Nadia terpukau akan keindahan hiasan dalaman istana yang sudah berubah menjadi muzium seni itu.

Istana Topkapi adalah salah satu destinasi yang sangat menarik untuk dikunjungi di Turki. Kerana disini pengunjung boleh melihat secara langsung tongkat Nabi Musa AS, dan beberapa barang peninggalan Baginda Rasulullah SAW.

Mereka menerokai bangunan muzium yang dipenuhi dengan ayat suci Al-Quran yang terhias di dinding muzium itu. Dalaman muzium itu juga dihiasi dengan dinding yang berwarna biru, merah dan emas. Memukau pandangan Nadia. Subhanallah, cantiknya.

Nadia mendongakkan kepalanya ke atas. Satu chandelier besar tergantung dan terhias di atas syiling menampakkan kemewahan muzium itu. Kalau dari pintu masuk muzium itu, apabila masuk saja dan pandang ke arah kiri, terdapat sebuah sofa yang berwarna putih. Seakan sofa milik raja. Mestilah, sudah namanya bekas istana. Pasti ini adalah tempat kediaman maharaja dulu. Nadia ke arah sofa itu. Kiri dan kananya terdapat pasu bunga tidak berbunga yang berwarna biru lembut setinggi dirinya sendiri menghiasi kawasan itu.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now