CHAPTER XXX

90 6 0
                                    

Shine, dream, smile
Oh let us light up the night
We shine just as we are tonight.

- BTS, Mikrosmos.

Pera Museum; Fatih, Istanbul, Turkey.

NADIA terpesona melihat suasana muzium lukisan itu. Sejuk mata memandangnya. Ada pelbagai lukisan yang berada disitu. Macam biasa, Nadia naik ke tingkat atas muzium itu. Dinding berwarna merah itu dihiasi pelbagai dengan lukisan. Satu-satu Nadia melihat. Biarpun dia tidak berapa tahu akan tentang lukisan, tapi hati Nadia tersentuh melihatnya.

Seakan seperti sedang berada di galeri saja gamaknya. Nadia suka.

Sedang Nadia berjalan, dia masuk ke arah lorong kiri. Sunyi saja lorong ini. Tapi lukisan tetap ada. Sejak dari awal tahu 1908 lagi lukisan itu. Lama namun nampak klasik dan sangat cantik. Kalaulah Nadia pun ada tangan pelukis.

Masuk saja lorong itu, tiba-tiba lorong yang dia jalani itu bertukar berwarna hijau disebelah warna merah. Nadia kagum melihat kecantikkannya. Sehinggalah Nadia melihat lukisan yang paling hujung.

The Turtoise Trainer. Itulah tajuk lukisan itu.

Lukisan itu menggambarkan seorang lelaki tua dengan kostum keagamaan tradisional Uthmaniyyah. Pakaian merah panjang dengan sulam-bersulam, diikat di pinggang, dan serban Turki di kepalanya.

Tokoh itu mungkin merupakan Hamdi sendiri. Kostum anachrinistik mendahului pengenalan fez dan penyebaran pakaian gaya Barat dengan pembaharuan Tanzimat pada pertengahan abad ke-19. Dia memegang seruling ney tradisional dan memikul gendang nakkare di punggung, dengan tongkat gendang di hadapannya. Kostum dan alat muzik lelaki itu menunjukkan bahawa dia mungkin seorang Dervish.

Tempat kejadian berada di sebuah ruangan atas yang usang di Masjid Hijau, Bursa. Di mana lelaki itu berusaha ‘melatih’ lima ekor kura-kura di kakinya. Tetapi mereka mengabaikannya dan malah memakan daun hijau di lantai.

Di atas tingkap runcing ada tulisan "Şifa'al-kulûp lika'al Mahbub" yang bermaksud Penyembuhan hati bertemu dengan yang dicintai.

He painted this painting at a time of great social and political unrest in the Ottoman Empire. Banyak kejadian yang berlaku waktu tu. At that time it was the time of the Young Turkish Revolution around 1908,”

Nadia memandang ke arah lelaki yang berada disebelahnya itu. Bila masa Haiqal ada situ pun Nadia tidak sedar. Terlalu kusyuk sangat memandang lukisan. Sehingga bayangan Haiqal pun dia tidak sedar.

“Macam mana awak tau?” soal Nadia. Kagum sangat dengan pengetahuan Haiqal tentang lukisan ini. Pasti Haiqal adalah salah satu orang yang minat dengan lukisan.

That’s why I have a friend named Mamat Google,” jawab Haiqal seraya menunjukkan telefonnya dihadapan Nadia sambil ketawa.

Nadia menjulingkan matanya ke atas. Dia ingatkan yang Haiqal memang tahu tentang lukisan itu. Tapi hebatlah juga sebab Haiqal membuat research sejak awal lagi. Kagum pun kagumlah walaupun hanya menggunakan Google.

“Kenapa awak tiba-tiba berminat dengan lukisan ni? Sampai nak tembus aje biji mata awak pandang lukisan ni?” soal Haiqal pula seraya memasukkan kembali telefonnya ke dalam poket.

“Saja. Sebab lukisan ni paling hujung dan background wallnya warna green turqoise. Sedangkan lukisan lain warna merah aje. Sebab tu saya ke sini. Because this painting has its own special features,” kata Nadia sambil tersenyum memandang lukisan itu kembali.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now