CHAPTER XII

31 7 0
                                    

If the whole universe has no meaning, we should never have found out that it has no meaning:just as if there were no light in the universe and therefore no creatures with eyes, we should never know it was dark. Dark would be without meaning.

-C. S. Lewis

“KENAPA saya nak percaya cakap awak? Saya tak kenal awak sangat. Sejauh mana saya boleh percaya cakap awak?” soal Nadia tidak berpuas hati.

This is serious, Nadia. Dia memang nak sasarkan you dan Haziq. I tak main-main!” kata Ariana dengan bersungguh-sungguh.

Nadia terpanah. Nadia terkelu. Tidak tahu mahu kata apa. Apa kena mengena dia dengan semua ini? Kenapa sekarang dia mahu muncul?

“Semua ni bermula sebab dendam, Nadia. Dia memang tak suka tengok Haiqal happy.” Kata Ariana cuba untuk menjelaskan apa yang berlaku.

“Sekarang dah ada Haiqal pula? Apa kena mengena dia dengan Haiqal pula? Dan siapa dia yang awak cakap tu? Apa kena mengena dengan saya dan Haziq?” soal Nadia bertubi-tubi. 

Dia cuba untuk mendengar apa yang dijelaskan oleh Ariana. Tapi fikirannya sekarang tidak dapat menerima yang dia juga turut menjadi sasaran. Apakah ianya seperti apa yang dikatakan oleh Helmy kepadanya?

Cool dulu, Nadia. I tak berapa kenal dengan lelaki tu. Yang I tau dia memang rapat dengan Haiqal.” Kata Ariana.

Nadia terkejut apabila dapat tahu lelaki yang selama ini menyerang Haziq, dan menghantui dia selama ini ada kena mengena dengan Haiqal. Tidak peliklah kalau selama ini dia dan Haiqal selalu saja terserempak antara satu sama lain. Nadia fikir yang mereka memang kebetulan berjumpa. Tapi, tekaannya meleset apabila mendengar penjelasan dari Ariana.

But, now…,

Enough.”

Wait, what?” soal Ariana dengan pelik. Belum habis dia menerangkan, sudah Nadia suruh dia menghentikan apa yang ingin dia jelaskan.

I said, enough. Saya tak nak dengar lagi apa yang awak nak cakap. Semuanya dah jelas. Haiqal rupanya punca selama ni.” Kata Nadia.

“Tapi, Nad. I tak habis cakap lagi. Pasal…,”

No. Semua dah jelas dah. Awak tak perlu terangkan apa-apa lagi saya memang dah jelas. Sekarang saya nak balik. Nak tenangkan diri. Harap sangat la kita tak jumpa lagi.” Ujar Nadia. Dia pun bangun dari sofa itu dan terus meluruh ke arah pintu bilik.

Buka saja pintu bilik itu, terpacul bayang Mira yang sedang menunggu Nadia di luar.

“Jom balik, Mira. Rasa panas pula aku duduk lama-lama kat sini.” Kata Nadia.

Tidak sempat Mira berkata apa-apa, Nadia sudah berjalan meninggalkan dia. Mira pun tanpa membuang masa, membawa begnya dan beg Nadia lalu mengejar Nadia yang sudah jauh meninggalkan dia.

---

TEPAT pada 10 pagi itu, pesawat yang dibawa oleh Haiqal dan Irfan pun selamat mendarat di bumi Malaysia itu. Sudah Agak lama mereka meninggalkan Malaysia untuk menjalankan tugas di Jerman selama seminggu.

Haiqal dan Irfan menarik bagasi mereka dengan gembira keluar dari pesawat itu setelah kesemua penumpang sudah pun keluar. Mendarat saja kaki mereka di lantai lapangan terbang itu. Irfan menghelakan nafasnya dengan lega.

Finally, home sweet home! Rindunya aku dengan Malaysia. Janji tak tinggalkan Malaysia lagi. I already miss you.” Kata Irfan sambil mendepakan kedua-dua tangannya ke atas. Bangga kerana dapat balik ke bumi Malaysia dengan selamat.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now