CHAPTER IX

26 7 0
                                    

I'm sure the universe is full of intelligent life. It's just been too intelligent to come here.

-Arthur C. Clarke

"APA yang awak nak cakap kat fans awak diluar sana?" soal Nadia kepada Aiman Alif di temu bual mereka. Haziq setia memegang kamera dengan erat. Dia merakam setiap babak yang ditemu bual oleh Nadia kepada Aiman Alif.

"Saya nak cakap yang saya berterima kasih kerana telah menyokong saya dari awal hingga akhir. Kalau bukan sebab fans saya, maybe saya takkan ada kat sini. Berdiri dengan berjaya dan membanggakan parents saya. Saya sayang anda semua. Silalah terus menyokong dengan apa yang saya lakukan. Insyaallah, saya takkan menghampakan awak semua." Ucap Aiman Alif sambil memandang kamera dengan tersenyum. Ucapan yang menyentuhkan, dan temu bual yang menyenangkan.

Selesai saja temu bual mereka, Nadia dan Haziq mengucapkan terima kasih kepada Aiman Alif kerana dapat meluangkan masa bersama mereka. Aiman Alif pun turut berterima kasih. Dia amat gembira sepanjang temu bual itu. Sempat lagi Aiman Alif meminta maaf kepada mereka berdua pasal tempoh hari di lapangan terbang. Namun Nadia dan Haziq kata mereka tidak apa-apa.

Aiman Alif pun meminta diri untuk menukarkan pakaiannya. Nadia mengucapkan terima kasih kepada krew yang bekerjasama bersama mereka kali ini. Mereka pun mengemaskan peralatan mereka yang digunakan sepanjang temu bual itu.

Nadia melihat Haziq yang sudah lama tidak bertegur-sapa dengannya. Nadia tidak tahu mahu katakan apa kepada lelaki itu. Jadi, ada baiknya Nadia hanya mendiamkan diri saja. Haziq berjalan ke arah Nadia, dia gugup sendiri. Menanti apa yang ingin disampaikan oleh lelaki itu.

"Bos baru aje call tadi, dia kata kalau dah siap kita dah boleh pulang." Kata Haziq dengan memandang Nadia.

"Oh, iya ke? Bagus la." Jawab Nadia. Baru saja Haziq ingin beralalu, namun Nadia menghalang laluannya.

"Kau tak ada apa nak cakap lagi ke?" soal Nadia.

"Nak cakap apa lagi? Kau buat kerja yang bagus sepanjang interview tadi." Jawab Haziq dengan pelik.

"Jangan la main-main. Tau tak aku dan Mira risau pasal kau?"

"Tak payah risau la. Aku okay. Just banyak kerja aje." Jawab Haziq sambil tersenyum. Takkanlah dia mahu bagitau Nadia yang dia masih menyiasat tentang latar belakang Haiqal. Pasti gadis itu akan memarahinya. Lebih baik begini saja. Dengan menipu sedikit, itu tidak akan apa-apa. Itulah situasi Haziq kepada Nadia.

"Betul, ya?" soal Nadia lagi. Haziq sekadar tersenyum sambil mengngguk.

Siap saja mereka berkemas, Nadia dan Haziq pun keluar dari situ. Mereka bercerita tentang temu bual tadi. Haziq ketawa apabila mengingat balik Nadia terkejut apabila mereka di suruh temu bual Aiman Alif.

"Mesti la aku terkejut! Kau tak tau ke aku ni masih fobia dengan fans dia? Dah macam fans BTS aje aku tengok tau." Balas Nadia dengan tidak berpuas hati.

Haziq masih tidak habis ketawa. Persahabatan beginilah yang Nadia rindu. Harap sajalah Haziq tidak berubah hati lagi.

"Serious la muka kau lucu sangat tadi tau." Kata Haziq tidak habis mengenakan Nadia.

"Ala, tak payah la ingat pasal tadi. Kita dah habis interview dah kan." Marah Nadia.

Namun perbualan mereka terhenti saat melihat kereta milik Mira ada di situ. Nadia dan Haziq memandang antara satu sama lain sebelum mereka mendekati kereta itu. Ingin memastikan sama ada itu adalah kereta Mira atau tidak.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now