The universe is like a river. The river keeps onflowing. It doesn’t care wether you are happy or sad, good or bad; it just keeps flowing. Some people go down to the river and they cry. Some people go down to the river and they are happy, but the river doesn’t care; it just keep flowing. We can use it and enjoy it, or we can jump and drown. The river just keeps flowing because it is impersonal, and so it is with the universe. The universe that we live it can support us or destroy us. It is our interpretation and use of the laws that determine our effects or results.
-Robert Anthony.
“SATU kes percubaan membunuh telah dilaporkan pada petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Suspek didapati menghilangkan diri selepas menikam mangsa menggunakan sebilah pisau.
Kes ini masih didalam siasatan polis Kuala Lumpur. Saksi masih trauma dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Manakala, mangsa dibawa ke hospital dan masih koma selepas kejadian itu...,”
Dan begitulah berita berleluasa selepas kejadian Haziq ditikam petang tadi di Lapangan terbang. Kejadian itu telah mengejutkan semua orang yang berada di bangunan Dispatch itu, termasuk puan Suraini. Lain yang disuruh, lain yang terjadi. Pada akhirnya, puan Suraini terpaksa menugaskan orang lain untuk menjemput Astilah kerana Nadia masih terkejut.
Selepas saja mendapat panggilan kecemasan daripada Nadia, dengan cepat Syafiq pergi ke Hospital Kuala Lumpur seperti yang dimaklumkan. Masih terkejut dengan apa yang diberitahu, Syafiq tetap pergi. Dia pun meminta diri dari Ariana.
Masuk saja Syafiq ke dalam bilik wad milik Haziq, dia melihat puan Suraini dan Mira yang ada di situ. Dia cuba untuk mencari kelibat Nadia di bilik itu. Matanya tertangkap melihat Nadia yang sedang duduk berpegang lutut di satu sudut sambil memandang ke luar tingkap bilik itu.
“What has happened?” soal Syafiq seraya mendapatkan puan Suraini yang dari tadi duduk di tepi katil Haziq. Puan Suraini mengeluh berat sambil merenung sekilas ke arah Nadia.
“Doktor kata Haziq koma. Tak tau untuk berapa lama. Dia bertuah sebab luka tu tak terlalu dalam. I think Haziq seorang yang kuat.” Jawab puan Nadia dengan sayu. Syafiq hanya mengangguk faham saja.
Puan Suraini memandang Syafiq sebelum dia memberi isyarat tunjuk ke arah Nadia. Apa yang dimaksudkan oleh puan Suraini adalah, dia menyuruh Syafiq untuk memujuk Nadia yang masih terkejut itu.
Dengan perlahan, Syafiq pun berjalan ke arah Nadia yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri saja. Syafiq melabuhkan punggung di sebelah Nadia.
Puan Suraini dan Mira pun keluar dari bilik itu. Memberi masa kepada Syafiq untuk menenangkan Nadia.
“Awak okay? Awak ada tercedera ke?” soal Syafiq apabila dia melihat Nadia yang sedang memandang tapak tangannya yang masih ada kesan darah. Pasti darah daripada Haziq. Nadia juga agak panik ketika itu.
Waktu dia menghubungi Syafiq tadi, sudah dia dapat rasakan yang Nadia sangat panik. Mana tidak panik? Sudah mereka lama berkenalan. Sebenarnya sebelum Nadia kenal Mira lagi, Nadia memang sudah rapat dengan Haziq. Itu yang membuatkan pertalian mereka seperti adik-beradik.
“It’s all my fault. Saya nampak dia. But I just let him go.” Kata Nadia dengan perlahan namun agak jelas ditelinga Syafiq. Seperti apa yang Nadia pernah kata. Syafiq mempunyai telinga lintah yang tajam.
“Siapa? Lelaki tu? Awak ada nampak dia?” soal Syafiq dengan berhati-hati. Takut nanti Nadia akan bertambah berduka.
Nadia mengangguk perlahan. Dia nampak semuanya. Lelaki yang sama yang pernah cuba meragutnya. Tapi kenapa lelaki itu muncul sekali lagi? Apa yang dia mahu?
YOU ARE READING
Mengenali Hatinya (COMPLETE)
Lãng mạn'Sukar nak jangka apa di dalam hati kau... ' Suatu pertemuan yang tak disangka antara Nadia Kirana dan Haiqal Zaquan disaat Nadia putus cinta. Haiqal datang menyapa tanpa disangka. Bagi Nadia itu merupakan satu pertemuan yang pelik dan tidak dijangk...