You got me, I look at you and dream.
I got you, in the dark nights
We saw each other’s light, we were saying the same things.- (BTS) Jimin, Jungkook, Mikrosmos.
SYAFIQ memulas tombol itu lalu membukanya secara perlahan. Dia melihat terdapat dua orang lelaki disitu sedang menjaga Nadia. Dan mereka… berbual? Apa ke peliknya situasi ini.
Nasib menyebelahi Syafiq kerana dua orang lelaki itu membelakangkan pintu. Syafiq pun dengan secara perlahan dan tidak berbunyi, dia menyelinap masuk ke dalam bilik itu. Nadia sedar akan kehadiran Syafiq disitu. Lelaki itu mengisyaratkan Nadia untuk diam sambil meletakkan jari telunjuk dibibirnya.
Nadia mengangguk sekali sebelum perhatiannya ke arah dua orang lelaki itu. Dia tidak mahu nanti Syafiq akan tertangkap oleh dua orang lelaki ini. Nadia mengatur strategi. Dia memandang kedua-dua lelaki itu.
“Abang, nak tanya la. Sepanjang kita berbual ni, lupa pula nak tanya. Apa nama abang berdua?” soal Nadia seraya mengerdipkan matanya.
Kedua-dua lelaki bermisai dan lelaki bertatu itu memandang antara satu sama lain. Mereka kembali memandang ke arah Nadia.
“Nama abang, Zain. Yang ni pula Epol,” terang lelaki botak itu sambil tersengih.
Sementara Nadia mengalihkan perhatian mereka berdua, Syafiq menggunakan peluang ini untuk menyerang dari belakang. Tapi, macam mana? Syafiq harus bertindak dengan betul. Kalau dia tersalah langkah, bukan saja Nadia tidak dapat diselamatkan, dengan dia sekali dibelasah tanpa belas kasihan.
Seketika kemudian, Syafiq terpandang ke arah kayu tebal di tepi pintu itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa kayu itu berada disitu. Tapi dia tetap mengambilnya juga. Ini merupakan senjata untuk dia menyerang kedua-dua lelaki yang bernama Zain dan Epol itu.
Dia harus bertindak segera. Tidak mahu bagi peluang langsung kepada mereka untuk menyerang dia.
Dengan kiraan 1,2 dan 3, Syafiq mengangkat kayu itu sebelum dia ayunkan ke arah lelaki botak yang bernama Zain itu. Zain pun terbaring tidak sedarkan diri. Kawannya yang disebelah bernama Epol itu terkejut. Dia pun bangun dari kerusi itu.
“Oi, siapa…,”
Bukk!!
Nadia menendang lelaki itu dicelah sensitif. Epol terduduk melutut mengadu kesakitan. Syafiq terkejut dengan tindakan Nadia sebentar tadi. Dengan wajah yang terkejut, dia sempat mengangkat ibu jarinya. Bibirnya dicebikkan menandakan dia bangga. Nadia pula tersenyum kelucuan.
Tanpa membuang masa, Syafiq pun memukul kepala Epol menggunakan kayu itu. Dia membuang kayu itu ke tepi sebelum dia menarik tangan Nadia keluar.
“Eh, kenapa nak buang kayu tu pula?” soal Nadia dengan pelik.
“Buang la. Saya nak bawa awak keluar ni,” kata Syafiq dengan kelam kabut.
“Ambil la kayu tu balik. Mana tau ada benda berlaku kat luar nanti,” ujar Nadia sambil bercekak pinggang.
Syafiq mengeluh malas. Namun, tetap juga dia berlalu ke arah kerusi tadi. Kayu yang dia campak tadi diambilnya semula. Syafiq pun berjalan ke arah Nadia sambil tersenyum sinis. Nadia mengangguk.
Syafiq pun kembali menarik tangan Nadia. Membawa keluar Nadia dengan selamat seperti yang dirancang dari awal lagi. Lorong yang gelap itu mereka lalui. Haiqal sudah dia tidak lihat kelibatnya. Irfan juga sama.
Mungkin Haiqal sudah bertemu dengan Helmy. Irfan pula sudah berlalu ke kereta setelah menyelesaikan pengawal-pengawal Helmy itu.
Bersinar mata Syafiq setelah melihat jalan keluar yang terbentang luas. Sikit saja lagi mereka mahu melimpasi pintu itu. Kemudian, misinya selesai. Nadia selamat. Dia turut selamat. Haiqal pula, pandai-pandailah selamatkan diri sendiri. Dia kan ada tali pinggang hitam dalam taekwando.
YOU ARE READING
Mengenali Hatinya (COMPLETE)
Romance'Sukar nak jangka apa di dalam hati kau... ' Suatu pertemuan yang tak disangka antara Nadia Kirana dan Haiqal Zaquan disaat Nadia putus cinta. Haiqal datang menyapa tanpa disangka. Bagi Nadia itu merupakan satu pertemuan yang pelik dan tidak dijangk...