Two things are infinite: the universe and human stupidity; and I'm not sure about the universe.
- Albert Einstein.
OLEH kerana kejadian yang menimpa Nadia, Haziq dan Mira, temu bual yang sepatutnya dilakukan pada hari ini bersama Haiqal terpaksa ditangguh. Ini kerana Haziq diberi cuti oleh bos mereka yang amat berkuasa.
Walaupun Haziq kata yang dia masih boleh berjalan, tetapi dia masih di suruh cuti kerana tidak mahu menyusahkan pekerja yang berada Dispatch. Oleh itu, Haziq terpaksa diberi cuti selama seminggu. Nadia hanya ketawa apabila Haziq memberitahunya akan ketidakpuasaan hatinya yang disuruh cuti oleh sebab yang tidak munasabah saja.
Tiba-tiba hari ini Nadia berasa sunyi. Apakah mungkin sebab ketiadaan Haziq di situ? Biasanya dia akan membawa lelaki itu bercerita walaupun Haziq mempunyai pejabat sendiri. Itu lebih membuatkan dia sunyi. Sebab sebelum ini Haziq akan berada dihadapan mejanya. Kadang-kadang dia akan mengganggu kawannya itu apabila dia bosan. Tetapi, selepas Haziq mendapat pejabat sendiri, hasil dari dinaikkan pangkat, meja itu sudah dihuni oleh Syafiq yang sombong. Nadia mengelamun sambil memandang meja Haziq yang kini dihuni oleh Syafiq.
"Apa?" tanya Syafiq apabila dia menyedari yang Nadia asyik memandangnya.
"Tak ada la. Just think about the future. I thought about how to get away from the arrogant tiger." Balas Nadia seraya menyindir Syafiq yang berada di hadapannya. Dia kembali menyiapkan tugasannya.
Apalah Syafiq ni. Baru saja Nadia mahu mengelamun rindu dengan Haziq yang tiada sini. Perasan orang tengok dialah tu. Sesuai sangat gelaran yang Nadia bagi. Harimau sombong. Haha! Kenapa pula harimau? Sebab memang harimau sombong. Kalau pergi zoo di bahagian harimau, pasti harimau itu akan menjeling menyampah pada pelancong. Begitulah situasi Nadia dan Syafiq. Nadia itu diibaratkan pelancong dan Syafiq adalah harimau itu. Mengingatkan tentang itu, membuatkan Nadia ketawa perlahan kerana lucu dengan gelaran harimau sombong itu.
"Can you please be quiet? I can't focus because I hear your loud voice." Tegur Syafiq seraya berpeluk tubuh memandang Nadia.
Nadia pun terdiam selepas ditegur oleh harimau sombong itu. Nadia mengangguk menandakan yang dia akan senyap. Macam inilah yang dia fikir. Kenapalah dalam banyak-banyak orang, Syafiq merupakan orang yang akan duduk dihadapannya? Sudah tidak ada orang lain lagikah?
Bunyi dari telefon bimbit Nadia membuatkan Syafiq menjeling tajam. Nadia pun dengan cepat mengambil telefonnya. Dia perasan akan jelingan tajam yang diberi oleh Syafiq.
"Apa? Ada orang call la. Takkan nak buat tak tau pula, kan?" Syafiq pun tidak peduli lalu menyambung kembali kerjanya.
Nadia pun berjalan ke arah pantri untuk mengangkat panggilan itu.
---
"TOLONG la ambil fail projek kita tu kat office." Kata Haziq yang di hujung telefon.
"Masalahnya aku tak tau mana fail kau tu." Jawab Nadia.
Bukan pula si Haziq menghubungi Nadia kerana ingin bertanya khabar. Dia cakap pasal fail pula. Inilah salah satu orang yang sangat degil. Sudah disuruh cuti dari sebarang projek kerja, dia pula sibuk suruh ambil.
"Kalau kau tak tau, kau tanya Syafiq. Dia tau selok-belok office tu. Aku ada bagitau dia fail tu kat mana," jawab Haziq.
"Ih, tak nak aku tanya dia. Dah la baru aje dia buat muka harimau dia tadi. Seram aku." Kata Nadi seraya menggelengkan kepalanya walaupun dia tahu yang Haziq tidak akan nampak.
YOU ARE READING
Mengenali Hatinya (COMPLETE)
Romance'Sukar nak jangka apa di dalam hati kau... ' Suatu pertemuan yang tak disangka antara Nadia Kirana dan Haiqal Zaquan disaat Nadia putus cinta. Haiqal datang menyapa tanpa disangka. Bagi Nadia itu merupakan satu pertemuan yang pelik dan tidak dijangk...