CHAPTER V

45 7 0
                                    

What you feel about another person, what you think or say about another person, what you do to another person- you do to you. Give judgement and critism and you give it to yourself. Give love and apprecration to another person or anything, and you give it to yourself.

-Rhonda Byrne, The Power


PADA hari yang cerah sebegini, ramai yang keluar dan bertemu dengan sesiapa yang mahu. Ada juga yang mungkin cuma duduk di dalam rumah sambil menikmati kopi yang hangat sambil menonton tv. Banyak cerita yang seronok hari ini di tv.

Pada hari ini juga, nasib amat menyebelahi kepada Nadia. Kerana hari ini dia tidak lambat untuk pergi ke tempat kerja. Mood Nadia hari ini sangat bagus. Dia menyapa semua pekerja-pekerja yang berada di bangunan itu termasuk sekuriti yang menjaga bangunan Dispatch itu.

Pekerja yang lain hanya melayan saja sapaan dari Nadia. Tapi bukan semua yang layan. Syafiq masih lagi melayannya dengan dingin. Bukan setakat Nadia saja. Mungkin hampir semua orang dilayan seperti itu.

Langkah Nadia terhenti apabila orang yang berada di hadapannya kini adalah Haziq yang sedang memegang fail. Nadia secara automatik terfikir akan benda yang dikatakan oleh Mira dan kakaknya, Najla semalam.

Itu membuatkan Nadia rasa janggal bila berada di hadapan Haziq waktu ini. Tidak mungkin Haziq orangnya yang telah menghantar rombongan meminang semalam. Tapi, sesiapapun orangnya, sama ada Haziq atau orang lain. Nadia sudah menyuruh maknya menolak pinangan itu. Alasannya, Nadia sibuk bekerja dan belum bersedia lagi.

Bagi Haziq pula. Semestinya dia teringat akan perbualannya bersama dengan puan Suraini semalam. Apa yang dikatakan itu masuk kembali dalam fikiran Haziq. Apakah benar perasaannya itu? Kenapa harus ada perasaan itu? Itu membuatkan Haziq rasa janggal. Sama dengan apa yang di rasa oleh Nadia.

Mereka memandang antara satu sama lain. Tidak tahu mahu memulakan perbualan yang macam mana. Haziq menggaruk kepalanya yang tidak berapa gatal. Nadia pula memusingkan bebola matanya ke arah sekeliling. Di mana saja. Asalkan bukan pada Haziq.

“Apasal pula korang ni? Macam baru jumpa aje.” Tegur Safuan yang kebetulan melalui jalan di tempat Nadia dan Haziq sedang berdiri itu.

“Bukan korang biasanya rapat ka? Lupa ingatan ke korang ni?” tegur Lisa pula kali ini apabila dia mendengar apa yang di katakan oleh Safuan sebentar tadi.

“Hai, Haziq. Bro! Dah lama kita tak jumpa, kan. Apa khabar kau? Dah besar panjang dah kau ni. Last kita jumpa kau masih kecil aje, kan? Haha!” ujar Nadia seraya menepuk bahu Haziq dengan kuat.

Dia sendiri pun tidak tahu apa yang sedang dia lakukan. Tapi bertambah membuatkan dia kelihatan seperti seorang dungu.

“Haha. Aku baik aje. Aku rasa macam kita baru aje jumpa dua hari yang lepas. Sebab kemarin kau cuti, kan. Tak tau pula kau nampak aku ni membesar dengan cepat. Apapun terima kasih la cakap aku dah besar. Alhamdulillah, aku ni sihat aje.” Jawab Haziq seraya menjongketkan keningnya. Dia pun tidak tahu apa yang di lakukan oleh Nadia itu.

Akhirnya mereka berdua pun bersurai dari situ. Membuat hal masing-masing. Kawan-kawan mereka hanya memandang satu sama lain sebelum mereka memandang mereka berdua dengan pelik. Benda ini tidak pernah berlaku diantara Nadia dan Haziq.

Pada kebiasaannya, Nadia mulakan hari bekerjanya dengan mengenakan Haziq. Tapi Haziq, bagi mereka masih tetap normal. Tapi Haziq kebiasaannya akan memarahi Nadia kerana menghalang jalannya. Tapi tadi mereka hanya mendiamkan antara satu sama lain buat seketika. Apabila ditegur, barulah mereka menyapa antara satu sama lain.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now