Life isn't happening to you; life is responding to you.
-Rhonda Byrne, The Power.
PADA hari cuti yang indah sebegini, pasti orang mahu masa bersendirian dan ketenangan yang luas. Iyalah, semestinya. Sebab sudah beberapa hari asyik bertemu dengan orang-orang dan kerja yang bertimbun.
Semua itu pasti sudah muak bagi orang yang bekerja. Lagi-lagi orang yang memang tinggal bersendirian. Indahnya dapat bertemu janji dengan katil sepanjang hari tanpa ada gangguan dari manusia di luar sana.
Tapi tidak bagi seorang yang bernama Nadia Kirana!
Awal pagi lagi, Nadia sudah mendapat panggilan dari kawan baik kesayangannya. Siapa lagi kalau bukan Mira. Memanglah Haziq pun kawan baik Nadia. Tapi cuba bayangkan kalau Haziq pun menjadi kawan kesayangan Nadia? Bukankah lain sudah maksudnya. Haziq itu cuma kawan mempertahankan diri bagi Nadia dan merupakan pemandu tidak berbayar Nadia. Haha! Kesian Haziq sebab dapat kawan macam Nadia.
Beralih kepada waktu Mira menghubungi Nadia di awal pagi pada hari cuti Nadia. Tujuan Mira menghubungi Nadia adalah kawannya itu ingin membawa Nadia keluar. Namun Nadia menolak pelawaan Mira dengan alasan dia mahu mendapat rehat yang secukupnya.
"Ala, Nad. Sekali-sekala keluar la jom. Kita jarang keluar berdua. Balik-balik ada gangguan aje." Iya. Gangguan yang dimaksudkan oleh Mira adalah Haziq. Sekali lagi, kesian Haziq. Huhu~
"Aku malas la, Mira. Tak boleh ke kau bagi aku berehat. Yang kau ajak aku ni, kau tak kerja ke?" dalih Nadia masih lagi bertiarap di atas katilnya.
"Sebab aku cuti la aku ajak kau jalan. Aku bosan ni. Meh la. Nadia meh la. Please. Kau tak kesian kat kawan kau yang kebosanan ni ke?" pujuk Mira dihujung telefon.
"Tak. Aku tak kesian langsung. Dah. Jangan kacau aku la. Pergi la cari boyfriend sana. Aku tak nak di ganggu waktu cuti." Jawab Nadia dengan bersahaja.
Pelik sungguh. Biasanya Nadia yang akan bermanja dengan Mira. Kali ini Mira pula yang tiba-tiba bermanja dengan Nadia.
"Ala, sampai hati kau. Aku bagitau kat Haziq." Kata Mira.
Namun Nadia langsung tidak menghiraukan. Ala, kalau setakat Haziq saja, dia tidak takutlah. Makin dia melawan cakap dengan Haziq ada lah.
"Kalau setakat Haziq aje, aku tak takut la. Confirm dia backup aku punya." Jawab Nadia dengan yakin.
Dia tertawa ketika Mira berkata 'Ala, dia ni, kan!' di hujung telefon.
"Sampainya hati kau mengabaikan diriku. Aku punya hati dan perasaan. Dimana hati mu? Di mana waktu mu? Bila ku perlu engkau jauh, engkau jauh." Tak tahu pula lagu apa yang dinyanyikan oleh Mira itu. Seperti bercampur-campur.
"Alamak. Menyanyi la pula minah ni." Kata Nadia sambil terkejut mendengar kawannya itu bernyanyi di hujung panggilan.
Bukan pula dia mematikan panggilan. Sambung menyanyi ada lah. Tak takut habis kredit ke minah ni? Tahu lah baru dinaikkan pangkat. Tapi simpan-simpanlah sikit duit tu untuk masa hadapan pula.
"Iya la. Aku join kau keluar. Tapi kejap aje tau. Bagi aku masa bersiap. Aku baru bangun ni." Dan macam itulah cara Mira memujuk Nadia untuk menemaninya keluar.
Walaupun agak sukar juga dia menyanyi. Biasalah, Mira bukannya artis pun sampai ada suara yang sedap. Dengan member sendiri saja pun. Apa salahnya dia sedekahkan suaranya yang tidak berapa merdu itu kepada Nadia?
Ini nasib baik saja Nadia layan juga dia. Kalau dapat Haziq ni, pasti lelaki itu akan menamatkan panggilan itu atau paling kejam, Mira akan di sekat oleh Haziq.
YOU ARE READING
Mengenali Hatinya (COMPLETE)
Romance'Sukar nak jangka apa di dalam hati kau... ' Suatu pertemuan yang tak disangka antara Nadia Kirana dan Haiqal Zaquan disaat Nadia putus cinta. Haiqal datang menyapa tanpa disangka. Bagi Nadia itu merupakan satu pertemuan yang pelik dan tidak dijangk...