Bangunan gergasi ini telah menjalani sejarah panjang, menjadi saksi kepada perubahan kuasa besar dunia serta turut mencetuskan sentimen agama. Melibatkan pihak yang menguasanya.
1. Dikenali dengan nama Hagia Sophia atau Aya Sophia (Turki).
2. Pertama kali dibina pada tahun 360 Masihi, ketika itu Istanbul masih dipanggil Constantinople. Bumbungnya adalah daripada kayu.
3. Terbakar pada tahun 404 Masihi saat rusuhan terjadi dalam kalangan pemerintah.
4. Dibaiki dan dibina semula dan siap pada tahun 415 Masihi.
5. 100 tahun selepas itu, ia sekali lagi terbakar apabila 'Pemberontakan Nika' berlaku terhadap Maharaja Justinian I, yang memerintah dari tahun 527 hingga 565 Masihi.
6. Kerana kerosakan terlalu teruk, Hagia Sophia dirobohkan pada tahun 532 Masihi dan dibina semula sebagai bangunan yang sangat gah yang siap pada tahun 537 Masihi oleh Maharaja Justinian.
7. Beberapa bahagian kubah pernah runtuh akibat gempa bumi dan dibaiki semula.
8. Untuk membina gereja yang gah, Maharaja Justinian mengarahkan kawasan jajahan takhluknya menghantar bahan-bahan binaan, antaranya dari Anatolia, Syria dan Utara Afrika malah termasuk Mesir.
9. Menjadi gereja besar di Constantinople selama 1000 tahun.
10. Ditukar menjadi masjid pada tahun 1453 apabila kerajaan Constantinople jatuh kepada penguasaan Uthmaniyyah. Lonceng dan barang-barang berunsurkan agama Kristian dibuang dan digantikan dengan Mihrab, mimbar dan empat menara diluar bangunan.
11. Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di bahagian tengah bangunan dan diameter 31.87 meter dan tinggi 55.60 meter dari lantai. Dinding dalam dilitupi marmar, mozek, emas dan lain-lain.
12. Berfungsi sebagai masjid sehinga 500 tahun sebelum kerajaan Republik Turki menguasai dan telah menjadikannya muzium bermula tahun 1935.
13. Ditukar kembali menjadi masjid pada tahun 2020 oleh kerajaan Turki di bawah pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Cantikkan Hagia Sophi🥺 i like this place actually. Sorry x berapa research sangat saya asyik kagum akan kecantikannya.. sorry juga sbb x dpt bgitau secara terperinci.. that's why saya tulis tentang Hagia Sophia di sini dan gmbar²nya supaya orang boleh nmpak keindahannya..
YOU ARE READING
Mengenali Hatinya (COMPLETE)
Romance'Sukar nak jangka apa di dalam hati kau... ' Suatu pertemuan yang tak disangka antara Nadia Kirana dan Haiqal Zaquan disaat Nadia putus cinta. Haiqal datang menyapa tanpa disangka. Bagi Nadia itu merupakan satu pertemuan yang pelik dan tidak dijangk...