The expression of the night is so beatiful. Not because of the stars or starlight, but because of us.
- (BTS) Jimin, Jin, Mikrosmos
BEBERAPA lama selepas panggilan itu ditamatkan, mereka mendiamkan diri. Mereka kini berada di kondo milik Haiqal. Dengan bertemankan Hanima dan Ros disitu, bukan Mira saja perempuan disitu. Sengaja mereka memanggil Hanima dan Ros supaya Mira berteman.
"Habis sekarang nak buat macam mana?" soal Irfan memecahkan segala kesunyian.
Mereka yang lain masih berfikir tentang apa yang Daniel cakap ditelefon sebentar tadi. Hanima dan Ros kelihatan sedang mengagumi kondo milik Haiqal. Mira dan Haziq sedang berfikir rancangan. Syafiq masih diam tidak berkutik. Haiqal pula sedari tadi tidak senang duduk. Asyik ke hulur ke hilir saja.
"Aku rasa kita kena lawan api dengan api la," kata Haiqal setelah lama berfikir.
Semua mata memandang Haiqal. Hanima dan Ros pun fokus mendengar apa yang dikatakan oleh Haiqal. Meskipun mereka berdua tidak termasuk didalam rancangan ini, namun mereka berdua tetap risau akan Nadia. kerana mereka berdua merupakan orang terakhir yang berjumpa dengan Nadia.
Terbeliak mata Mira saat mendengar rancangan Haiqal. Lengan sasa milik Haiqal dipukul kuat.
"Tu gila la namanya. Buatnya dia panggil geng dia kat sana. Kita ni dah la sikit aje," marah Mira tidak setuju dengan rancangan Haiqal.
"Ha'ah betul tu," kata Irfan turut memukul bahu Haiqal. Terkejut Haiqal dengan Irfan.
Apa kes kawannya itu mahu copy paste Mira. Mira pula menggelengkan kepala sambil memeluk tubuh.
"Habis nak buat macam mana? Ni aje cara nak selamatkan Nadia," jawab Haiqal membantah.
"Banyak lagi kot cara lain. Tak payah la nak lawan api pula. Terbakar nanti, kita tak tau apa jadi. Kot nanti dorang apa-apakan Nadia. Kita lawan dengan air la," kata Mira dengan nada memaksa tapi lembut.
Mereka berdua terdiam seribu bahasa mendengar apa yang dikatakan oleh Mira. Betul juga katanya itu. Sekarang ini, mereka tidak boleh hanya memikirkan untuk singkirkan Helmy dan Daniel saja. Mereka harus berfikir tentang Nadia juga. Helmy terlebih dahulu laju berfikir untuk menjadikan Nadia sebagai tebusan berharga buat Haiqal.
"Macam ni la. Kita tak guna cara api. Kita juga tak guna cara air. Tapi kita guna cara angin. Go inside and save Nadia and get out like nothing happened. Easy, right?" cadang Haziq pula sekian lama hanya mendengar perbualan mereka semua.
Termangu seketika mereka mendengar cadangan dari Haziq. Kira senang ke tu? Kalau orang-orang Helmy lebih ramai berbanding mereka? Dan lagi satu, siapa pula mahu pecah masuk ke kubuh Helmy?
"Easy apanya? Dah sah-sah kita sedang cakap pasal Helmy. Wey, kita pun tak boleh fikir yang dia akan culik Nadia, sekarang kenapa kau tak boleh fikir kalau Helmy tu ada orang-orang?" kata Syafiq pula.
Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Syafiq. Kalau sudah jahat itu, tidak semestinya mereka akan berfikiran bodoh untuk tidak merancang sesuatu. Sudah dia pun memanggil Haiqal ke situ. Mestilah Helmy ada agendanya sendiri. Entah-entah konco-konco Helmy tu tahu apa yang mereka sedang rancangkan.
Memikirkan tentang itu saja cukup membuatkan Mira rasa seram sejuk. Dia memerhatikan sekeliling ruang tamu milik Haiqal itu. Kot kalau mereka ada pasang kamera tersembunyi disini.
"Kalau macam tu, kita ubah. Buat rancangan yang smooth punya. Haiqal, Syafiq dan Irfan serbu masuk ke tempat dorang as quietly as you can," cadang Haziq lagi.
YOU ARE READING
Mengenali Hatinya (COMPLETE)
Romance'Sukar nak jangka apa di dalam hati kau... ' Suatu pertemuan yang tak disangka antara Nadia Kirana dan Haiqal Zaquan disaat Nadia putus cinta. Haiqal datang menyapa tanpa disangka. Bagi Nadia itu merupakan satu pertemuan yang pelik dan tidak dijangk...