CHAPTER VIII

39 7 0
                                    

A book, too, can be a star, a living fire to lighten the darkness, leading out into the expanding universe.

-Madeleine L’Engle

HAIQAL dan Ariana memandang antara satu sama lain. Mereka berbincang berdua jauh daripada Nadia dan Syafiq. Masih tidak percaya lagi dengan apa yang terjadi hari ini.

You buat apa di sini?” tanya Haiqal dan Ariana secara serentak.

Selepas menyedari akan tentang itu, mereka berdua berdehem. Nadia dan Syafiq hanya memandang mereka dari jauh, langsung tidak di perasan oleh Haiqal dan Ariana.

Anyway, siapa perempuan yang you keluar tu?” soal Ariana setelah beberapa lama mereka mendiamkan diri.

“Tu bukan urusan you. Tak payah nak tau la.” Jawab Haiqal dengan dingin.

So, siapa pula lelaki tu? Partner baru ka?” soal Haiqal pula seraya memandang sekilas Syafiq yang pura-pura tidak nampak mereka berdua.

“Amboi. Kalau you tak nak bagitau siapa perempuan tu, I takkan bagitau siapa lelaki tu.” Jawab Ariana tidak mahu kalah. Akhirnya mereka berdua menjeling antara satu sama lain.

Fine!” kata mereka secara serentak.

Apakah kebodohan mereka itu pun, Nadia dan Syafiq tidak tahu. Sebab kedua-dua mereka tidak dengar apa yang mereka bicarakan. Syafiq menggaruk kepalanya. Sampai bilalah mereka mahu buat begitu? Sudahlah wayang mahu mula sudah tidak lama lagi.

“Apa awak buat kat sini?” tanya Nadia kepada Syafiq. Masih rasa bersalah kepada Syafiq dengan apa yang dia lakukan haritu.

“Tengok wayang la. Takkan nak masak pula.” Jawab Syafiq tanpa memandang Nadia yang berada disebelahnya.

“Oh, iya ke? Saya ingat awak memang nak masak. Sebab cara pun dah macam chef. Tukang bakar popcorn aje la.” Jawab Nadia seraya tergelak kecil. Cepat saja Nadia mendiamkan diri apabila Syafiq menjeling tajam kepadanya.

“Apa hubungan awak dengan Haiqal? Sejak bila pula korang kenal?” soal Syafiq sambil kembali memandang Ariana yang sedang berbincang dengan Syafiq. Tertanya-tanya juga Syafiq apa hubungan dia dengan Haiqal. Dan kalau ada pun, apa kena-mengena Nadia dengan mereka.

“Kitorang pun baru kenal aje. Sejak bila kitorang kenal tu, tak payah tanya. Tu soalan sensitif tau.” Syafiq terus memandang Nadia dengan tanda tanya. Apakah maksud Nadia dengan ‘sensitif’ itu.

“Apasal? Tu lagi salah sorang yang kau ajak gaduh lagi?” soal Syafiq dengan pelik.

Iyalah, mana tahu, kan? Sebab dia lihat Nadia ni pun suka mengajak gaduh. Haziq pun kena dengannya, apa lagi Syafiq sendiri.

“Awak ni memang suka tuduh-tuduh orang, ek? Bukan dengan semua orang la saya nak ajak gaduh. Lagipun, gaduh saya ni bukan gaduh betul pun. Awak tu pula, sombong memanjang, tak tau pula ada perempuan juga nak lekat.” Balas Nadia balik dengan geram.

“Sombong apanya? Okay aje saya cakap dengan orang kat office.”

“Tak. Bagi awak tu memang la okay. Tapi orang lain tak okay. Ramai orang cakap awak tu sombong. Mentang-mentang la dari family bos, terus nak tunjuk perangai kerek dia la tu.” Kata Nadia dengan tidak berpuas hati.

“Oh, macam tu ya? Jap. Siapa yang bagitau awak yang saya dari keluarga bos?”

“Haziq la yang bagitau.”

Serentak itu, Syafiq terus saja ketawa mendengar jawapan Nadia. Rasanya gadis ini sudah dikenakan oleh lelaki itu. Nadia memandang Syafiq dengan pelik. Tidak pernah dilihatnya Syafiq ketawa. Selama ini dia hanya melihat sisi Syafiq yang sombong dan tidak pernah senyum. Dia juga sangka yang tidak ada perempuan akan suka dengan Syafiq.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now