1. (🖤)

4.1K 138 0
                                    

Suasana di Masjid pada malam itu agak bising disebabkan ramai jemaah hadir untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Qaseh berjalan bersama Syirah dan Jasmine selepas mereka selesai solat.
Mereka berbual-bual sambil menuju ke kereta.

"Eh mana ada! Korang ni tak habis-habis nak mengusik aku dengan Farhan" Qaseh ketawa kecil.
Jasmine dan Syirah memang suka mengusik dia dengan tunangnya,Farhan.

"Yelah! Betul lah apa Jas cakap tadi. Bau nasi minyak makin kuat ni. Kau dengan Farhan tu dah lama. Elok lah kahwin cepat-cepat" ujar Syirah.

Qaseh tersenyum malu. Dia sendiri mengakui bahawa dia tidak sabar mahu membina mahligai indah bersama pilihan hatinya.

Qaseh meraba-raba poket seluarnya. Dia mengerutkan dahinya. "Korang,ada nampak tak kunci kereta aku?" Jasmine dan Syirah memandang Qaseh.

"Tak ada nampak pun. Ke kau tertinggal kat mana-mana tadi?" Qaseh mula risau. Dahlah kereta dia tu hadiah daripada Farhan sempena hari jadinya.

"Erm mungkin kut. Aku masuk jap" Qaseh berjalan masuk semula ke dalam masjid. Dalam hati dia dah berdebar-debar dah. Jangan lah hilang! Mati aku nak explain dekat Farhan nanti!

Setelah 30 minit dia mencari, hasilnya hampa. Tak nampak langsung kunci kereta nya. Dia keluar dengan muka hampa. Sedang dia menyarung selipar di kaki, tiba-tiba kunci kereta nya di hulur oleh seseorang.

Qaseh tersentak. "Eh?" Dia memandang seorang lelaki berbaju Melayu berwarna hitam dan berkain pelikat berwarna coklat. Dia memakai kaca mata hitam jadi Qaseh tak nampak anak mata nya.

"Awak cari ni ke?" Qaseh terkedu mendengar tone suara lelaki tersebut. Deep nya! Takut pulak dia. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Ya,saya cari dari tadi tak jumpa. Thank you" Dia menyambut huluran Lelaki tadi. Lelaki itu cuma mengangguk lalu berlalu pergi.

Qaseh menghela nafas lega. Nasib baik jumpa! Kalau tak masak aku! Dia melihat kunci kereta yang berkeychain kan beberapa keychain kartun we bare bears. Biarlah nak kata dia macam budak-budak pun,dah dia minat si Ice Bear tu daripada dia kecik lagi.

Segera dia menelefon Syirah untuk memaklumkan dia dah jumpa kunci kereta nya tadi. Dia menghidupkan enjin kereta lalu memandu pulang.

Dalam diam hatinya kerap berbisik
"Siapa lelaki berkulit cerah dan tinggi tadi?"

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now