Puan Juliana tersentak. Dia memandang wajah Qaseh dan lelaki yang dikatakan menantu nya.
Qaseh mengigit bibir nya.
Dia takut reaksi ibunya.
Uzmar segera hulurkan tangan untuk bersalam dengan ibu mertua nya."Assalamualaikum,ibu. Saya Syed Uzmar bin Syed Abdullah. Saya suami kepada Qaseh"
Puan Juliana cuma diam.
Wajah keliru tetapi disambut jua tangan Uzmar.Qaseh mendekati ibunya.
"Ibu,Adik nak cakap dengan ibu kejap" Uzmar duduk di kerusi.
Dipandang wajah ayah mertua nya yang sedang terbaring di katil.Qaseh dan Puan Juliana keluar dari bilik wad.
Qaseh memandang kiri dan kanan.
Dia dah bagitau Anaf tadi supaya tunggu di kafe kerana dia tak nak ibunya terlalu terkejut.Qaseh menggenggam tangan ibunya.
"Ibu, sebenarnya banyak benda jadi dalam beberapa bulan ni. Uzmar.
Dia suami adik"Puan Juliana memandang Qaseh.
"Tapi macam mana? Ibu tak kisah Adik nak kahwin dengan siapa pun tapi bagitau ibu dengan ayah.
Kalau ayah tahu Allahuakbar."
Puan Juliana memejamkan mata nya.Kepala nya sakit memikirkan hal yang baru dia tahu. Makin bertambah-tambah.
Qaseh menundukkan kepala nya."Adik mintak maaf. Adik tahu Ayah dengan ibu wajib tahu benda ni lagi-lagi ayah. Dia wali Adik.
Adik dengan Uzmar bukan sengaja kahwin. Kami kena perangkap dan terpaksa dikahwinkan."
Perasaan kecewa Puan Juliana semakin menebal.Ibu mana tidak terkejut bila dapat tahu anak dia balik-balik dah kahwin.
"Maksudnya...""Kami berdua kena tangkap khalwat.
Dekat Itali"
Puan Juliana berasa ingin pengsan."Tapi Adik dengan Uzmar tak buat benda tu bu. Kami dipaksa dan Adik tak ada pilihan lain untuk ikut dia.
Jahat mana pun dia tetap husband Adik"
Cepat-cepat dia menjelas.
Dia tidak mahu ibunya fikir bukan-bukan."Okay,berapa lama dah kahwin? Uzmar tu mak ayah dia mana?
Kad kahwin. Ibu nak tengok."
I.N. dan Luca yang balik lebih awal daripada mereka berdua menguruskan pendaftaran perkahwinan mereka.Qaseh mengeluarkan kad kahwin dia dan Uzmar.
"Uzmar anak yatim piatu. Kitaorang baru balik dari New Zealand. Dia bawak adik jumpa mak ayah angkat dia dekat sana"
Puan Juliana mengangguk.Anak yatim piatu.
"Kesian Uzmar. Mujurlah ada juga nak ambil dia. Adik... Benda terlalu terkejut bagi ibu. Ibu rasa adik perlu jelaskan semua ni dekat Ayah."
Qaseh mengangguk perlahan."Okay ibu. Ayah masuk hospital kenapa?"
Dia sempat melihat wajah ayahnya yang penuh dengan wayar."Doktor kata dia kena penyakit kencing manis. Dia tengah tebang pokok dekat belakang rumah. Parang tu terkena dekat kaki dia. Tu yang doktor kata kakinya ada bisul."
Hati Qaseh terasa tidak senang."Ya Allah. Adik mintak maaf ibu. Adik lama tak balik tengok ibu dengan Ayah" puan Juliana memeluk Qaseh.
"Tak apa adik. Takdir Allah. Tiada siapa yang tahu."Dahi Qaseh dicium.
Puan Juliana menatap badan anaknya. Kenapa nampak besar?
"Adik... Laki kau bagi makan apa nampak gemuk sekarang"
Tetapi hatinya kuat mengatakan bahawa Qaseh sudah berbadan dua.
Dia boleh nampak perut Qaseh besar.Qaseh hampir-hampir terlupa.
Dia tersengih-sengih.
"Erm.... Adik mengandung. Baru berapa minggu" mata Puan Juliana terbutang luas.
Perasaan nya bercelaru."Ha? Ya Allah lama tak balik tahu-tahu dah kahwin ibu nak dapat cucu dah pun! Allahuakbar Adik!"
Bebel nya. Teruk betul perangai nya!Qaseh tersenyum.
"Ibu... Ermm ibu terima kan Uzmar?"
Dia tahu ibunya masih lagi ragu-ragu untuk menerima perkahwinan tiba-tiba dia ni!
YOU ARE READING
My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓
RomancePertemuan Uzmar dan Qaseh di Itali menjadi kan hidup mereka huru hara! Syed Uzmar seorang Mafia pergi ke Itali atas sebab menjejaki girlfriend nya yang dikatakan diculik oleh sekumpulan mafia yang merupakan musuh kepada Uzmar. Qaseh Camelia seorang...