58.(🖤)

603 30 0
                                    

Khalish menjerit untuk mengikuti Uzmar dan Qaseh ke kedai.
"Iya,Khalish ikut. Tunggu Acu kejap ya" pujuk Uzmar.

Rambut Khalish yang agak serabai dibetulkan. "Pak cu"
Uzmar mengiyakan.
"Acu cakap Pak Cu pun tak ada papa dengan mama. Sama dengan Khalish. Betul ke?"
Uzmar tersentak.

Dia lupa yang Khalish senasib dengannya. Dia tersenyum. Wajah bulat Khalish dipandang dengan penuh kasih sayang.
"Aah. Mama dengan ayah Pak Cu dah tak ada. Sama macam Khalish tapi kan Khalish kena tahu kita berdua ni special tak tahu tak?"

Dahi Khalish berkerut.
"Apa yang special? Khalish tengok kawan-kawan Khalish semua ada mama papa. Khalish je tak ada"
Wajah sedih ditunjukkan.

Uzmar berasa sebak. Dia bersyukur saat di di tempat kan di rumah anak yatim,Anaf ada dengannya. Tetapi Khalish?

Jarinya mengusap kepala Khalish.
"Khalish. Tak baik cakap macam tu. Kita special tau sebab semua orang ada mama papa. Kita je tak ada. Kan special tu. Khalish ke bersyukur sayang Khalish ada nenek dengan atuk. Acu dengan Pak Cu pun ada"
Khalish menangis perlahan.

Terus tangan kecil nya memeluk tubuh Uzmar biarpun Uzmar lebih besar daripada dia.
Uzmar mendukung Khalish.
Tubuh belakang badan nya di urut.

"Dah. Tak mau nangis. Kata nak pergi jalan-jalan? Tak handsome lah kalau nak pergi jalan hingus meleleh macam tu" Uzmar mengesat air mata Khalish dengan bajunya.

Dia tak kisah bajunya basah dan penuh hingus dengan Khalish.
Baginya Khalish dianggap seperti anak sendiri.

Qaseh memandang lama Uzmar dan Khalish. Hatinya terpikat dengan sikap lembut Uzmar pada Khalish.
"Abang. Jom" Uzmar memalingkan wajahnya.

Motor Honda lama dihidupkan dan mereka bertiga bergerak ke kedai yang agak jauh juga dari rumah Qaseh.

Sampai di kedai,Qaseh mula mencari barang-barang yang ibunya kirim.
Uzmar mendukung Khalish sambil mengambil gula-gula yang Khalish nakkan.

"Eh siapa tu? Handsome nya?" Terdengar suara makcik-makcik yang turut berada di kedai tersebut.
Qaseh berdekatan dengan mereka.

Dia perasaan lelaki yang mereka tertanya-tanya adalah suaminya.
"Bertuah lah siapa jadi bini dia. Handsome. Pandai layan budak pulak tu"

"Yang dia pegang tu anak dia ke? Tu bukannya cucu nya anak Hassan yang meninggal accident tu"
Pang!!!

Jantungnya nya berdegup kencang.
Pantang bila orang lain ungkit kematian Along nya.
Qaseh cuma peka kan telinga.
Dia sambung memilih rempah kari tadi.

Tiba-tiba masuk pula beberapa gadis muda yang melihat Uzmar sambil tersenyum-senyum ke arahnya.
Uzmar cuma buat bodoh.
Dia terus melayan Khalish.

"Eh dia single lagi tak? Handsome nya" puji gadis tadi. Khalish tiba-tiba ingin turun dari dukungan Uzmar dan berlari ke arahnya.

"Assalamualaikum" Uzmar meletakkan semula gula-gula tadi dan menjawab salam gadis muda tadi.
"Waalaikumussalam. Ya?"
Biarpun dia tahu dia tak sepatutnya melayan gadis tersebut tapi dia tak mahu dilabel sombong.
Dahlah dia orang luar.

Gadis tadi tersenyum bila Uzmar mengukir kan senyuman.
"Ermm... Nak tanya lah kan. Abang ni dah kahwin dah ke?"
Uzmar tersenyum sinis.

Dia menahan geram dan takut. Mana sayang ni? Lama betul beli barang?!
Dia cuma tersenyum.
"Erm.."
Belum sempat dia nak menjawab soalan tadi tiba-tiba dia mendengar Qaseh memanggil namanya.

"Abang. Tolong sayang kejap" nada suara Qaseh kedengaran sangat menakutkan. Matilah kau Uzmar!
Terus dia berlalu meninggalkan gadis yang terpinga-pinga tadi.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now