Baju-baju Uzmar dilipat lalu diletakkan di dalam luggage. Qaseh memandang Uzmar yang termenung dari tadi.
Semalam Anaf berjumpa dia dengan Uzmar di lobi hotel. Addle dijumpai mati digantung di tiang bumbung gudang.
Lebih mengerikan wajahnya kelihatan tercekik dan matanya terbutang luas. Kecederaan di jumpai banyak di bahagian sulit Addle.
Forensik mengesahkan Addle dibunuh dan dirogol dengan kejam. Kini mereka baru pulang dari pengebumian Addle.
Anaf yang berada di dalam bilik turut berdiam diri. Dia pun terkejut bila mayat Addle dijumpai dengan keadaan begitu ngeri.
Uzmar mengeluh. Entah kali keberapa dia pun tak tahu. Dilihat polaroid gambar dia dan Addle bergambar di hadapan rumah nya.
Masa ni Addle berjaya dapat kerja pertama dan rumah pertama. Mereka meraikan kejayaan Addle di rumah baru nya. "You looks so happy Addle" Uzmar tidak tahu kenapa dia tidak menangis.
Dia cuma sebak tetapi tidak mengalirkan airmata. Sepanjang pengebumian Addle berlangsung dia langsung tak peduli Qaseh.
Fikiran nya masih tertumpu pada Addle. Dia menyesal tak dapat halang Addle daripada diculik. Dia rasa dirinya tak berguna.
Qaseh cuma memandang Uzmar lama. Uzmar berubah. Dia tak mahu bercakap dengan dirinya. Senyuman yang manis dia rindukan daripada Uzmar. Cara layanan Uzmar.
Qaseh faham,dia dulu pernah berada di dalam situasi Uzmar sebelum ni. Dia kehilangan Along dan Kakak iparnya bila mereka terlibat dalam kemalangan semasa pulang ke kampung. Mujurlah Khalish duduk dengan nya sebelum mereka berdua bertolak pulang.
Along merupakan abang yang paling rapat dengan dia. Jadi dia terasa satu kehilangan besar bila semangat nya dijemput Ilahi.
"Bro,jet dah stand by. Qaseh jom" Qaseh serba salah. Dia tidak mengikut langkah Anaf. Dia cuma duduk kaku di kerusi. "Saya tak balik dengan korang" Anaf mengerutkan dahinya.
"Ha? Tapi kenapa? Qaseh jangan macam ni. Tak selamat Qaseh dekat sini sorang-sorang" Anaf berkata. Qaseh memandang Uzmar yang tiada apa-apa reaction.
"Tugas saya sampai sini je. Memandang kan saya cuma stranger bagi Uzmar,saya balik asing dengan korang. Saya tak rasa Uzmar masih nak saya ikut-"
"Kau merepek apa ni?" Suara Uzmar tegas kedengaran. Wajah Qaseh dipandang. Dia bangun dari kerusi.
Dilabuhkan punggung ke sebelah Qaseh.Qaseh menginjak sedikit tapi ditarik semula oleh Uzmar. "Kau tu hak aku. Tanggungjawab aku. Balik Malaysia pindah masuk rumah aku. Nanti kita balik kampung jumpa ibu ayah kau. Explain everything to them" dia tak tahu dari mana dia dapat kekuatan untuk mengatakan sebegitu.
Qaseh tersentak. "What? No! Awak tak cintakan saya kenapa awak nak simpan saya lagi?" Qaseh terasa dirinya dipermainkan. Sepatutnya mereka bawa haluan masing-masing.
Uzmar menjegil matanya kepada Qaseh. "Bila aku cakap tu jangan banyak tanya boleh tak?!" Jerkah Uzmar. Anaf menenangkan Uzmar.
"Sabar bro. Jangan macam ni. Kau stress ni. Qaseh ikut je cakap dia. Lagipun dia husband awak. Please" Qaseh terpaksa setuju.
Kalau boleh dia tak nak kena mengena dengan Uzmar dah. Cukuplah dia menderita disebabkan Farhan. Nak tambah lagi dengan perangai Uzmar.
~.
Qaseh turun daripada jet peribadi Uzmar. Uzmar pula dari tadi mendiamkan diri. Qaseh malas nak ambik tahu dah.
Dia cuma nak balik rumah anda rehat. Penat hadap macam-macam benda dekat Itali. Kakinya berasa selesa menjejak tanah air sendiri.
Anak menghubungi bodyguard Uzmar lalu mereka bergerak pulang.
"Anaf" Anaf memandang Qaseh."Boleh hantar saya dekat rumah tak? Saya kena kemas barang lagi ni. Saya tak ada baju langsung." Abang mengangguk tanpa bertanya kepada Uzmar.
Uzmar memandang ke luar tingkap. Jiwa nya separuh hilang. Dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Addle dah tak ada.
Dia sendiri keliru dengan keadaan sekarang. Sepatutnya dia melepaskan Qaseh kerana Qaseh dah tak ada apa-apa function dalam hidup nya.
Wajah Qaseh dipandang lama.Setelah dia dapat berita Addle meninggal dunia, hatinya berasa sedikit sedih tapi tak sedih bagaimana Qaseh hilang haritu. Ke hatinya sudah berubah?
Dia mengeluh. Dia perlukan masa untuk berfikir dengan betul semua benda ni. Banyak sangat yang jadi secara mengejut membuat kan dirinya keliru.
Dia juga berat melepaskan Qaseh pergi biarpun belum sampai sebulan dia berkahwin dengan Qaseh. Satu perasaan yang unik wujud di hati bila dia bersama dengan Qaseh.
~.
" Plan kita berjaya. Sekarang tunggu masa mereka berdua bertindak. Kita tak boleh terburu-buru." Anaf mengangguk.
Wajah gadis dihadapannya ditatap sayu. "Tapi betul ke apa kita buat ni? Kau tak kesian kan Uzmar ke?" Gadis tadi tersenyum tawar.
"Kalau ikut kesian sampai bila-bila aku takkan tahu dia betul-betul hargai aku ataupun tak. Qaseh perempuan tepat untuknya. Aku yakin" biarpun berat hatinya melepaskan Uzmar tapi demi perasaan nya dia sanggup.
Sampai bila dia harus pura-pura dihadapannya. Dia tak sanggup menipu Uzmar lagi. Uzmar not deserve to her self.
Uzmar baring di katil. Siling bilik dipandang sepi. Tak ada rasa apa. Kosong.
"Astaghfirullahalazim! Awak bukak lah kasut dulu. Kotor bilik saya!" Qaseh mendengus geram.
Uzmar mengangkat kakinya ke atas lalu dicabut kasut. Kasut dicampak ke bawah. Qaseh yang bercekak pinggang tidak dipandang.
Qaseh menepuk dahi. Tua-tua pun bodoh lagi. Takkan lah dia tahu kita orang Melayu tak pakai kasut dalam rumah.
Dia malas nak bebel dekat Uzmar. Nanti paling-paling pun Uzmar cuma senyap je. Tak berbaloi. Saja je dia pekak kan telinga dia.
Qaseh mengeluarkan luggage nya di dalam wardrobe. Bajunya dilipat.
Uzmar memandang sekeliling bilik tidur Qaseh.Comel,dinding berwarna merah jambu,cadar katil berwarna purple cerah kosong,ada meja study dan wardrobe. Tak banyak benda dalam bilik nya. Simple.
Dia bangun lalu duduk di kerusi meja study Qaseh. Buku-buku tentang IT disusun kemas. Ada laptop dan iPad diletakkan diatas meja.
Dia melihat beberapa frame gambar yang diletakkan di atas meja.
Kelihatan ada satu frame gambar Qaseh bersama dua orang perempuan tersenyum lebar."Siapa diorang?" Qaseh memandang Uzmar yang menunjuk frame gambar.
"Belah kanan Jasmine,kiri Syirah. Housemate dengan kawan saya" Qaseh mengeluh.Dah dekat seminggu dia cuba call Jasmine dengan Syirah tapi tak dapat.
Nak pulak telefon dia dah kena hanyut dengan sungai dekat Venice tu.Uzmar mencapai satu frame kecil.
"Ni ibu ayah kau ke?" Kelihatan ada seorang budak lelaki didukung oleh Qaseh sambil tersenyum."Aah,budak kecil tu anak sedara saya." Qaseh tersenyum melihat wajah comel Khalish. Betul lah orang kata wajah anak yatim berseri-seri bagaikan pantulan cahaya dari syurga.
Uzmar terpengun melihat senyuman Qaseh. Belum pernah dia nampak Qaseh tersenyum macam tu. Pasti ada sebab Qaseh sering menyembunyikan rasa sedih di wajahnya.
Dia nak tanya lebih lagi tetapi tiba-tiba Anaf muncul di muka pintu.
"Bro,cepatlah." Anaf mempamerkan wajah kebosanan.Dia dah tunggu dekat sejam. Disebabkan dia dah settle kerja dia semalam jadi dia tak ada apa nak buat.
Qaseh segera kemas barang-barang dia dan mereka menuju ke rumah Uzmar.
YOU ARE READING
My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓
RomancePertemuan Uzmar dan Qaseh di Itali menjadi kan hidup mereka huru hara! Syed Uzmar seorang Mafia pergi ke Itali atas sebab menjejaki girlfriend nya yang dikatakan diculik oleh sekumpulan mafia yang merupakan musuh kepada Uzmar. Qaseh Camelia seorang...