19.(🖤)

1.1K 71 0
                                    

"All?" Tangan Uzmar dileraikan perlahan. Dia tersentak. Betul ke apa dia dengar.

Uzmar menundukkan pandangan nya. Dia mengeluh. Dia tahu ni semua salah dia. "Look,just mandi,turun lepastu kita pergi airport. Nanti kita bincang okay?" Qaseh cuma menurut.

Setelah mereka bersiap,Uzmar mengarahkan pemandu nya membawa mereka ke Airport.

Jet peribadi Uzmar siap sedia untuk berlepas. Qaseh teringat kata-kata Uzmar. "All? Maksudnya dia.."

"Camelia?" Qaseh memandang Uzmar.
Tangan Uzmar yang dihulur kepada nya dipandang. "Come on,kita dah lambat" Qaseh menyambut.

Seperti terasa ada satu kejutan mengalir di badannya apabila tangannya menyambut huluran Uzmar.

Qaseh duduk di seat sebelah Uzmar.
"Safety first" Uzmar membantunya memakai tali pinggang keselamatan.
Uzmar mengukir kan senyuman.

Dia akan jelaskan semuanya sebentar lagi. Qaseh cuma membalas senyuman Uzmar. Jet yang mereka naiki mula berlepas ke ruang udara.

Kali ni perasaan nya tidak sama di mana dia dibawa ke Itali tanpa sengaja oleh Uzmar.

Uzmar pula sibuk menguruskan sesuatu di iPad nya. Dari tadi tidak bercakap dengannya. Dibiarkan sahaja. Dia tahu Uzmar cuba menyelesaikan semua ni dengan segera.

Flashback

"Everything is okay Anaf?" Qaseh yang tersedar dari tidur terdengar suara Uzmar dan Anaf bercakap.

Dia bangun dari katil. Pintu biliknya dibuka sedikit. Dia intai sikit dan ternampak Anaf dan Uzmar sedang berbincang.

Qaseh berjalan ke katilnya semula.
Tidak berminat nak dengar discussion pasal kerja diorang. Cukup lah dia ada banyak meeting hari ni dengan CEO.

"Not well" Anaf mengeluh. Pelipis kepalanya dipicit. Uzmar mengeluh.
Dia menghulurkan secawan air kepada Anaf.

"Sorry bro. Aku memang tak boleh tolong kau sekarang" Anaf tersenyum nipis. "Tak apa bro,aku faham. Benda dah jadi" Diteliti kertas maklumat dihadapannya.

Mereka berdua diam sejenak. Cuma bunyi kipas sahaja kedengaran.
Qaseh mula berasa mengantuk tetapi rasa ngantuk nya mula hilang bila Uzmar berkata sesuatu kepada Anaf.

"Ehem,bro?" Anaf mengangkat kepala nya. "Aku rasa kita kena stop lah benda ni. Kesian aku tengok Camelia percaya dengan apa yang kita buat ni" Qaseh tersentak.

'percaya? Apa maksud sebenar Uzmar?' hatinya berbisik.

"Aku dah cakap kau tu je yang degil. Lagipun dia pun nak stop benda ni."
Qaseh mengerutkan dahinya.
'Dia?' didengar lagi perbualan mereka berdua.

"Asal? Menyesal?" Kedengaran suara Uzmar sedikit sinis. Anaf mengeluh.
"But bro bukan salah dia sorang. Aku punca semua ni." Uzmar duduk di kerusi.

"Aku tahu. Aku cuma tak percaya 5 tahun aku dengan dia tapi..."
Anaf memotong percakapan nya.
"Dahlah. Sekarang ni kita fokus macam mana nak buang Mr.Rico sekarang ni" Qaseh diam.

Fikiran nya keliru dan pening. Tak faham langsung apa yang mereka berdua katakan.

"Hm... Okay. Kilang yang last kau dah stop kan semua orang?" Tanya Uzmar.
"Dah,aku siap bagi lebih sikit bonus gaji dekat diorang." Uzmar mengangguk.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now