40.(🖤)

721 32 0
                                    

20 tahun yang lalu....

"Weh! Mana aci! Aku punyalah" Adila merengek. Anaf melihat Uzmar dan Adila yang berebut kan pizza yang baru dia oder tadi hanya menggeleng kan kepalanya.

"Sudah lah tu. Uzmar stop kacau adik" tiba-tiba satu suara lembut menyapa telinga nya. Anaf tersenyum melihat tubuh wanita yang menatang air dan karipap yang baru digoreng untuk mereka makan pada petang ni.

"Terima kasih mummy" Anaf segera bangun dari kerusi dan menolong mummy Uzmar dan Adila membawa sepinggan karipap.

"Thank you Anaf. Good boy betul dia" diusap kepala Anaf. Anaf tersengih-sengih.

Uzmar berlari ke arah mereka berdua dan Adila juga mengikut nya dari belakang. "Mummy nak air!" Adila melompat-lompat untuk mengambil air dari Mummy nya.

Anaf mengambil dan menyerahkan kepada Adila. "Nah,minum slow-slow" dia lihat Uzmar yang gelojoh makan karipap dan minum air pada masa yang sama.

Mummy menggelengkan kepala nya. "Uzmar, slow-slow. Nanti muntah." Uzmar tersengih-sengih. Dia lapar sebab terlalu lama bermain dengan Adila tadi.

"Korang" Adila dan Uzmar memandang Anaf. Mummy sudah masuk ke dalam rumah. Ada kerja yang perlu dia lakukan.

"Semalam papa aku baru balik dari New York. Dia belikan ni" Anaf keluarkan satu kotak yang berisi sebuah kereta mainan.

"Wah! Nak main!" Jerit Uzmar. Dia tahu papa Anaf seorang yang kaya. Tetapi dia jarang nampak papa dan mama Anaf disebabkan mereka sibuk bekerja.

Mereka bertiga bermain bersama pada petang itu.

"Ada hantu!!!!!" Uzmar terus menjerit sambil memejamkan mata nya rapat.
Dia takut bila lihat Addle yang katanya dah meninggal tetapi tiba-tiba muncul depan dia sekarang ni!

Qaseh cuba menahan ketawa.
"Ish! Ni siang lah! Mana ada hantu! Tu Addle lah. Girlfriend awak" Qaseh melepaskan tangan Uzmar yang dari tadi genggam erat dia. Rimas dia bila dipeluk lama-lama macam ni.

Addle yang terkejut tiba-tiba tertawa.
Uzmar masih tak berubah. Penakut tak habis-habis.

"Hi Uzmar" Addle tersenyum. Uzmar yang masih terkejut melepaskan Qaseh dan perlahan-lahan membuka topeng oksigen. Dia memandang Qaseh dan Addle. "Real ke?" Qaseh ketawa sambil mengangguk.

"Ya,Addle tak mati pun. Akak,adik rasa Uzmar ni pengsan lama sangat sampai gila dah ha" usik Qaseh. Uzmar cuma meletakkan wajahnya ke dada Qaseh. Addle ketawa. Hatinya bahagia melihat Qaseh dan Uzmar.

"Sayang?" Anaf mengetuk pintu wad Uzmar. Uzmar terkejut bila Anaf memanggil Addle dengan Sayang?

"Sayang?" Uzmar memandang hairan ke arah Anaf. Riak wajah Anaf berubah. Dia tak tahu pun Uzmar dan sedar. Alamak! Kantoi lah sekarang ni!

Addle mengetuk kepala Anaf. "Awak!" Qaseh terkekeh-kekeh ketawa.
"Mohd Anaf kau explain sekarang!" Marah Uzmar.

Apa ni? Dia tak faham lah. Bangun-bangun je dah tahu yang girlfriend dia tiba-tiba muncul pastu kawan baik dia pulak panggil girlfriend dia sayang.

Anaf menelan air liur nya.
"Mati lah aku"

~.

"Aku mintak maaf sangat-sangat weh.
Mula-mula aku tak nak tapi Addle kata dia tak sanggup nak tipu lagi." Uzmar mendengus.

"Kalau ya pun takkan lah jumpa kan aku dengan Qaseh dalam keadaan yang macam tu? Kan banyak lagi cara lain" Qaseh yang duduk di luar wad Uzmar hanya mendengar perbualan antara Uzmar dan Anaf.

Anaf tersengih-sengih. "Tu jangan salahkan aku. Salahkan girl-
Eh, isteri aku." Uzmar menggelengkan kepalanya.

Sampai sekarang pun dia tak percaya lagi perempuan pertama yang dia cinta kini berada di hadapannya setelah dikatakan meninggal secara tiba-tiba.

"Aku nak tanya sikit boleh?" Anaf memandang wajah keliru Uzmar.
"Kau ada perasaan lagi je dekat Addle?" Hati Uzmar tersentak.

"Ermm.." dia tak tahu bagaimana untuk jelaskan. Tetapi bila melihat keadaan Addle yang berbadan dua menyebabkan hatinya terpaksa melepaskan Addle bersama Anaf.

Walaupun hatinya masih sayang lagi dengan Addle. Uzmar mendehem. "Entah! Nak tak nak kena lepaskan lah, takkan kau nak ceraikan dia?"
Anaf mengangguk.

Tak sanggup dia melepaskan Addle. Tambah-tambah lagi Addle sedang mengandung kan anak nya.
"Tapi bagus jugak semua benda ni terjadi. Kalau tak sampai bila-bila aku tak tahu yang Addle tak cintakan aku."

Terkejut dia bila mendengar penjelasan Anaf mengenai perasaan sebenar Addle kepadanya. Memang dia perasaan tapi dia cuma endahkan sahaja. Bagi dia Addle segalanya untuk dirinya.

Memang complicated! Dia sendiri tak tahu bagaimana sabar nya diri dia hadapi semua masalah ni. Sekarang ni hatinya sudah terpaut dengan keikhlasan cinta Qaseh. Dia tak mahu lagi menoleh ke belakang. Biarlah Addle mencari kebahagiaan dengan Anaf.

"Sorry bro." Uzmar menepuk-nepuk bahu Anaf. "Tak apa. Bukan salah kau. Semua ni dah takdir. Aku je yang tak boleh terima kenyataan yang Addle bukan milik aku." Hatinya walaupun berasa berat melepaskan Addle tetapi dia tahu Anaf seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sempurna untuk Addle.

"Bro, nanti kau bincang lah benda ni dengan Addle. Part ni memang salah aku. Yang lain aku tak nak masuk campur. Dia kata dia nak selesaikan sendiri dengan kau." Uzmar mengangguk.

"Eh kau tahu kan Addle kakak kembar Qaseh? Diorang terpisah masa Addle hilang dekat hutan." Mata Uzmar terbuka luas.

"Hah?!" Jerit nya. Penat dah dia. Tadi terkejut yang Addle tiba-tiba hidup ni tambah pulak kebenaran sebenar nya Addle dan Qaseh kembar tak seiras?!

Anaf menenangkan Uzmar.
"Sabar bro! Kau tak penat ke dari tadi menjerit! Telinga aku ni sakit dah dengar suara kau" Anaf ketawa melihat wajah Uzmar tercengang.

"Maksud- nya-..." Anaf mengangguk.
"Ya, Addle kakak kembar Qaseh.
Haish untung nya kau. Mula-mula kakak dia sekarang bini kau adik dia"
Seloroh Anaf.

Uzmar menggaru kepala nya.
Dia sendiri pun masih keliru.
Dia mahukan penjelasan sebenar Qaseh. Addle yang dahulu adik beradik angkat kemudian menjadi girlfriend dan sekarang ni jadi kakak ipar dia pulak?!

Otaknya terasa seperti nak putus sekarang ni!

"Boss we found where them be right now." Qasar mengangguk. Dia tersenyum sinis. Mungkin Mr. Rico sudah ditahan oleh pihak berkuasa tetapi bukan dia.

Dia tak mudah terpengaruh dengan jerat musuh nya sendiri.

"Maybe you think this problem is done but for me not"

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now