12.(🖤)

1.3K 72 0
                                    

Qaseh tergamam. Betul ke apa dia dengar sekarang. Anaf yang baru masuk ke bilik mendekati Qaseh secara perlahan.

"Qaseh" Qaseh berpaling. Wajahnya jelas terkejut. Dia tak percaya apa Uzmar kata tadi.

"Anaf,betul ke?" Anaf mengeluh dan mengangguk. Tadi doktor minta dia datang ke bilik nya. Doktor mengesahkan Uzmar kehilangan memori kerana hentakan kuat di kepalanya.

Jadi Uzmar cuma ada beberapa peratus sahaja memori di dalam kepalanya.

Qaseh tergamam. Sudahlah Uzmar memang tak kenal dia siapa, sekarang ni lost memory pulak!

Anaf kasihan dengan Qaseh. Sekarang ni satu kerja pulak dia nak ingatkan Uzmar banyak perkara.

"Anaf? Kau Anaf kan?" Anaf tersentak. Dia terus memeluk Uzmar. Uzmar tersenyum gembira. Akhirnya ada juga orang yang dia kenal ada di sini.

"Kau ingat aku bro?" Uzmar tersenyum. Dia mengangguk. "Aku rasa aku ni langgar lah dengan helikopter pun still ingat kau" usik Uzmar.

Qaseh cuma terdiam disitu. Anaf membisikkan sesuatu kepada Uzmar.
Uzmar tersentak. "Wife?" Qaseh cuma menggaru kepala nya.

Awkward pulak rasa. Dia tak tahu nak buat apa dah kat situ. Uzmar tersenyum kepadanya. Tangannya menyentuh perlahan jari kelingking Qaseh.

Qaseh tersentak. "Awak wife saya ke?" Anaf hampir-hampir nak termuntah. Qaseh merasakan wajahnya panas. Tak pernah Uzmar bercakap lembut dengannya. Sebab dia koma je weh kalau tak kasar jugak!

Qaseh menelan air liur. Tangan Uzmar yang menyentuh jari kelingkingnya dipandang. Perlahan-lahan dianggukan kepalanya.

Uzmar memandang Qaseh dengan pelik. Dia membisik sesuatu kepada Anaf. "Weh,wife aku bisu ke? Macam mana aku kahwin dengan dia?" Dia pelik. Perempuan dihadapannya memang type dia tapi lebih cantik berbanding Addle.

Anaf menepuk dahi nya. Nak tergelak pun ada nak tampar pun ada. Layan jelah Anaf! Dia baru sedar ni! Takkan lah kau nak pukul nak bagi dia pengsan lagi sekali!

Anaf menarik nafas dalam-dalam dan memandang wajah Qaseh. Ditahan bibirnya daripada tersenyum.
"Tak,dia normal. Qaseh,cuba bercakap dengan Uzmar. Anaf kena balik. Ada hal" Dia nak Qaseh cuba bercakap dengan Uzmar.

Lain macam dah Uzmar ni dia tengok.
Tapi dia beri masa kepada Qaseh dan Uzmar untuk berkomunikasi semula.

Qaseh terasa takut pulak nak duduk dengan "good boy" Uzmar ni. Qaseh perlahan-lahan mengangguk. Setelah Anaf keluar,dia mengambil cawan dan air mineral.

"Awak mesti dahaga kan? Minum lah" Uzmar mengangguk dan menyambut cawan yang dihulurkan.

Dia melihat Qaseh sedang keluarkan beberapa baju hospital di bawah laci.
"Ni baju awak,nanti awak mandi tukar baju ni tau. Saya nak keluar kejap" Belum sempat Qaseh nak bangun, tangannya ditarik perlahan ke arah belakang.

Dia tersentak bila dia rasa dia berada di pangkuan Uzmar. Uzmar meletakkan dagunya di bahu Qaseh. "Awak nak pergi mana? Doktor kata kaki saya tak boleh gerak. Macam mana saya nak bangun" Qaseh mengigit bibir nya.

Macam manalah dia boleh lupa! Qaseh tersengih-sengih. Dia tengah tahan debar bila suara deep Uzmar menyapa telinga nya. Dia cuma mampu menarik nafas.

Dia memandang Uzmar. "Ermm,saya nak tambah air dalam botol ni. Kejap je. Pasal mandi tu saya tolong ya. Kejap je" Dia cuba leraikan pelukan tangan di pinggangnya tapi Uzmar menahan nya.

Seronok dia lihat pipi isterinya merah. Nampak comel. Tak percaya dia dapat seorang isteri yang penyabar dan comel. Dia melepaskan Qaseh. Qaseh betul kan sweatshirt nya.

Tiba-tiba matanya perlahan-lahan terasa mengantuk semula. Mungkin kesan ubat. Qaseh yang sedar tentang hal itu, perlahan-lahan dia menolak tubuh Uzmar untuk baring semula ke katil. "Awak tidur dulu,nanti saya kejut okay" Uzmar mengangguk lalu terlelap semula.

Qaseh menarik nafas lega. Dia keluar dari bilik. Dia berhenti seketika. "Aikkk!? Kenapa dia lembut semacam ni! Aku takutlah" Dia mengumam sendiri. Takut pulak bila Uzmar layan dia macam tadi.

Dia lebih suka kan "Bad Boy Husband nya". Walaupun kasar tapi entah kenapa dia lebih selesa bila Uzmar kasar dengannya. Mungkin dengan itu hatinya perlahan-lahan jatuh cinta kepada Uzmar.

Qaseh menutup penutup botol dan berjalan ke bilik Uzmar semula. Tiba-tiba seorang gadis terlanggar bahunya. Dia tersentak. "Eh,sorry. Sorry" Dia terus meminta maaf. Tulah, mengelamun lagi!

Dia memandang gadis tadi yang turut meminta maaf. Tiba-tiba matanya terbuka luas. "Jasmine!"
"Qaseh!"

~.
Qaseh mengeluh. Jasmine cuma menundukkan wajahnya. Semua ni salah dia. Kalau lah dia alert Qaseh takkan terlibat dalam hal ni.

Dia memeluk Qaseh dari belakang. "Qaseh,aku betul-betul mintak maaf! Semua ni salah aku. Kalau tak takkan terlibat macam ni" Qaseh mengeluh.

Dia malas nak besarkan masalah ni lagi. Tubuh Jasmine ditolak perlahan. "Memang salah kau. Tapi aku pelik lah,takkan lah kau tak terfikir langsung nak call aku?" Dia pelik dengan Jasmine. Kalau betul diorang tak jadi pergi Itali sekalipun takkan lah Jasmine tak terfikir nak call dia?

Jasmine mengeluh. Dia ceritakan semuanya pada Qaseh. Pagi itu sepatutnya mereka di Airport dan bertolak ke Itali tetapi sepupu Jasmine yang berada di Itali buat surprise bila dia kata dia dah ada kat KLIA. Jadi mereka tak jadi pergi Itali pun sebenarnya.

"Aku bukan tak terfikir weh tapi bila aku call kau,selalu tak dapat. Pastu sampai sekarang bila aku call mak ayah kau diorang pun tak tahu kau dekat mana. Ha!" Qaseh tersentak bila tiba-tiba Jasmine menjerit kuat.

"Ish! Apa dia? Kau ni tiba-tiba ha! Macam tu pahal?" Jasmine tersenyum lebar. "Aku ingat dah. Aku tak cari kau sebab ada sorang mamat ni weh ya Allah segak nyaaaaaa" Dia ingat lagi seorang lelaki berkacukan Japan itu datang di depan pintu rumah dia. Sikit lagi nak pengsan bila lelaki tadi tersenyum manis kepada nya.

Qaseh tersentak. Jangan-jangan...
Anaf! Qaseh menepuk dahi nya.
"Lelaki itu tinggi kan?" Jasmine mengangguk. "Rambut dia warna brown kan?" Jasmine mengangguk.
"Dia pakai jam tangan Rolex kan?" Sekali lagi Jasmine mengangguk.

"Eh jap! Mana kau tahu ni?" Jasmine hairan. Semua yang Qaseh cakap tadi semua betul. Qaseh terasa dadanya sesak. Aduh! Terpaksa jugak lah dia bagitau keadaan dia sekarang.

Qaseh memegang kedua-dua bahu Jasmine dengan kuat. Jasmine tersentak. "Asal ni babe?" Dia pelik dah kenapa Qaseh ni tenung dia macam nak telan dia?

Qaseh menarik nafas nya. "Babe,aku bagitahu benda ni kau jangan terkejut pulak" Jasmine tak tahu kenapa Qaseh bertindak macam ni sekarang tapi lihat wajah Qaseh yang serius dia pasti ada benda penting berlaku sepanjang di mencari Qaseh.

"Aku sebenarnya dah kahwin" Jasmine membulat kan matanya. Bibirnya bergetar. Dia cuba untuk berkata tapi....

"Jasmine!" Qaseh terkejut bila Jasmine tiba-tiba rebah di tanah.
"Pengsan pulak dah! Lepas satu-satu lah! Dahlah sorang koma pastu jadi lembut! Kau pulak pengsan!" Dia membebel sendirian di situ. Nasib baik lah tak ada orang. Kalau tak malu besar dia!

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now