Uzmar duduk di dalam selimut. Qaseh terpaksa memanggil doktor peribadi nya datang ke kampung.
Dia baring mengiring ke kanan. Qaseh dan doktor Ali sedang berbincang di luar. Cuma dia dan Anaf di dalam bilik Qaseh.
Anaf meletakkan tangannya ke dahi Uzmar. "Panas weh. Berapa suhu kau?" Uzmar menunjukkan temperature elektrik yang doktor meletakkan dalam mulutnya tadi.
Anaf membulat kan matanya luas.
"39.1°c!" Dia menggelengkan kepalanya. Dia berasa bersalah pulak. Dia yang mengajak Uzmar ke sungai setelah dia jumpa dalam Google map."Sorry bro. Salah aku. Kalau tak tak ada lah kau terlentang macam ni" dia mengurut tangan Uzmar.
Uzmar ketawa kecil."Alah,tak apalah. Lagipun salah aku. Aku saja tak bagitau yang aku tak tahan sejuk mandi air sungai ni."
Dia sengaja tak bagitau nanti Anaf tak nak pergi.Anaf ketawa. Nakal betul Uzmar!
Qaseh masuk ke dalam bilik. Ubat yang diberikan oleh doktor tadi di letakkan di meja lampu.
"Abang Anaf,kak Addle panggil. Dia kata tak sedap badan"Anaf mengangguk. Segera dia ke bilik Addle. Qaseh duduk di sisi Uzmar.
"Okay tak? Panas lagi?" Uzmar mengangguk. Qaseh menyandarkan badannya ke headboard katil dan Uzmar meletakkan kepalanya ke peha Qaseh."Sayang." Qaseh mengiyakan.
"Kenapa dengan Addle? Dia tak sihat ke?" Hati Qaseh terasa sakit."Aah. Kak Addle kata dia tak sedap badan." Suaranya mendatar. Entah kenapa hati nya tiba-tiba nak jealous.
Uzmar memandang Qaseh sedang bermain jarinya."Sayang... Abang tanya je." Qaseh mengeluh. "Tahu cuma sayang..."
"Dah. Abang tak nak cakap pasal benda ni lagi dah. Yang lepas tu lepas okay? Sekarang ini abang ikhlas sayangkan sayang dan baby kita" jari nya mengusap bump Qaseh.
Qaseh menitiskan airmata.
"Sorry,sayang tak tahu kenapa tiba-tiba sensitif" dia sendiri kadang-kadang geli dengan diri nya sendiri. Asal kau terasa sangat Qaseh?!Uzmar tersenyum lembut. Dahi Qaseh dikucup lembut. "Sayang,awak tu pregnant. Emosi awak tak stabil. Abang tahu tak mudah untuk bawak baby selama 9 bulan."
"Sensitif itu normal. Walaupun abang sendiri tak dibesarkan oleh mama,abang faham dengan perasaan perempuan yang mengandung.
You deserve to sensitive or craving something. Allah uji abang dan suami orang lain. Betapa susahnya nak dapat anak" Qaseh memandang Uzmar."Sayang bersyukur sangat dapat husband yang sangat memahami perasaan sayang. Thank you abang"
Uzmar mengangguk.
"Thank you sayang jugak. Hadir dalam hidup abang adalah satu perkara yang terindah."~.
Puan Juliana memandang suaminya yang sedang memasukkan benang ke dalam lubang jarum. Dia dah lenguh menunggu Hassan dari tadi.
"Boleh tak tu? Meh sini saya buat" Puan Juliana cuba merampas jarum tadi tetapi ditarik semula oleh Hassan.
"Alah boleh. Saya buat sebelum ni senang je. Entah kenapa susah pulak sekarang" dia mengecilkan matanya.Selepas dua hari, demam Uzmar sudah kebah. Puan Juliana sangat menjaga Uzmar semasa dia sakit.
Sampai merajuk si Qaseh.Puan Juliana mengeluh. Dia kemudian melihat ke tingkap luar.
Addle dan Qaseh sedang duduk di gazebo. Anaf dan Uzmar sedang kait buah mangga muda.Kebetulan musim buah,rezeki Addle dengan Qaseh lah tahun ni mangga tu habis dimakan nanti.
"Abang" Hassan mengiyakan tetapi dia fokus kepada jarum tadi."Saya tak sangka Adila ada di sini dengan kita. Demi Allah,masa dia hilang,dunia saya gelap. Lepastu dengan Along yang.." dia mengeluh.
"Allahuakbar. Mengucap Ana. Along tu takdir dia dah macam tu. Bila kita yang ibu bapa dia ni dah redha, insyallah Allah redha. Masa mula-mula adik kenal kan Adila saya sendiri tak percaya. Rasa macam mimpi. Tapi apa-apa pun jangan fikir lah yang dah lepas tu."
Hassan menarik nafas lega. "Ha!" Puan Juliana terkejut sehingga seluar Hassan yang terkoyak tadi terpelanting ke kepala Hassan.
Hassan pula terkejut sampai pandangan nya terhalang disebabkan seluar tadi. Puan Juliana ketawa bila Hassan bangun dari kerusi dan teraba-raba mencari nya.
"Allahuakbar! Sabar. Awak yang menjerit tadi saya terkejut tu yang terpelanting seluar" Hassan sebenarnya sengaja membuat lawak. Dia tahu isteri nya masih lagi terkejut apa yang berlaku.
"Mintak maaf." Puan Juliana memukul dada Hassan bila Hassan mencium pipi nya. Merah habis mukanya!
"Masuk jarum pun berejam awak ni! Saya tak tahu macam mana awak handle ship dekat atas laut" dia menggelengkan kepalanya. Masih tak percaya yang suaminya bekas tentera laut.
Hassan tersentak. "Amboi tahu lah awak tu bekas peguam tapi mulut tu jaga sikit ya" Puan Juliana menjerit kecil bila Hassan memeluknya dan ditarik ke pangkuan nya.
Qaseh menjerit. "Sikit lagi abang! Yang besar tu! Sedapnyaaaaaa" Uzmar mengeluh. Dari tadi mereka berdua cuba mengait buah mangga muda tetapi tidak sampai.
Anaf pula memandang buah mangga yang isteri dia dan adik iparnya inginkan. "Mar,kau panjat lah pokok ni. Pokok ni kalau kait sampai besok lah kita tercongok kat sini"
"Tulah. Sebab dua orang tu pregnant je kalau tak aku tak nak buat semua ni" keluh dia. Dah lah badannya baru baik dari demam.
Qaseh yang terdengar keluhan Uzmar terus mengambil selipar nya dan tepat kena di punggung Uzmar.
"Auch!" Uzmar mengusap tempat yang sakit tadi.Dia memandang Qaseh yang sedang menjelirkan lidah nya. "Sayang! Sakitlah!" Dia mendengus.
Addle ketawa."Membebel pulak. Cepatlah! Lapar ni!" Uzmar membulat kan matanya.
"Oiiiii lapar lagi ke tadi baru je makan nasi tahu tak?!" Marah dia.
Anaf ketawa besar.Selera Qaseh boleh tahan jugak. Macam-macam Qaseh dera Uzmar untuk belikan apa yang dia inginkan.
"Ambik cepat sebelum baby ni keluar dekat sini" Qaseh mengambil satu lagi selipar dia dan dibaling ke Uzmar.Uzmar menjerit ketakutan dan terus memanjat pokok mangga tadi.
Anaf tunggu dibawah.
"Nampak tak bro?" Uzmar mendekati buah mangga tadi."Okay! Sambut Naf!" Uzmar memetik beberapa biji buah mangga. Anaf menyambut satu-persatu buah tadi dan diletakkan di atas guni.
Uzmar berjaya kutip lebuh dari 10 biji. "Cukuplah lah tu. Kalau tak cukup suruh diorang panjat sendiri" usik Uzmar lagi. Qaseh mendengus geram! Sabar jelah Camelia!
Uzmar turun dari pokok tadi tetapi disebabkan di tengah dahan pokok licin dia terjatuh. Namun dengan pantas tangannya digayut kan di dahan tadi. "Mar! Allahuakbar! Qaseh! Laki kau dah macam beruk dah tu!" Anaf ketawa.
Habis tercabut selipar dia. Dan-dan kena kepala Anaf. "Oiii!" Sakit kepalanya.
Uzmar ketawa. Qaseh memandang Uzmar yang dah macam beruk dah.
"Abang! Saya suruh awak panjat pokok bukan nya bergayut! Turun!" Qaseh menepuk dahi nya.
Addle dah sakit perut ketawa.
Adik iparnya memang kelakar!"Macam mana nak turun! Pokok ni tinggi!" Uzmar mengayutkan badannya ke depan dan belakang dan serentak itu kakinya selamat mendarat ke tengah dahan pokok tadi. Anaf menarik nafas lega.
"Nasib baik tak patah kaki kau Uzmar" Uzmar turun dan melompat ke tanah."Tulah, semata-mata nak ambil buah mangga. Kalau tak malu aku bomba kena turunkan aku" mereka berdua ketawa.
Dia kemudian memandang Qaseh dan Addle yang sedang makan buah tadi.
"Eh? Makan dah. Tak basuh dulu ke?" Anaf memandang Addle. Qaseh menelan air liur nya.Disebab kan excited sangat,terlupa dah dia nak basuh dulu. Terus meletus ketawa Uzmar dan Anaf.
"Alolo,tak apalah. Banyak lagi ni. Abang pergi basuh yang lain ni ya." Anaf ketawa. Dia mengambil beberapa buah mangga tadi dan dibawa ke paip air yang berdekatan dengan gazebo tadi."Itulah balasan nya makan tak tunggu suami. Kan dah kena" Uzmar duduk di sisi Qaseh.
Qaseh memuncungkan bibir nya. Jari Uzmar berada di bibirnya. "Jangan nak muncung sangat mulut tu. Nanti anak kita keluar muncung je memanjang" usik Uzmar. Qaseh memukul lengan Uzmar. Dia ketawa.
Addle tersenyum. Dalam hati nya berbisik,tak sangka bekas boyfriend sendiri jadi adik ipar. Tak apa lah Addle asalkan adik kau bahagia bersyukur sangat dah.
Mereka menikmati buah mangga muda dengan sambal kicap yang dibuat oleh Puan Juliana. Puan Juliana dan Hassan menyertai mereka selepas selesai solat asar.
YOU ARE READING
My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓
RomancePertemuan Uzmar dan Qaseh di Itali menjadi kan hidup mereka huru hara! Syed Uzmar seorang Mafia pergi ke Itali atas sebab menjejaki girlfriend nya yang dikatakan diculik oleh sekumpulan mafia yang merupakan musuh kepada Uzmar. Qaseh Camelia seorang...