62.(🖤) ⚠️

1.3K 25 0
                                    

"Boleh! Boleh sangat!" Teruja Farah bila Uzmar ingin meninggalkan kedua-dua cucu kesayangan nya.
Qaseh pernah datang ke apartment nya di Singapura kerana berpantang di situ.

Uzmar tersengih-sengih. Dia melompat keriangan. Plan dia menjadi! "Okay thank you ma. Nanti Uzmar call semula ya" dia menyimpan telefon nya.

Dia melangkah ke dapur. Qaseh sedang membetulkan rambutnya.
"Dah?" Tanya Qaseh. Uzmar mengangguk.

"Jom" tangan Qaseh digenggam dan mereka berjalan keluar dari rumah.
Qaseh mengerutkan dahinya.
Siapa yang Uzmar call sampai kan nak jawab sorok-sorok dari dia?

Uzmar menghidupkan enjin kereta dan memandu ke restoran nya.
"Mesti tak sabar kan? Ni first time sayang pergi restoran kita" Qaseh tersenyum.

Sebelum ni dia bukan tak nak pergi, disebabkan dua ketul tu dia terpaksa tangguh kan niat nya untuk melihat kemajuan restoran suaminya.

"Tulah. Sayang sibuk sebelum ni. Nasib baik lah Alice dengan Alvin bawak diorang berjalan-jalan hari ni."
Kalau tak melekat jelah dua ketul tu dengan dia.

Uzmar parking kereta nya di satu parking khas yang dia reka sebelum membina restoran nya. Dia pandu masuk ke satu papan besi yang sudah sedia untuk menurunkan kereta nya ke garaj bawah tanah.

Perlahan-lahan papan besi tadi menurun kan kereta nya dan mereka sampai ke tingkat bawah. Uzmar masukkan pin dan pintu dibuka.

Qaseh mengikuti langkah Uzmar.
Dia nampak beberapa lelaki sedang scan seluruh badannya dan Uzmar. Tetapi tangan Uzmar tidak lepas dari genggaman nya.

"Welcome Boss!" Bergema seluruh kawasan bawah tanah tadi. Qaseh sendiri kagum dengan pekerja-pekerja suaminya yang berdiri tegak dan lurus.

Semuanya berpakaian berbeza. Mungkin mengikut pangkat serta tugas masing-masing. Uzmar mengangguk. Tangannya diletakkan di pinggang Qaseh. Qaseh menahan malu. Dan lagi tu!

Uzmar tersenyum. "Thank you everyone. Let me introduce you guys to my lovely and beautiful wife. This is Qaseh Camelia but you call her Ms.Qaseh" dia kemudian memandang Qaseh semula.
"Is this okay to you?"
Dia tak buat kesilapan lagi.

Qaseh cuma mengangguk dan membalas senyuman. "Okay,get back to work everyone." Serentak itu semua pekerja-pekerja tadi kembali ke posisi masing-masing.

Qaseh memandang ke seluruh kawasan di hadapan nya.
Terdapat beberapa lelaki memakai pakaian chef. Ada yang berwarna putih,merah,hitam. Masing-masing sibuk memasak hidangan yang dipesan oleh pelanggan.

Di kanan nya terdapat beberapa perempuan lebih muda padanya sedang menghias pelbagai jenis dessert dan cake. Cake yang siap dihias di bawa ke satu almari kaca untuk memudahkan pelanggan memilih cake.

"Sayang." Panggil Uzmar. Dia lihat tangan Uzmar menyelak satu langsir tebal berwarna merah. Dia mengerutkan dahi nya.
"Bilik ke apa ni? Kenapa ada langsir ni?" Dia kemudian menjenguk ke dalam.

Uzmar segera menarik tangan Qaseh dan ditutup langsir tadi.
"Ni bukan bilik. Ni secret room. Just you and me." Qaseh tertawa.
Apa pula Uzmar nak lakukan kali ni?

"Duduk. Sayang tak pernah tengok abang masak kan?" Dia mengangguk.
Dia duduk di kerusi.

Di hadapan nya terdapat satu meja panjang berwarna putih. Pelbagai jenis bahan masakan untuk dimasak.
Pelbagai jenis cecair dipamerkan.

"Quindi oggi sarai il mio prezioso cliente." Qaseh tersentak bila tiba-tiba Uzmar bercakap dalam bahasa Itali.
(so today you gonna be my precious customer)

Uzmar melipat lengan baju nya ke siku. Dia mengikat apron hitam ke pinggang. Qaseh ketawa bila Uzmar terkial-kial untuk mengikat tali apron.

"Here,let me help you okay?" Qaseh berjalan ke belakang badan Uzmar.
Tangannya mengikat tali apron tadi dan sempat dia mencium pipi Uzmar.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now