6.(🖤)

1.5K 73 6
                                    

Qaseh termenung lama. Dia teringat kan kata-kata ayahnya semasa dia pulang ke kampung.

Flashback

Puan Juliana mengusap belakang badan Qaseh. Qaseh memeluk tubuh ibunya. Hatinya berasa terkejut dan pilu atas apa Farhan lakukan kepada nya.

"Sudah-sudahlah kamu menangis adik. Tak payah nak meratap orang yang tak pernah hargai kita" Qaseh memandang ayahnya yang baru pulang dari kebun.

Dia bangun dan bersalaman dengannya. "Ayah dari mana?" Hassan, seorang bekas anggota TUDM yang tegas dalam mendidik anak-anak nya.

Kepala Qaseh diusap. "Baru balik dari kebun. Ayah nak cakap ni. Kami berdua tak kecewa langsung apa yang jadi sekarang. Masalah ni bukan berpunca daripada adik. Farhan sendiri buat keputusan macam ni." Wajah anak nya dipandang sayu.

"Adik tak tahu kenapa adik kecewa sangat tapi yang adik bersyukur Farhan bagitau lebih awal sebelum majlis kitaorang start."

"Sebelum ni Farhan nampak macam berubah. Dia banyak bagi alasan untuk mengelak jumpa. Adik pun tak faham. Tapi sekarang.." Qaseh mengeluh.

Hassan memegang tangan anaknya. "Adik,kalau adik dimalukan seperti sekarang di majlis,ayah sendiri aku bawak adik balik. Adik masih ada kami berdua. Macam mana sekali pun adik tetapi anak ayah dan ibu" Puan Juliana mengangguk.

"Adik jangan risau, Allah tahu adik kuat. Adik ada orang-orang yang kuat sebab tu dia uji ada macam ni. Ibu,ayah dan Angah sentiasa ada untuk adik" Qaseh menitiskan air mata nya apabila mendengarkan kata-kata ibunya.

"Terima kasih ibu, ayah" dia memeluk kedua-dua mereka. "Ingat apa ayah pesan selalu,jika salah itu datang dari orang lain jangan pernah kita mengaku itu kesalahan kita." Qaseh mengangguk.

"Kenapa Khalish tak termasuk sekali!" Jerit Khalish yang berada di tengah-tengah katil.

Mereka ketawa melihat Khalish yang cuba memeluk mereka bertiga yang lebih besar berbanding dirinya. "Nak jugak hugggg" Qaseh mencium dahi Khalish.

Flashback end

Mereka sampai di hadapan bangunan tinggi dan besar. Kawasan mana pun Qaseh tak tahu. Mulanya dia tak nak ikut Uzmar tapi diturut juga bila Anaf memujuk nya.

Carlo dan mereka memasuki bangunan tersebut. Rupanya hotel. Qaseh pelik kenapa bangunan di Itali ni rapat-rapat. Tak boleh jarak sikit ke?

Uzmar duduk di sofa ruang menunggu bersama Anaf. Diperhatikan Qaseh yang teruja lihat pemandangan di tingkap hotel.

Carlo datang memberi 3 kad akses bilik hotel. "Cik" Qaseh berpaling. Dia tersenyum melihat kad hotel di tangan Carlos. "Thanks!" Dia tak tahu kenapa dia teruja. Tapi tak kisah asalkan ada tempat tidur untuk malam ni pun dia dah okay dah.

Mereka menaiki lif untuk ke bilik masing-masing. Uzmar merebahkan badan nya ke katil. Kepala nya pening, hatinya risau memikirkan dimana Addle,ditambah pula masalah baru.

Dia diam tadi disebabkan Anaf memberitahu kedudukan Addle bergerak tak menentu. Sekejap di daerah lain tapi masih berada di Itali.

Sedang dia berehat dia mencari-cari telefon nya. Tiba-tiba dia terasa tangannya ada satu benda yang besar dan berat.

"Eh? Beg?" Beg tangan perempuan mana pulak ni masuk bilik aku? Uzmar segera teringat. "Beg pun dia tertinggal ada hati nak bunuh diri tadi. Patutnya campak sekali dengan beg tu." Dia membebel sendirian.

My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓Where stories live. Discover now