⚠️ ❗A little matured content ❗⚠️
Qaseh baring di atas katil. Tubuhnya penat. Fikiran nya pula tidak berhenti berfikir. Dia masih lagi ingin tahu lebih tentang Uzmar. Tetapi situasi sekarang agak berat bagi Uzmar.
Dia mengeluh. Dipandang telefon bimbit nya. Daripada semalam dia menerima panggilan dari ibu dan ayahnya. Buat masa sekarang dia tidak mahu mereka tahu. Cukuplah apa yang jadi dengan Along nya dulu.
Dia tidak mahu melihat lagi air mata ibunya mengalir. Dia membuka telefonnya dan membuka album.
Ditatap lama gambar wajah Arwah Along nya yang tersenyum gembira bersama kakak iparnya. Khalish.Entah bagaimana khabar anak sedara nya sorang itu. Rindunya dekat Khalish! Tanpa dia sedar dia menitiskan airmata. Sungguh dia rindukan pelukan Along nya.
Rindu nak bergurau senda dengan nya biarpun Along nya sering mengusik nya kerana wajahnya dahulu penuh dengan jerawat.Tetapi sayang nya kepada Qaseh membuatkan Qaseh sangat rapat dengan Arwah. Arwah baik,anak yang soleh,rajin dan lemah lembut ketika berbicara.
Dia tidak pernah mendengar Along nya meninggikan suara. "Along, Adik rindu sangat. Kalau Along ada dekat sini,mesti Along protect Adik kan?"
Dia menahan esak.Uzmar yang membuka pintu bilik tersentak melihat Qaseh menangis.
Dia mendekati Qaseh dengan perlahan. "Sayang?" Qaseh tersentak lalu mengesat air matanya.
"Ya?" Suaranya sedikit serak.Uzmar duduk di katil. "Kenapa ni? Awak sakit ke?" Dia tiba membuat muka marah. Merah wajahnya. Qaseh tersentak.
"Ke YD ada buat apa-apa yang saya tak tahu ni?" Suaranya kini bertukar deep dan kasar. Qaseh menelan air liurnya.
"No, bukanlah. Saya cuma teringat kan arwah Along saya"Dia menunjukkan skrin telefon yang menunjukkan dia dan Along yang tersenyum gembira. "Ouh sorry" dia tersenyum malu.
Qaseh cuma mengeluh. "Along. Wan Mohd Mokhtar. Dia lelaki paling baik sangat. No one replace him" jari jemari Qaseh diletakkan di atas tapak tangan nya. "Hey,look at me" dagu Qaseh dipengang dan mata nya memandang Qaseh.
"Saya tahu rasa kehilangan tu. Saya pernah hilang parents saya dari kecil. Dibela pulak oleh ibu bapa angkat saya yang pertama. Mereka orang Malaysia. Very young. But mereka berdua mati" bergetar suara Uzmar.
Qaseh diam. Dia ingin tahu apa yang Uzmar ingin luahkan. "Masa tu saya form 5. Tahun tu SPM. Masa tu saya kerja part time. Macam biasa saya pergi kerja dan sebelum balik saya singgah rumah anak yatim yang dulu bela saya sebelum diorang ambik."
"Lepas tu saya balik,tapi rumah tu sunyi. Tak ada orang. Ibu angkat saya,dia suri rumah. Jadi dia sentiasa ada di rumah. Tapi haritu dia tak ada. Dua hari. Saya buat report polis. Lepastu awak tahu apa jadi?" Qaseh menggelengkan kepalanya.
"Polis cuma diorang berdua mati kena bunuh dekat belakang tasik rumah kita orang." Hati Qaseh terasa direntap kuat. What?
Uzmar menitiskan airmata. Terapi bibir nya tersenyum sakit. "Saya tak faham. Kenapa hidup saya macam ni. Every things I have they gonna take back" Qaseh memeluk Uzmar.
"Shh... It's okay. Ni semua ujian Allah dekat awak. Dia tahu awak kuat sebab tu hidup awak tak seindah orang lain"
Pujuk Qaseh.Uzmar cuma menahan sebak. "Along awak meninggal sebab apa?" Ikut mana pun dia masih lagi nak tahu tentang kematian Along Qaseh.
Qaseh tersenyum. Kalau boleh dia tak nak ingat lagi peristiwa hitam itu lagi.
Dia dah penat tahan sakit."Dia accident. Setahun selepas dia kahwin dengan kak Farha." Dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
Uzmar mengusap tangannya.
YOU ARE READING
My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓
RomancePertemuan Uzmar dan Qaseh di Itali menjadi kan hidup mereka huru hara! Syed Uzmar seorang Mafia pergi ke Itali atas sebab menjejaki girlfriend nya yang dikatakan diculik oleh sekumpulan mafia yang merupakan musuh kepada Uzmar. Qaseh Camelia seorang...