Intan mengeluh. Dah dekat dua hari Qaseh tak datang kerja. Bila dia call tak berangkat. Dia cuba call Syirah dan Jasmine tetapi mereka juga tak tahu Qaseh berada di mana.
"Ouh yeke. Habis tu korang tak risau ke?" Dipandang Syirah dan Jasmine di hadapan nya. Mereka berdua keluar bersama-sama harini. Girls shopping namanya.
Syirah menelan air liur nya. Kakinya menguis hujung kasut Jasmine. Jasmine menggelengkan kepalanya.
"Err... kitaorang risau. Tapi ha!"
Jasmine menunjukkan screen shot kepada Intan."Semalam Akak ada wassap dia. Dia kata dia balik kampung. Maybe boss awak lupa bagitau Kut?" Syirah sedikit tenang bila Jasmine dapat cover masalah ni.
Qaseh meminta mereka merahsiakan status sebenar nya. Dia tak nak staff dan pekerja di situ terlalu mengambil tahu tentang nya. Sebelum ni Qaseh pernah mengadu ada seorang pekerja lelaki bernama Arman cuba menggoda nya.
Syirah faham apa yang cuba Qaseh sampai kan. Tambah-tambah pula waktu tu Qaseh bertunang dengan Farhan jadi untuk tak complicated kan lagi masalah ni,Syirah terpaksa memberitahu Qaseh sudah bertunang.
Berita tentang Qaseh putus tunang pun tersebar luas di company nya.
Sebab itu Qaseh tak mahu pisang berbuah dua kali."Lah yeke? Kalau ya pun angkat lah call. Intan macam orang gila tahu tak settle kan semua dekat office tu" Intan menghela nafasnya.
Jasmine turut menghela nafasnya.
Lega betul bila Intan percaya cakapnya. Sorry Intan!Setelah selesai makan mereka berdua berjalan-jalan di sekitar shopping mall.
~.
"We here!" Uncle mematikan enjin boat. Uzmar mengikat tali di satu batang kayu yang berada di hujung jambatan."Be careful Camelia" Uzmar membantu Qaseh keluar dari boat. Disebabkan air tasik sedikit tenang menyebabkan Qaseh lebih mudah mengimbangi badannya supaya tidak terjatuh.
Uzmar terpaksa memeluk tubuh Qaseh lalu diangkat seperti budak kecil lalu diletakkan dia di atas jambatan.
Setelah itu Qaseh menyambut satu bakul yang Uzmar bawa tadi. "Awak pack apa lama sangat tadi?" Dia menggoncangkan bakul tadi.
Berat jugak. Bila dia nak tolong pagi tadi Uzmar melarangnya. Dekat mana pun dia tak tahu ni. Dia letakkan kepercayaan kepada suaminya.
"Adalah. Surprise" Uzmar tersenyum.
"Uncle, can you hold this for me?" Dihulurkan bakul yang sedikit ringan kepada Uncle.Uncle menyambut dan berjalan ke arah jambatan. "Qaseh,welcome to my house" Qaseh ternganga.
"Your house? Where?" Dia tak nampak apa-apa kecuali rumput yang luas."We gonna walk about 2 minutes and we arrived." Qaseh mengikuti langkah Uzmar dari belakang. Sepanjang mereka berjalan, matanya memerhati beberapa burung berwarna warni berterbangan di langit.
Cuaca cantik hari ni. Tidak terlalu panas atau sejuk. Warm weather!
Dia terhenti apabila dia terdengar bunyi di satu semak yang tidak jauh dari nya.Tubuhnya kaku. Jantung nya berdegup kencang. Matanya mula memerhati sekeliling. Uzmar dan Uncle yang asyik berbual-bual sudah tinggalkan dia dari belakang.
Dia menarik nafas dalam-dalam.
Kakinya melangkah ke arah semak tadi. Semakin dekat semakin berdebar. Tetapi dikuatkan juga hatinya.Satu je perangai dia yang membuatkan ayahnya pening kepala.
Berani! Lipas terbang pun dia rileks je. Cicak jatuh atas kepala pun dia ambik campak dekat lain.Dia melihat atas satu kayu panjang di kakinya. Diambil dan diletakkan bakul di rumput. Kayu tu dia boleh buat sebagai senjata.
Dia menghampiri semak tadi dan..........
YOU ARE READING
My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓
RomancePertemuan Uzmar dan Qaseh di Itali menjadi kan hidup mereka huru hara! Syed Uzmar seorang Mafia pergi ke Itali atas sebab menjejaki girlfriend nya yang dikatakan diculik oleh sekumpulan mafia yang merupakan musuh kepada Uzmar. Qaseh Camelia seorang...