Akhirnya, hubungan selama lapan tahun akan berakhir ke jinjang impian antara Izz Zahrah dan Zafri Raid. Perjalanan ini tidak mudah tapi akhirnya berjalan mengikut kehendak takdir. Masa sangat suntuk untuk Izz Zahrah menyiapkan majlis perkahwinan mereka, mujur Zahrah dikurniakan sahabat-sahabat yang banyak membantu. Sungguh Izz Zahrah bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan sahabat-sahabat yang baik.
" Zee! Eh, dengar tak apa aku cakap ni? alamak aihhh!! Boleh pulak dia mengelamun " ujar Nuryn.
" Hah?! Yerrr aku dengar la. Hahaha.. Maaf laa, aku tengah dalam keadaan bersyukur sebab ada sahabat yang baik macam korang semua..Thank You Yun" ujar Izz Zahrah dalam keadaan sebak.
"Zee, walaupun aku ni bukan satu tembuni dengan kau tapi kau dah macam adik beradik aku taw. Tak payah la nak sebak sangat. Aku tengah risau ni majlis kau nak 2 minggu lagi apa pun macam tak settle lagi ni Zee." ujar Nuryn sambil menyembunyikan rasa sebaknya.
Sejujurnya Nuryn tidak bersetuju Izz Zahrah meneruskan hubungan dengan Zahri Raid tapi apakan daya itu adalah pilihan sahabat baiknya. Zafri Raid terkenal sangat dengan sikap toksik dia dengan Izz Zahrah sendiri. Nuryn merasakan sepanjang lapan tahun mereka bersama lebih banyak kenangan pahit daripada manis tapi Nuryn mendiamkan sahaja perasaan nya itu.
Tidak lama selepas itu, Zafri Raid menelefon dan memarahi Izz Zahrah kerana perancangan majlis mereka tidak seperti yang dirancang sebelum ini sedangkan perubahan itu dibuat oleh Puan Fatimah mama kepada Zafri Raid.
"Assalamualaikum..Sayang, apa ni? kan kita dah rancang majlis sebelum ni, kenapa sekarang berubah lagi? kenapa tak ikut je macam yang kita dah rancang tu?" suara Zafri Raid meninggi sikit. Nuryn terdengar cara Zafri Raid bercakap dengan Izz Zahrah pada ketika itu sambil menjengilkan mata ke arah sahabatnya.
" Waalaikumsalam by..bukan sayang yang tukar, mama awak yang tukar. Sayang datang sini tadi smua dah berubah. Takkan la sayang nak bergaduh dengan mama awak gara-gara benda ni jer?" Jawab Izz Zahrah menahan geram.
" Mama cakap awak yang ubah. Dia sampai dah jadi macam tu" bidas Zafri Raid.
" By, sayang ni tak bengap sangat taw nak ubah semua dengan majlis yang nak dekat ni. dah la awak tak tolong saya apa pun, sekarang awak call nak marah-marah saya ni dah kenapa? Kalau awak nak call saya, nak marah saya baik tak payah. Saya sibuk nak uruskan semua, awak satu pun tak membantu. Dahlah, saya malas nak gaduh dengan awak. Bye, Assalamualaikum!" marah Izz Zahrah dengan bakal suaminya.
" Hmmm, apa ni bakal pengantin nak marah-marah macam ni. kening kau tu hah, nak bersambung dah. Hahahahahaha.. gelak Nuryn sengaja membuatkan suasana ceria untuk Izz Zahrah. Nuryn tak sedap hati dengan perkahwinan sahabatnya satu ini. "Ya Allah, Kau Lindungi la sahabat kesayangan ku ini daripada kejahatan manusia" bisik lirih Nuryn dalam hati
" Kau jangan macam-macam Yun, kang ku sekeh kau kat sini. Mama dia yang tukar last minit aku pulak yang terkena. Memang cari hal la. Yun, kau rasa betul ke keputusan yang aku buat ni? kenapa aku rasa macam tak sedap hati eh? Aku macam dapat rasa lah bakal mak mertua aku ni tak suka dengan aku" luah Izz Zahrah dengan sayu.
" Woii!! haaaa rindu aku takkk. Hahahaha?" Frial datang dengan riang. Persoalan Izz Zahra sunyi tanpa jawapan.
" Yellllllll!! weyhh, i miss u so much" teriak Izz Zahrah tanpa pedulikan pekerja yang ada dekat situ. Izz Zahrah melupakan sekejap kerunsingan hatinya.
" Haaaaa, baguslah! Dah Sampai dah yang di tunggu-tunggu. Kau tolong layan Zee la eh, aku nak tengok belah sana plak. " potong Nuryn takut Izz Zahrah nampak air muka Nuryn yang tak senang dengan sikap bakal mertua dengan bakal suaminya.
Izz Zahrah berborak sebentar sebelum menguruskan kembali dewan untuk majlis perkahwinan nya. Nuryn ternampak Frial menuju ke arah nya.
"Yun, kenapa dengan Zee? nampak macam stress semacam je? Zee ada masalah ke? " . Tanya Frial kepada Nuryn.
" Hmmm, aku malas nak cakap Yel. Kau tahu tak, Bakal mak mertua dia ubah susunan planning majlis dia ni tanpa bincang dengan dia atau Zafri? Lepas tu tadi sebelum kau sampai, Zafri call Zee dan marah Zee kat depan aku. Dahlah tak membantu apa pun, nak pulak dia marah Zee kita tu. Apalagi si Zee, marah dia balik. Aku rasa kan, kau jangan bagitahu Zee eh apa aku nak cakap ni. Bebel Nuryn dengan Frial sambil mengangkat jari kelingkingnya sebagai tanda mereka berjanji.
" Mak aii, patut lah masam semacam muka Zee tadi. Macam tu rupanya nenek sihir tu buat kat kawan aku. Memang cari masalah ni. Perangai tak ubah macam syaiton! haaa, apa kau nak cakap?" sambil menaut jari dengan Nuryn
" Aku rasa tak sedap hati lah denngan majlis Zee ni. Macam ada malapetaka bakal jadi. Aku rasa bakal mertua dia tak suka dengan Zee. Aku nampak dari cara nenek sihir tu tengok dia, nampak macam yang dia benci sangat dengan Zee. Lepas tu, buat masalah taknak mengaku. Dia sengaja la nak buat Zee gaduh dengan Zafri." ujar Nuryn. Dalam masa yang sama Frial pun turut merasa hal yang sama.
" Sebenarnya, aku pun rasa hal yang sama la Yun. The day yang dia bagitahu kita yang dia nak kahwin dah dengan Zafri tu perasaan aku tak enak. Aku gembira mereka nak settle down after few years mereka bersama but something is wrong somewhere." Jawab Frial dengan nada risau.
Dalam masa yang sama Frial dengan Nuryn tidak tahu Izz Zahrah ada di sebalik kerusi tempat mereka berbual. " Ya Allah, betulkah keputusan yang buat ini? kenapa ada keraguan di hati hambaMu ini? Lindungi aku Ya Allah daripada kejahatan manusia" bisik lirih hati Izz Zahrah.
YOU ARE READING
Dia Pemilik Hati
RomanceHUBUNGAN YANG DIUSAHAKAN SELAMA LAPAN TAHUN AKHIRNYA BERAKHIR DI PELAMINAN. NAMUN AKIBAT KETIDAKSABARAN PUAN FATIMAH YANG INGIN MENIMANG CUCU SANGGUP MENGHANCURKAN PERKAHWINAN ANTARA IZZ ZAHRAH DAN ZAFRI RAID " ISTERI KAMU MANDUL. MAMA NAK ZAFRI KAH...