Part 3

198 6 0
                                    

-3-

Selepas solat Subuh Izz Zahrah terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat mereka sekeluarga. Mee Hoon Goreng dan telur mata serta air Milo panas untuk mereka bersarapan bersama.

" Hmmm, sedapnya bau. Dah boleh kahwin dah adik akak ni" tegur Iris Nadeera mengusik adiknya di dapur. Sambil tersenyum Iris Nadeera memeluk Izz Zahrah dari belakang menyebabkan Izz Zahrah terkejut. Tiba-tiba Izz Zahrah mendengar rengekan halus kakak nya menyebabkan dia berhenti membasuh kuali yang digunakan untuk menggoreng Mee Hoon tadi.

Izz Zahra berpusing dan memeluk kakaknya yang masih teresak halus. "akak kenapa?kenapa nangis?akak? kenapa ni" soal Izz Zahrah bertalu-talu.

" Takde lah. Akak sedih dan gembira adik akak ni nak jadi isteri orang dah. Dalam masa yang sama akak berharap Babah, Ibu dan Abang ada kat sini sekarang. Impian diaorang nak tengok adik berjaya, naik pelamin dengan orang yang boleh jaga adik dengan baik." Luah Iris Nadeera sebak. "Adik kena jadi isteri dan menantu yang baik okey, jaga nama baik keluarga kita. Kakak akan sentiasa ada untuk adik, walau dimana pun adik berada. Akak nak adik tahu yang kehidupan berumahtangga ni tak semudah yang adik sangka walaupn adik bekerjaya. Akak nak adik tabah dalam setiap ujian yang Allah bagi nanti" tambah Iris Nadeera sambil memegang wajah Izz Zahrah.

Dalam hati Izz Zahrah berbisik lirih " is something going to happen in my marriage? Kenapa pesanan akak seolah ada sesuatu yang bakal terjadi?". Izz Zahrah tersenyum nipis sengaja menghilangkan gusar dalam hatinya. " In Shaa Allah akak, doakan adik mampu mengharungi semua. Doakan adik kuat dalam menghadapi kebaikan dan keburukan dalam berumahtangga nanti." Jawab Izz Zahrahh tenang. "Dah, jom sarapan. Sejuk dah mee adik goreng tadi" ajak Izz Zahrah sambil mengesat airmata kakaknya.

Sambil mereka bersarapan Izz Zahrah menceritakan dengan kakaknya yang bakal mama mertuanya menukar segala persiapan yang telah dia dan Zafri Raid telah persetujui. Iris Nadeera hanya mengangguk tanda faham dengan situasi adiknya.

" So dah tukar ka macam mana?ikut planning asal ke atau yang di tukar?". Soal iris Nadeera dengan adiknya.

"Adik tak suruh tukar. Ikut je planning asal. Dah tak cukup masa nak tukar-tukar bagai. Nak marah ke apa adik dah malas nak peduli." Jawab Izz Zahrah dengan geram.

Darwish tertawa kecil melihat telatah adik iparnya. Izz Zahrah yang terkenal dengan degil dan kepala batunya tiada siapa dapat melawan. Kalau putih maka putih la keputusannya, Kalau hitam maka hitam la hasilnya. Dalam degil Izz Zahrah terkenal dengan sikap kelakar dia yang bersahaja, sentiasa membuat keluarga tertawa dengan leluconnya. Tapi kalau mode serius dan garangnya dah dihidupkan Darwish sendiri gerun melihat perubahan mendadak Izz Zahrah. Sikap Izz Zahrah yang overprotective membuatkan sesiapa yang mendekatinya akan merasa selamat dan selesa. Begitulah Izz Zahrah yang dikenalinya sepanjang dia bersama dengan Iris Nadeera.

" Good job!". Mak mertua hang ni suka sangat nak buat masalah. Takpa, stick to your original plans..Kalau dia datang hari ni nak buat kacau suruh dia jumpa akak, biar akak yang cakap dengan dia" jawab Iris Nadeera.

Sekali lagi Darwish tertawa melihat sikap dua beradik ini. Izz Zahrahh dan Iris serentak melihat kearah Darwish " Sayang ni dah kenapa?" "Abang Darwish ni dah kenapa?" Izz Zahrah dan Iris Nadeera bertanya serentak lalu mereka berpandangan secara serentak dan terus ketawa besar di ruangan makan.

" sebab tu lah saya ketawa. Tengoklah gaya korang berdua. Sama je." Gelak Darwish menyebabkan dua beradik itu ikut tertawa sekali. Selesai bersarapan Izz Zahrah dan Iris Nadeera bersiap untuk pergi ke Dewan tempat majlis perkahwinan nya nanti.

" Sayang, boleh awak tolong jaga Mel dengan Harith. Saya nak tolong tengok persiapan majlis adik ni" pinta Iris Nadeera dengan Darwish. "Okey sayang, don't worry. Pandailah saya nak bawa diaorang pergi mana-mana nanti." Jawab Darwish lembut. "Thank you sayang." Ucap Iris Nadeera sambil mengucup pipi suaminya.

Dia Pemilik HatiWhere stories live. Discover now