Part 18

183 4 0
                                    

Zafri Raid berasa sangat bahagia mendengar perkhabaran bahawa Izz Zahrah telah pun selamat melahirkan anak mereka. Zafri Raid sujud syukur dan menangis teresak-esak mengenangkan bekas isterinya berjuang sendirian sepanjang mengandung dan dia benar-benar menyesal akan perbuatannya. Sarah Afrina ternampak Zafri Raid melakukan hal itu dan merasa hairan dengan tindakan suaminya.

"apa pulak Zaf buat ni? Pelik ja perangai" Gumam Sarah Afrina sendirian. "ahh biarlah dia, lantaklah nak buat apa pun. Yang penting malam ni aku nak keluar" Ujar Sarah Afrina yang mencari bajunya untuk keluar ke kelab malam lagi.

Puas sudah Zafri Raid menasihati isterinya. Dengan kelembutan sudah apalagi dengan Bahasa kasar pun sudah. Hanya sahaja tangan yang belum naik ke badan isterinya yang degil dan tidak pernah hormat kepadanya. Rupanya yang ditunjuk oleh Sarah Afrina selama ini hanya topeng sahaja. Berbeza sungguh pengai Izz Zahrah dengan Sarah Afrina. Sungguh Zafri Raid menyesal dengan Tindakan nya namun tersimpan dalam hati ingin membimbing isterinya ke jalan yang di syariatkan dalam islam.

Zafri Raid melihat Sarah Afrina yang melintas di hadapan nya seperti hendak bersiap. "Nak kemana lagi? Kan dah malam ni, tak boleh duduk diam di rumah?" dingin sungguh suara Zafri Raid.

"Apa you nak sibuk? Suka hati I la nak pergi mana sekalipun. Selama ni I tak pernah tanya pun apa you nak buat kan? So mind your own business Zaf" Balas Sarah Afrina dengan angkuh dan biadap.

" aku ni laki kau tau. Kau jawab macam tu dengan aku? Marah Zafri Raid meluap dijawab begitu oleh isterinya.

"laki?! Ketawa besar Sarah Afrina dengan jawapan Zafri Raid. Zaf, Zaf I ni memang bini you tapi you tak boleh nak halang apa pun yang I nak buat! Apa hak you?! You jangan nak memandai nak urus kehidupan I Zafri. Kehidupan you pun tak teratur la, bukan I tak tahu you masih contact dengan Izz kan? She's you ex Zaf but im your wife now!! You ingat I ni bodoh sangat ke haaa??!!" teriak Sarah Afrina menggila pada malam itu.

"panggg!!" sekilas penampar singgah di pipi putih Sarah Afrina membuatkan dia tersungkur ke kaki Zafri Raid. Marah benar Zafri Raid dengan isterinya pada malam itu, seperti tercabar egonya sebagai lelaki dan suami. Berbekas pipi Sarah Afrina dengan bekas tangan Zafri Raid.

Sarah Afrina terjatuh dan merasa ada darah yang keluar dari bibirnya. "Zaf pukul aku gara-gara Izz?" gumamnya dalam hati. Sarah Afrina menangis teresak di kaki Zafri Raid yang bercampur dengan sakit hati amarah terhadap Izz Zahrah. Sarah Afrina ingin berlari keluar namun sempat dihalang Zafri Raid.

"jika Kau keluar dari rumah ni tanpa izin aku, maka aku jatuhkan talak 1 ke atas kau Sarah Afrina Binti Dato Hakim!! Aku tak izinkan kau keluar dari rumah ni tanpa aku!!" Ucap Zafri Raid dengan Sarah Afrina. Dumm!! Petir dan guruh sambung menyambung di luar di kala ini hujan lebat. Sarah Afrina terduduk di lantai selepas mendengar ucapan suaminya yang begitu dingin di telinga nya.

"aku dah gagal Sarah. Aku nak jadi suami yang baik untuk kau walaupn cara pernikahan kita sedemikian rupa. Aku nak bombing kau tapi kau degil, kau taknak dengan nasihat aku." Lirih suara Zafri Raid berharap supaya lembut hati Sarah Afrina menerima nasihatnya.

Sarah Afrina hanya diam dan berjanji akan membalas dendam atas kesakitan nya malam ini. Dia berlalu ke pintu dan menghempas pintu bilik mereka dengan kuat dan berlalu ke bilik lain. Sakit sungguh hatinya. "aku akan rampas semua yang kau ada Izz Zahrah!!" Ujar Sarah Afrina sambil menumbuk tilamnya.

Keesokan harinya puan Fatimah datang ke rumah Zafri Raid bersama dengan Encik Sulaiman. Sarah Afrina membuka pintu dan Puan Fatimah terkejut melihat wajah Sarah Afrina yang bengkak kerana tamparan kuat Zafri Raid di wajahnya semalam.

"Sarahh!! Kenapa muka macam ni?! Siapa yang buat?Zaff!! Jawab mama! Marah Puan Fatimah yang melihat wajah menantu kesayangannya merah kebiruan.Sarah Afrina menangis teresak dalam dakapan Puan Fatimah.

"Dia biadap dengan Zaf, sesuai lah makan penampar." Jawab Zafri Raid dingin sambil melihat ke arah papa nya.

"Zaff!! Ni anak orang tau Zaf buat macam ni. Mama tak pernah ajar Zaf untuk pukul perempuan. Perangai siapa Zaf ikut ni?! Marah Puan Fatimah.

"hmm yelaa. Habistu dulu mama sakitkan hati tuduh Izz bukan-bukan tu apa? Bukan Izz anak orang jugak ke?. Jawab Zafri Raid yang masih sakit hati dengan keadaan kehidupannya sekarang. "kalau mama tak pisahkan Zaf dengan Izz dulu, mesti Zaf dah Bahagia dengan dia sekarang" sambung Zafri Raid lagi.

"Zaf, kenapa cakap macam tu?" Tegur Encik Sulaiman tapi secara sembunyi menaikkan ibu jarinya tanda bersetuju dengan Tindakan anaknya. " Awak ni pun, Zaf takkan sesuka hati buat macam tu kalau menantu kesayangan awak tu tak buat perangai. Mesti dia ada buat sesuatu yang memaksa Zaf buat macam tu dengan dia." Sampuk Encik Sulaiman.

Puan Fatimah terdiam dan menarik mukanya tanda marah dengan suami dan anaknya. Sarah Afrina tertunduk diam dan mengetap bibir tanda geram dengan ucapan bapa mertuanya. Semua masih berpihak dengan Izz Zahrah walaupun sdh setahun lebih perceraian mereka. Barulah Sarah Afrina teringat sepanjang tempoh mereka bercerai tidak pernah sekalipun dia terserempak dengan Izz Zahrah di mana-mana. Izz Zahrah bagai hilang ditelan bumi namun baru-baru ini dia melihat telefon bimbit suaminya yang tertera nama Izz Zahrah di situ.

"Aku kena upah seseorang untuk cari tahu dimana keberadaan Izz Zahrah sekarang. Aku tak boleh biar dia bersenang lenang sekarang ni. Gara-gara dia aku kena lempang oleh Zaf!" ucap Sarah Afrina dalam hati.

Disudut lain Encik Sulaiman menunjukkan gambar cucunya dengan Zafri Raid. Ada beberapa gambar yang dikirim oleh Izz Zahrah kepada bekas mertuanya. Dan gambar terakhir Hafiz Fahri yang mendukung Izzat Hafiy dengan penuh kasih. Zafri Raid berasa sedikit cuak dengan lelaki yang mendukung anaknya itu. Encik Sulaiman perasan akan perubahan anaknya itu.

"Ni Hafiz. Dia yang banyak tolong Izz dekat sana. And kalau Izz nak kahwin dengan hafiz papa lagi suka. Ada yang boleh tolong jagakan Izz dekat sana" . Ujar Encik Sulaiman dengan spontan.

"papa taknak ke klau Zaf balik dengan Izz?" jawab Zafran Raid dengan sayu.

"Zaf, papa tak izinkan Izz balik dengan Zaf. Sebab apa?. Sebab Izz dah bagi Zaf peluang tapi zaf sia-siakan. Papa taknak risikokan kebahagiaan Izz dengan Kembali kepada Zaf. Izz kena cari bahagianya sendiri dan bukan dengan Zaf. " jawab Encik Sulaiman dengan anaknya. Sungguh dia menyayangi Izz Zahrah seperti anaknya sendiri. Namun dek kerana Tindakan isterinya menghancurkan anak itu seluruhnya.

"Zaf tak layak dapat peluang kedua ke papa?" Soal Zafran Raid lagi.

"Zaf, bukan semua kita yang Bernama manusia layak dapat peluang kedua daripada seorang manusia yang lain. Izz hancur sepenuhnya Ketika kamu melakukan hal tu dekat dia. Dia pergi dari sini dan pergi ke Bintulu untuk memulakan hidup baru di sana. Papa rasa Zaf pun faham kenapa Izz menghilangkan diri sampai lah Zaf terjumpa dengan dia kat sana" sambung Encik Sulaiman lagi.

Dan tanpa disengajakan Sarah Afrina mendengar perbualan bapa mertua dengan suaminya. " Thank you papa, senang kerja aku lepasni nak kerjakan dia" . Ujar Sarah Afrina sambil senyum sinis.

"yala papa. Zaf faham" jawab Zafri Raid dalam keterpaksaan. Penyesalannya datang bertubi-tubi akan Tindakannya dulu kepada bekas isterinya. "kalau by tahu sayang pregnant, by takkan lepaskan sayang". Gumam Zafri Raid dalam hati. Dia menjadikan wajah Izzat Hafiy sebagai wallpaper di telefon bimbitnya. Wajah Izzat Hafiy persis seperti ibunya. Hidung, mata, bibir dan juga lesung pipinya. "By rindu Sayang. Maafkan by." Zafri Raid sekali lagi menangisi nasibnya.

Dia Pemilik HatiWhere stories live. Discover now