Keesokan harinya Izz Zahrah memulakan hari baru dengan lebih bersemangat. Hari ini Izz Zahrah akan bertemu dengan peguam yang akan menguruskan kes perceraian mereka berdua. Izz Zahrah telah mendapatkan bukti daripada pihak JHEINS dan menuntut cerai Fasakh.
" Ada apa-apa lagi tak Kim yang kena aku sediakan?atau semua dah lengkap? Soal Izz Zahrah kepada sahabatnya Uwais Hakim yang juga seorang peguam yang terkenal membela nasib wanita yang teraniaya dalam kes Syariah.
" Hmmm, rasanya semua dah lengkap ni Zee. Tinggal nak bagi surat dekat husband kau jer untuk inform tarikh dan masa perbicaraan kes kau ni" jawab Uwais Hakim dengan jelas.
"Yang surat tu boleh tak kau jadi wakil aku hantar kat dia? Aku cuma nak jumpa dia masa kat Mahkamah je la. Tak sanggup dah aku nak berdepan dia" pinta Izz Zahrah.
" boleh jer, nanti mintak dispatch hantar kat batang hidung diaorang. Aku dah tak sabar dah nak hentam diaorang ni kat Court nanti. Dia tak tahu kan kita kawan?" soal Uwais Hakim
" I'm counting on you bro. Tak kot, sebab aku tak pernah cerita dngan dia aku ada kawan Lawyer dalam Syariah court. Lagipun Dato' Hakim yang suggest guna kau."jawab Izz Zahrah
"sejak bila pulak aku jadi Dato' ni? Seloroh Uwais Hakim mengusik Izz Zahrah
"bongok lahhhh..haha..Dato' Hakim ni Daddy selingkuhan laki aku tu la. Baik wo Daddy dia kim. Dia sanggup cari smpai jumpa aku. Dia nak bayar pampasan untuk buat seumur hidup sebab anak dia merosakkan kebahagiaan aku, hancurkan hidup aku. Aku cakaplah dengan dia aku taknak tapi dia insist juga nak bagi. Itu sahaja yang dapat dia buat walaupun dia tak mampu hilangkan rasa bersalah nya dengan aku." Izz Zahrah menerangkan segalanya dengan Uwais Hakim.
Sahabatnya itu mengangguk tanda faham dan tersenyum " By The Way Zee, its good to see your smile again" ujar Uwais Hakim. "this one much better than the first day you met me..hahah"
Izz Zahrah hanya mampu tersenyum nipis. "aku takkan bazirkan lagi airmata aku ni Kim. He doesn't deserve my tears. Lagipun hari tu aku tengah down gila kot. Memanglah muka aku macam cicak tertelan chewing gum." Seloroh Izz Zahrah sambil tertawa kecil.
"and you know what, inilah kelebihan dan kekuatan kau yang tak ada kat siapa-siapa. Even aku, Frial or Nuryn taw. You're strong and independant woman that I ever met. Kebanyakan kes cerai yang aku urus diaorang semua nak menuntut dari suami diaorang walaupun mereka bekerjaya macam kau ni. Kesian, sampai ada yang perlu merayu nak nafkah untuk anak-anak diaorang" ujar Uwais Hakim.
"Kim, tak semua perempuan ada kekuatan macam aku. Aku rapuh sebenarnya Kim tapi aku kena lawan untuk masa depan aku. Aku taknak mereka tengok aku ni lemah hanya sebab aku ni anak yatim piatu dan kakak aku pun jauh" jawab Izz Zahrah.
" eh lain cerita. Family kau tahu tak ni yang kau nak bercerai?Frial?Nuryn?" soal Uwais Hakim yang menyebabkan hati Izz Zahrah terluka.
Izz Zahrah tersenyum pahit "hmm, belum lagi, kau lah orang pertama yang tahu. Jangan bagitahu sesiapa dulu eh. Aku perlukan masa untuk bagitahu diaorang semua dengan keadaan aku. Kau tahu kan kak Iris macam mana orangnya kalau dia tahu keadaan aku kat sini macam mana" rayu Izz Zahrah dengan Uwais Hakim.
" yalah, jangan lama sangat Zee, kau pun perlukan sokongan jugak." Nasihat Uwais Hakim
" Ehh, how's your life after kahwin?. Kim satu ja aku nak pesan kau. Hargai Kim isteri kau, buat aktiviti yang dapat kau jadikan kenangan manis. Walaupun sesibuk mana, carilah sedikit waktu untuk bertanya keadaannya seharian macam mana. Jangan jadi macam Zaf, dah hilang baru nak menyesal usesless laa jawabnya" nasihat Izz Zahrah
YOU ARE READING
Dia Pemilik Hati
RomanceHUBUNGAN YANG DIUSAHAKAN SELAMA LAPAN TAHUN AKHIRNYA BERAKHIR DI PELAMINAN. NAMUN AKIBAT KETIDAKSABARAN PUAN FATIMAH YANG INGIN MENIMANG CUCU SANGGUP MENGHANCURKAN PERKAHWINAN ANTARA IZZ ZAHRAH DAN ZAFRI RAID " ISTERI KAMU MANDUL. MAMA NAK ZAFRI KAH...