Ting!! – Zee Zahrah "Noted with thanks =)" tersenyum hafiz Fahri sendirian. Lama rasanya dia tidak merasakan debaran selepas dia berpisah dengan bekas kekasihnya. Hampir setahun bekas kekasihnya berkahwin dengan seorang peguam syariah yang menetap di Sabah. Kata hati Hafiz fahri mengatakan yang dia perlu melindungi Izz Zahrah ini daripada sebarang bahaya. Sebenarnya ketika di KKIA lagi dia sudah melihat Izz Zahrah ini, namun dia hanya melihatnya dari jauh sahaja. Dari gerak badan dan wajahnya mengatakan ada sesuatu kejadian duka yang terjadi dalam hidup wanita ini.
Dan ternyata apa yang dirasakannya adalah benar. Bagaimana seseorang semuda itu mampu mengharungi dunia penceraian seorang diri. Izz Zahrah seorang wanita yang tegar dan kuat. Berani keluar dari dunianya yang selesa dan pergi ke negeri asing seorang diri. Kagum sungguh dia dengan semangat yang ada pada Izz Zahrah.
Selesai mandi dan solat Izz Zahrah berbaring di katil sambil memegang perut nya dia rasakan sedikit membukit dari kebiasaannya. Hitung punya hitung Izz Zahrah baru perasan sudah tiga bulan dia tiada datang uzur. Payudaranya juga sedikit membesar daripada saiz asalnya dan membengkak. "pelik-pelik ja badan aku ni. Esok nak pergi klinik la. Mana la tahu ada apa-apa."
Membuka aplikasi whatsapp dan bertanya dengan Hafiz Fahri.
*Assalamualaikum abang, ada tak kat area sini klinik pakar sakit puan tak?saya nak buat medical check up la sementara belum kerja ni. And esok saya nak beli bahan makanan kat rumah..huhu. (Izz Zahrah)
** Waalaikumsalam Zee, ada klinik tu kat area sini. A friend of mine. Nak abang temankan?. Okey, lepas dari klinik kita trus shopping barang rumah okey" (Hafiz Fahri)
*Nak, boleh tolong booking kan tak?thank you =) (Izz Zahrah)
** Okey Zee, nanti abg tolong booking kan. Sama-sama. Zee lapar?kalau lapar abg boleh tolong masak. Zee nak makan apa?(Hafiz Fahri)
*betul ke?heheh..nakkkk.. nak Spagetti Aglio Olio boleh?hahaha(Izz Zahrah)
** Okey baik, setengah jam eh..tunggu, jangan tidur dulu. Nanti dah siap abg call(Hafiz Fahri)
*yesss..Zee tunggu(Izz Zahrah)
Setelah menanti selama setengah jam tiba-tiba ada panggilan masuk "Abg Fiz Fahri". Izz Zahrah menyambut panggilan "hello,ya abang" jawab Izz Zahrah.
"Zee, abang kat luar ni. Bukak pintu." Jawab Hafiz Fahri
Izz Zahrah berlari membuka pintu teruja makanan pesanan sudah siap. Tanpa dia sedar dia membuka pintu dalam keadaan tidak bertudung dan berseluar pendek yang mendedahkan keseluruhan peha nya yang putih dan gebu. Serta rambutnya yang panjang beralun lembut. Terkedu Hafiz Fahri melihat kecantikan semulajadi Izz Zahrah. Izz Zahrah tidak perasan dengan penampilannya ketika itu.
"hmmm, Zee makan lah. Abang balik sebelah." Ucap Hafiz Fahri dan masuk ke rumahnya dengan cepat.
"ehh, abang. Thank You" hairan Izz Zahrah dengan kekalutan Hafiz Fahri. Setelah dia melihat dirinya di cermin. Hafiz Fahri tergelak mendengar Izz Zahrah berteriak mungkin baru tersedar akan kecuaiannya. "ahhhhhhhhhhh!!!!NOOOOOO!!!!!eeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!whyyyy Zee WHYYYYYYYY!!!
"Zee,why are you so cute?" Hafiz Fahri membayangkan badan Izz Zahrah tadi lalu cepat-cepat mengucapkan istighfar.Hafiz Fahri menampar dirinya kuat hingga dia merasa kesakitan. "Ouch!!" "padan muka kau, Shuh setan shuh!!" ucapnya dalam hati.
Izz Zahrah mengambil gambar dan memuatnaik di status whatsappnya dengan ayat "my kind of supper. Thank You Abg Fiz. Sedappppp!!"
Dalam group whatsapp Hafiz Fahri, Aathif dan Adam Chua menjadi riuh.
*Fiz, supper aku mana?takkan bagi jiran depan rumah ja (Aathif)
** Bongoklahhh Thif..hahhahahah. Zee bagitahu dia lapar, aku masak lah. Kan rumah dia blm ada stok makanan. (Hafiz Fahri)
*** ulat bulu dah naik daunnnnn (Adam Chua)
** Bongoklahh korangggg..HAHAHAHAHAHAHAHA..Esok aku cuti eh, nak bawa Zee pergi klinik and bawa dia shopping barang dapur. (Hafiz Fahri)
*noted boss (Aathif )
**noted Boss (Adam Chua)
Pada keesokan jam sekitar jam 10 pagi mereka berdua berangkat ke klinik. Izz Zahrah merasa sangat berdebar. "kenapa pulak aku rasa berdebar ni" soalnya dalam hati. "Puan Izz Zahrah" namanya di panggil oleh pembantu klinik tersebut.
"Ya puan, sakit apa ya?" tanya doktor wanita itu.
" macam ni doktor, saya dah tiga bulan tak datang haid. Dan saya rasa badan saya ada perubahan sikit. Payudara saya pun terasa membesar dan membangkak sikit. Nipples saya pun ada perubahan warna. Saya Sakit ke doktor?"
"owh macam tu. Puan sudah berkahwin kah? Macam ni Puan kencing dulu ya, kita tengok ujian air kencing dulu macam mana. Nanti selebihnya saya explain lagi." Kata doktor wanita itu. Maka Izz Zahrah pun berjalan lah menuju ke tandas dan mengambil sampel air kencing dan diserahkan ke kaunter semula.
YOU ARE READING
Dia Pemilik Hati
RomanceHUBUNGAN YANG DIUSAHAKAN SELAMA LAPAN TAHUN AKHIRNYA BERAKHIR DI PELAMINAN. NAMUN AKIBAT KETIDAKSABARAN PUAN FATIMAH YANG INGIN MENIMANG CUCU SANGGUP MENGHANCURKAN PERKAHWINAN ANTARA IZZ ZAHRAH DAN ZAFRI RAID " ISTERI KAMU MANDUL. MAMA NAK ZAFRI KAH...