Part 6

181 8 0
                                    


"Sayang, dah takda jalan lainkan untuk kita selamatkan perkahwinan ini?. Benarkah cuma ini jalan mati yang ada untuk hubungan kita?" soal Zafri Raid dengan keadaan wajahnya yang sugul dan lebam dikerjakan Izz Zahrah semalam. Dia memegang lengan Izz Zahrah dengan lembut.

"Don't call me sayang. Saya jijik dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut awak. Kenapa baru sekarang awak tanya soalan tu?Jawab Izz Zahrah sambil melepaskan pegangan tangan Zafri Raid. "Saya tak boleh hidup dengan penipu dan pencurang macam awak Zafri. Awak buat saya macam tak wujud di akhir perkahwinan kita. Awak layan saya macam binatang di tempat tidur kita. Awak ada terfikir tak semua tu?Awak kisah kah dengan keadaan saya yang tak sihat disebabkan perangai dan sikap awak. No wonder la sehari sebelum pernikahan kita saya rasa dua hati untuk meneruskan ataupun tak perkahwinan kita, rupanya this is what happen to me." Balas Izz Zahrah dengan ketawa tanpa berbasah basi lagi.

"Terima kasih banyak-banyak Zafri, awak banyak sangat membuka mata saya sekarang. Terima kasih kerana tidak pernah mengabaikan nafkah zahir awak sepanjang kita sama-sama. Terima kasih menyayangi saya walaupun sebentar cuma perkahwinan ini. Terima kasih sebab membenihkan zuriat ke dalam rahim saya walaupun tak dapat saya memiliki mereka berdua. Mungkin benar saya mandul seperti yang dikatakan mama awak. " Tambah Izz Zahrah lagi

" Oh ya, balik lah ke rumah malam ni. Saya nak masak makanan kegemaran awak sebelum kita berpisah. Dah 2 bulan awk awak tak makan kat rumah kan?. Jangan lupa datang eh" Ujar Izz Zahrah dengan lembut. Izz Zahrahh meninggalkan Zafri Raid yang duduk teresak di sebelah kereta Izz Zahrah dan Izz Zahrah memecut keretanya menuju ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu hendak kemana. Dia telah memesan kepada Kak Yan untuk membeli barangan yang perlu dimasaknya malam ini. Dia mengambil keputusan untuk menenangkan hatinya kerana dia tahu Zafri Raid pasti balik mengambil baju-bajunya.

Izz Zahrah memandu hingga ke Pantai Tanjung Aru dan meledakkan tangisan yang ditahannya sejak dari tadi. Dia tidak ingin dilihat lemah dihadapan orang-orang yang melecehkan dirinya. Ingin dia memberitahu Iris Nadeera tentang keadaan dirinya namun dia tidak mahu kakak nya turut risau dengan keadaan dirinya.

"Ya Allah, terlukanya diriku disaat ini hanya Engkau yang Mengetahuinya. Ya Allah, ampunkan aku yang mempersoalkan kenapa ujian seperti ini di hadiahkan buat diriku. Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk meneruskan kehidupan yang seterusnya Ya Allah. Perjuangan ku tidak akan berhenti sampai di sini. Bantu aku Ya Allah, Bantu aku. Aamiin" Luah Izz Zahrah sambil memegang dadanya yang sesak kerana terlalu bersedih.

Izz Zahrah pulang dan memparkir keretanya di halaman rumah mereka. Dia melihat ada kereta Zafri Raid juga di situ. Zafri Raid duduk di ruang tamu sambil meletakkan kepalanya di sofa empuk sambil memicit kepalanya yang sakit akibat terlalu menangis.

"Assalamualaikum." Izz Zahrah masuk, senyum dan memberi salam menyebabkan Zafri Raid membuka matanya yang bengkak dengan perlahan.

"Waalaikumsalam" jawab Zafri Raid sambil melihat wajah isterinya yang tersenyum manis di depan pintu. Senyuman itu kembali membuatkan dia menangis teresak. Sendunya kedengaran hingga Kak Yan dan Kak Pim turut terkesan dan menangis bersama Zafri Raid.

Izz Zahrah berjalan kearah suaminya dengan senyuman yang lembut. Izz Zahrah menyalam tangan Zafri Raid sebelum segalanya berakhir pada malam ini. Zafri Raid akan keluar dari rumah mereka pada malam ini dan hanya akan bertemu ketika di Mahkamah Syariah nanti. " Saya nak masak makanan kegemaran awak dulu eh. Atau awak nak makan apa malam ni? Saya masakkan" sambung Izz Zahrah dengan tenang.

Zafri Raid menyambut tangan isterinya dan mengusap kepala isterinya dengan lembut. Lalu di cium lembut ubun-ubun Izz Zahrah. Dalam masa yang sama Izz Zahrah juga merasa sebak namun terpaksa ditahan dengan senyuman. "Maafkan saya Zahrah, maafkan saya.." itulah ucapan yang meniti di bibir Zafri Raid. "Masaklah apa saja yang awak nak masak. Sebab saya akan tetap makan walau apa saja air tangan awak" sambung Zafri Raid. "kini segalanya bakal berakhir Zafri, sudah tiada guna ditangisi sesalan ini" bisik lemah Zafri Raid dalam hati.

Dia Pemilik HatiWhere stories live. Discover now