Setahun telah berlalu dalam mengharungi bahtera rumahtangga antara Zafri Raid dan Izz Zahrah. Banyak hal yang baik da tidak baik berlaku namun mereka berjaya mengharunginya dengan baik. Dalam masa setahun ugak Izz Zahrah telah mengalami keguguran sebanyak dua kali kerana rahimnya belum kuat untuk menampung zuriat lagi. Izz Zahrahh kecewa tapi dia percaya dengan rezeki Allah SWT. Izz Zahrah selalu berasa sesak ketika ibu mertuanya Puan Fatimah yang terlalu memaksa mereka memberinya cucu. Encik Sulaiman selalu menegur tingkah isterinya namun Puan Fatimah yang terlalu keras kepala sering melenting ketika ditegur Encik Sulaiman.
Izz Zahrah merasakan dirinya gagal untuk menjadi isteri yang sempurna buat suaminya. Namun Zafri Raid selalu mengingatkan Izz Zahrah bahawa kalaupun mereka ditakdirkan untuk tidak mempunyai anak, Zafri Raid akan sentiasa menyayanginya. Mungkin bukan rezeki mereka lagi walaupun mereka berdua mampu dari segi kewangan, masa dan segalanya.
Dua tahun berlalu..Masuk ke tahun ketiga. Izz Zahrah mulai perasan Zafri Raid selalu balik lewat malam. Alasannya banyak kerja yang hendak diselesaikan . Izz Zahrah merasakan ada sesuatu yang suaminya sedang sembunyikan dari pengetahuannya. Dia mengajak Zafri Raid berbincang namun selalunya akan berakhir dengan pergaduhan. Setiap kali bergaduh Zafri Raid akan pulang ke rumah keluarganya menyebabkan Puan Fatimah mengambil kesempatan atas kesulitan anak dan menantunya. " Inilah masanya." Perlahan-lahan Puan Fatimah menyucuk jarum ke atas kejadian rumahtangga anaknya. Berpura-pura bertanya akan keadaan rumahtangga anaknya sehingga ke akar umbi. Si anak pula menceritakan masalah rumahtangganya sehingga ke dasar.
Hubungan antara Izz Zahrah dan Zafri Raid semakin dingin. Izz Zahrah slalu bersendirian di rumah manakala Zafri Raid banyak menghabiskan masa di rumah keluarganya. Memang benar Zafri Raid tidak pernah melupakan nafkah zahir buat isterinya tapi bagaimana dengan perasaan dan kesihatan mental Izz Zahrah?. Puas Encik Sulaiman menasihati anaknya namun tidak sedikit pun didengari oleh anak tunggalnya itu. Sehingga kan Encik Sulaiman menuturkan "Jangan sampai kamu menyesali tindakan kamu Zafri, masa tu kamu nak mengogoi bersedih dan merayu pun Zahrah tidak akan mnerima kamu masuk ke dalam hidupnya. Dah habis akal papa menasihati kamu ni. Ikut sahaja lah perangai mama kamu tu, ikut sahaja lah keinginan ibu kamu tu" nasihat Encik Sulaiman dalam nada yang sangat rendah kerana sedih dengan perangai anaknya. " Zafri, kalau benar kamu dah taknak dengan Zahrah tu lepaskan la dia nak. Jangan diseksa anak orang lain, jangan di dera perasaan dan mentalnya" tambah Encik Sulaiman lagi.
Sarah Afrina juga menyucuk jarum. Setiap kali Zafri Raid dan Izz Zahrah bergaduh sosok dirinya pasti tiba yang kononnya membantu untuk menenangkan perasaan Zafri Raid. Semua adalah kerana hasil kerjasama Puan Fatimah yang membantu Sarah Afrina mendapatkan Zafri Raid dengan mudah.
Izz Zahrah yang menanggung beban perasaan nya sendiri, hampir setiap malam menangisi keadaannya. Kak Yan, kak Pim dan Abang Bakar melihat keadaan Izz Zahrah yang kelihatan sangat sugul dan tertekan akibat perbuatan Zafri Raid. Setiap kali balik ke rumah soalan pertama yang singgah d mulutnya "Zafri ada tak Kak Yan?" "Zafri ada balik rumah?" tiada sekalipun dia memikirkan dirinya. Sudah penat dia menangisi takdirnya. Namun dia tetap cekal meneruskan langkah kakinya walaupun dia diambang kejatuhan. Sering bertanya dimana silapnya sebagai isteri. Suaminya hanya datang kepadanya ketika dia menginginkan kepuasan batin sahaja, seolah Izz Zahrah adalah tempat dia melampiaskan segala nafsunya sahaja. Adakalanya, Izz Zahrah dipaksa untuk membuat seks tanpa kerelaannya. Selepas itu, Izz Zahrah dibiarkan begitu sahaja. Tiada lagi ungkapan cinta dan sayang antara mereka.
Pada malam itu, Izz Zahrah merasa tidak sedap badan. Begitu juga nalurinya sebagai seorang isteri yang mengatakan ada sesuatu bakal terjadi. Di lain tempat, Zafri Raid telah layu dirayu oleh Sarah Afrina. Bukan sekali tapi setiap kali mereka bergaduh Sarah Afrina memujuk dan merayunya sehingga ia menjadi kebiasaan buat Zafri Raid menuju ke rumah Sarah Afrina ketika dia dan isterinya bertengkar.
YOU ARE READING
Dia Pemilik Hati
RomantikHUBUNGAN YANG DIUSAHAKAN SELAMA LAPAN TAHUN AKHIRNYA BERAKHIR DI PELAMINAN. NAMUN AKIBAT KETIDAKSABARAN PUAN FATIMAH YANG INGIN MENIMANG CUCU SANGGUP MENGHANCURKAN PERKAHWINAN ANTARA IZZ ZAHRAH DAN ZAFRI RAID " ISTERI KAMU MANDUL. MAMA NAK ZAFRI KAH...