Part 14

167 3 0
                                    

-14-

"Puan tunggu dahulu untuk 10 minit ya. Nanti saya panggil semula" kata pembantu klinik itu.

Hafiz Fahri yang sedari tadi melihat telefon nya mendengar setiap butiran yang dikatakan oleh pembantu klinik itu.

"Puan Izz Zahrah, sila masuk bersama suami ya" kata pembantu klinik itu.

"Abang, berlakon jap jadi husband Zee boleh?"bisik Izz Zahrah ke telinga Hafiz Fahri. Dan Hafiz Fahri hanya mengangguk tanda faham dan ikut masuk ke dalam bilik doktor.

Izz Zahrah duduk di hadapan doktor yang tengah tersenyum "Tahniah Ya Puan. Encik, isteri encik telah hamil. Puan sila baring di katil itu ya, saya nak periksa keadaan dan denyutan jantung bayi." Perut Izz Zahrah disapu gel untuk memudahkan pergerakan mesin itu. "Ni baby mama dan papa ya. Kalau di tengok ukuran panjang baby ni usia baby 16 minggu bersamaan 3 bulan 2 minggu" "Alhamdulillah, baby sihat ya. Aktif." "Saya akan bekalkan asid folik dan vitamin tambahan untuk mama. Papa kena jaga makanan dan pergerakan mama ya, jangan angkat barang berat, elakkan aktiviti yang lasak. Saya akan buka buku untuk baby dan mama ya. Okey mama dan papa boleh tunggu diluar untuk ambil vitamin" doktor menerangkan tanpa henti.

"ya terima kasih doktor" jawab Izz Zahrah. Izz Zahrah berjalan antara sedar ataupun tidak. Dia tidak tahu harus mengatakan apa lagi. Antara bersyukur dan bahagia namun dia juga berasa sedih. Lantas dia memegang perutnya "Terima Kasih sayang mama, terima kasih bertahan dalam rahim mama. Rupanya sayang yang selalu menjentik perut mama. Yang lapar selama ini adalah anak mama. Tapi mama minta maaf sayang, Sayang akan lahir tanpa kasih sayang Papa." Ucapnya berbisik namun masihh boleh didengari oleh Hafiz Fahri.

Hafiz Fahri merasa sebak mendengar ucapan Izz Zahrah yang begitu sayu. Hafiz Fahri mengambil vitamin dan membayar klinik "Zee, jom" panggil Hafiz Fahri menyedarkan Izz Zahrah dari mengelamun. "Zee nak balik rumah atau nak beli barang rumah" tanya Hafiz Farhan.

"beli makanan rumah la bang. Kan doktor suruh Zee jaga pemakanan. Zee nak beli maknan berkhasiat untuk baby mama ni"Jawab Izz Zahrah dengan sopan. "Hebatkan perancangan Allah bang. Ketika Zee bersama dengan Zaf, Allah uji Zee dengan keguguran dan ketiadaan anak sehingga itu menjadi punca dia berlaku curang di belakang Zee dan dituduh mandul oleh ibu mertua sendiri. Diwaktu Zee berpisah dengan dia, Allah hadirkan anak yang akan menemani hari-hari Zee seterusnya." Izz Zahrah menangis lagi. Dia tidak tahu kali ini airmatanya menangisi takdir hidupnya ataupun tangisan kesyukuran.

Izz Zahrah mengusap lembut perutnya dan berkata " Takpa Sayang mama, walaupun mama sendiri membesarkan sayang nanti. Takkan kurang kasih sayang mama untuk sayang. Kita sama-sama kuat ya sayang mama. Bantu mama ya" lirih sungguh suara Izz Zahrah ketika itu. Hafiz Fahri yang hanya diam mendengar setiap butir ucapan Izz Zahrah.

"Abang akan jaga Zee dengan baby. Jangan risau Zee takkan bersendirian. Abang ada untuk Zee." Begitulah janji Hafiz Fahri dalam hati. Walaupun baru sahaja kelmarin mereka berkenalan namun sudah ada satu perasaan yang istimewa dalam hati Hafiz Fahri. Izz Zahrah wanita yang layak untuk dilindungi dan disayangi.

Mereka pun sampai ke pasaraya Farley dan Iz Zahrah mula berjalan mencari barangan keperluan untuk di rumah. Otak Izz Zahrah seolah kosong dan tidak tahu hendak mula daripada mana setelah mengetahui keputusan kehamilannya tadi. "sepatutnya awak yang patut ada di sisi saya sekarang Zafri. Tapi orang asing ini yang membantu aku sekarang" luah Izz Zahrah dalam hati.

"Zee. Okey tak ni?" Panggil Hafiz Fahri lembut.

" Ha? Ya bang. Okey. Zee tak tahu nak mula dari mana?" Jawab Izz Zahrah tersengih menutup luka di hatinya.

"Kita mula dari beras ni. Lepas ni mesti Zee nak tambah bahan-bahan lain" cadang Hafiz Fahri.

" Hmmm, betul jugak. Ambik beras tu la bang. Cap Anggur colour Purple tu" Jawab Izz Zahrah menerima cadangan Hafiz Fahri.

Dia Pemilik HatiWhere stories live. Discover now