Izz Zahrah balik dengan keadaan yang penat. " macam ni ke penat nak urus majlis kahwin. Alangkah indahnya kalau Ibu, Ayah dengan Abang masih ada kat sini. Ibu, adik rindu Ibu." Lirih Izz Zahrah dalam sendu. Tanpa dia sedari airmatanya mengalir perlahan keluar dari kelopak matanya. Sambil dia mengelamun dan baring dekat katil tiba-tiba satu panggilan yang mampu mengukir senyuman nipis di bibir nya.
" Assalamualaikum adik, sihat tak?" kedengan suara lembut kakaknya Iris Nadeera dicorong telefon.
" Waalaikumsalam kakak, haaaa bila nak datang sini?adik penatlah kak, adik nak kakak datang sini" sambil merengek dengan tangisan sendu Izz Zahrah
Iris Nadeerah ketawa mendengar tangisan satu-satunya adik yang dia ada selepas abang Izz Zahrah meninggal dalam kemalangan kereta 15 tahun yang lalu. Iris Nadeera merasa sedih untuk adiknya yang tidak merasakan keluarga yang lengkap ketika hari bahagia nya. Dalam ketawa Iris Nadeerah sebenarnya sebak.
" Apalah adik ni, dah nak kahwin kot masi lagi nangis macam ni. Ni akak nak bagitahu, flight akak dengan abang Darwish pukul 7 petang ni. Pukul 11 macam tu akak dengan abang Darwish sampai eh. Jangan lupa ambil tau." Pesan Iris Nadeera kepada adik kesayangan nya.
"oh yeahh!! Eh akak dgn abang Darwish je? Flower girls adik tak ikut?" Tanya Izz Zahrah kepada kakak nya pulak.
" Flower girls adik ni semua ikut la. Dah mommy diorang nak kahwin mana nak tinggal" jawab Iris Nadeera. " Yelah dik, kami nak boarding dah ni,jumpa nnti eh. Assalamualaikum" sambung Iris Nadeera lagi.
"okey kak, jmpa nnti In Shaa Allah. Hati-hati tau. Waalaikumsalam" jawab Izz Zahrah.
Dalam hati Izz Zahrah sangat gembira walaupun Ibu, Babah dengan Abang telah tiada, namun kakak nya tidak pernah sekalipun mengabaikannya selepas daripada kematian ibu mereka 3 tahun yang lalu. Dalam masa yang sama, Izz Zahrah juga tiada masalah mengenai kewangan kerana dia sendiri bekerja dalam sektor awam kerajaan yang memegang gred jawatan N44 di salah sebuah Kementerian.
Izz Zahrah merupakan siswazah Masters Degree In Human Resources di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dia bertemu dengan Zafri Raid ketika zaman Diploma dulu dekat UMS. Zafri Raid merupakan senior Fakulti Perniagaan. Mereka berkenalan ketika minggu orentasi, Zafri Raid menjadi Fasilitator yang bertugas menjaga kumpulan Izz Zahrah pada ketika itu. Zafri yang dikenali sebagai senior yang paling kejam dan sombong dalam memberikan tugasan. Izz Zahrah tidak terkecuali terkena tugasan kejam daripada Zafri Raid.
Antara tugasan yang Izz zahrah terpaksa buat adalah memanjat sebuah pokok yang terdapat dekat kawasan Dewan Cancelor UMS. Pada ketika itu hujan lebat namun tugasan terpaksa dibuat kalau tidak kumpulan Izz Zahrah akan didenda mencuci tandas di mana-mana Fakulti. Walaubagaimanapun malang tidak berbau ketika Izz Zahrah ingin turun daripada pokok itu, Izz Zahrah tergelincir terhempas ke tanah dan menyebabkan kaki Izz Zahrah terseliuh teruk dan menyebabkan dia terpaksa bercuti selama dua minggu kerana lagsung tidak dapat bergerak.
Izz Zahrahh menyimpan dendam dan sakit hati yang teramat sangat hingga menyebabkan dia benci melihat Zafri Raid pada ketika itu. Selepas dua minggu Izz Zahrah berehat, akhirnya dia dapat pergi ke kelas seperti biasa. Selesai kelas pada petang itu, Zafri Raid telah menunggu di tangga laluan Izz Zahrah untuk pulang ke asrama.
" Ish! Apahal plak beruk ni ada kat sini?. Takde tempat lain ke nak stay? Yun, tunggu aku. Tolong cover aku babe. Aku malas nak jumpa beruk sekor ni." Bebel Izz Zahrah dalam keadaan marah.
"ok babe aku try tapi kalau dia nak cakap dengan kau aku tak dapat nak tolong. Rasanya dari tadi dia tunggu someone kat situ, memang kau la dia tunggu" jawab Nuryn.
" Cik Izz Zahrah Binti Izz Arfan! Meh sini jap, aku nak cakap dengan kau. Kau yang satu tu tepi jap, aku nak cakap dengan Zahra sendirian" Panggil Zafri Raid dengan muka sombng.
YOU ARE READING
Dia Pemilik Hati
RomanceHUBUNGAN YANG DIUSAHAKAN SELAMA LAPAN TAHUN AKHIRNYA BERAKHIR DI PELAMINAN. NAMUN AKIBAT KETIDAKSABARAN PUAN FATIMAH YANG INGIN MENIMANG CUCU SANGGUP MENGHANCURKAN PERKAHWINAN ANTARA IZZ ZAHRAH DAN ZAFRI RAID " ISTERI KAMU MANDUL. MAMA NAK ZAFRI KAH...