Izz Zahrah membuat persediaan di Sabah manakala Hafiz Fahri terpaksa balik ke Bintulu kerana ada kerja yang harus diselesaikan. Izzat Hafiy tinggal bersama Izz Zahrah di sabah dan sekarang ini pandai memanggil "babah". Setiap hari Hafiz Fahri wajib menelefon anak kesayangan nya itu. Jika tidak Izzat Hafiy pasti demam.
Selepas 3 bulan pemergian Zafri Raid sekeluarga, peguam yang di upah Encik Sulaiman akhirnya datang menemui Izz Zahrah. Dan kedatangan nya mengejutkan Izz Zahrah.
"tingtong!" bunyi loceng rumah Izz Zahrah berbunyi. "sekejap!" laung Izz Zahrah dari dalam kerana dia sedang menyiapkan sarapan untuk dia dan Izzat Hafiy. Terkocoh-kocoh Izz Zahrah berlari ke muka pintu sambil memakai tudung sarungnya. Terkejut Izz Zahrah melihat sosok yang sangat dikenalinya dihadapan muka pintu.
"Uncle Ismail, maaf. Izz tengah siapkan sarapan untuk Hafiy. Jemput masuk uncle." En. Ismail masuk dan duduk di ruang tamu sementara Izz Zahrah mengambil Izzat Hafiy untuk menyuapkan nya sarapan. "Mak som, tolong buatkan air ya". Arah Izz Zahrah kepada amah nya yang sudah dianggap seperti ibu sendiri.
"Baik Izz" jawab Mak Som. Mak Som pun menghantar minuman panas yang di pesan oleh Izz Zahrah tadi dan menuangkan dua gelas dimeja.
"terima kasih Mak Som" itulah sifat Izz Zahrah yang disenangi oleh semua orang termasuk insan besar yang ada dihadapan nya sekarang ini. Murah dengan senyuman dan sangat menghormati orang-orang disekelilingnya.
"Izz sihat? Izz tahu kan apa tujuan Uncle datang sini?" Soal Encik Ismail dengan lembut.
"Alhamdulillah Uncle. Izz Sihat, Hafiy Sihat. Izz tak tahu Uncle." Jawab Izz Zahrah dengan sopan dan berpura-pura tidak tahu sedangkan dia tahu apa yang ingin disampaikan. Encik Ismail tahu apa yang seang dirasakan oleh Izz Zahrah.
Encik Ismail tersenyum tanda faham dan mengeluarkan dokumen-dokumenn yang perlu ditandatangani oleh Izz Zahrah. "Izz, ni dokumen yang perlu ditandatangani oleh Izz selaku waris kepada Almarhum Encik Sulaiman." Ucap Encik Ismail yang sedaya upaya menahan sebak atas kehilangan sahabat baiknya itu.
"Izz sebagai waris? Kenapa?" Izz Zahrah terkejut dengan pernyataan Encik Ismail.
"kenapa bukan Zaf? Itu yang Izz nak tanya kan?". Jawab Encik Sulaiman dan ada anggukan kecil daripada Izz Zahrah sambil menunduk. "arwah seperti tahu mereka sekeluarga akan pergi. Zaf ada bersama semasa arwah buat hibah ni Izz. Arwah mak Zaf pun setuju hibah ni diberikan untuk Izz dan Hafiy. Izz Zahrah menangis teresak mendengar pengakuan daripada Encik Sulaiman. "maafkan Izz Mak, maafkan Izz" ucap Izz Zahrah dalam hati. "rumah , kereta dan segala kepunyaan arwah adalah hak mutlak Izz dan Hafiy. Terpulang dengan Izz nak buat apa. Arwah bertiga juga ada meninggal surat untuk Izz dan ini arwah Zaf tinggalkan untuk bakal suami Izz. Izz go through la dlu dokumen-dokumen ni dan bila Izz dah ready boleh call Uncle personally untuk Uncle uruskan ye. Uncle minta diri dulu sebab nak pegi court ada kes Uncle kena uruskan. Assalamualaikum Izz." Sambil mencuit pipi comel Izzat Hafiy.
Encik Ismail sengaja memberi alasan kerana tidak sanggup melihat insan sebaik Izz Zahrah menangis teresak tanpa sempat Izz Zahrah menjawab apa-apa. Encik Ismail turut menangis teresak di dalam kereta. "demi Allah, Man. Aku dah jalankan tanggungjawab aku dan benarlah apa yang kau bagitahu aku Izz anak yang baik dan menyayangi keluarga kau tanpa syarat. Aku yakin, hartamu akan diuruskan dengan baik oleh menantu kesayanganmu" ujar Encik Ismail dalam esakan halusnya.
Mak Som mendatangi Izz Zahrah dan memeluknya dengan erat. Berat ujian Izz Zahrah tanggung namun Izz Zahrah seorang anak yang Tangguh dan kuat. Izz Zahrah melampiaskan kesedihannya dalam pelukan Mak som yang membuatkan Hafiy kebingungan dan seolah faham juga turut memeluk mamanya. Tangan comel itu mengusap rambut mamanya dengan lembut.
Tanpa Izz Zahrah ketahui Hafiz Fahri berdiri dpn muka pintu. Mahu sahaja dia memeluk permaisuri hatinya namun dia masih mengingati batas-batas agama. "kenapa Mak Som?" Hafiz Fahri bertanya dengan lembut dengan ibu angkat mereka.
"Peguam Encik Sulaiman datang tadi jumpa dengan Izz serahkan dokumen-dokumen hibah dengan Izz. Dan arwah bertiga ada tinggalkan surat untuk Izz dan arwah Zaf ada tinggalkan surat untuk Fiz." Jawab Mak Som dengan lengkap. Hafiz Fahri mengangguk tanda faham.
"Sayang, hey. I'm here. It's okey." Pujuk Hafiz Fahri dengan lembut dan mengambil Izzat Hafiy yang masih duduk di kerusi makan nya. "babah, babah" Izzat Hafiy meloncat gembira dengan kedatangan babahnya. "sayang anak babah ni comotnyaaa..baru habis makan ke sayang?" soal Hafiz Fahri dan disambut anggukan anak kesayangannya.
"Mak som tolong mandikan Hafiy dulu ye, saya uruskan Izz". Arah Hafiz Fahri kepada Maksom dengan lembut. Selepas Mak som berlalu Hafiz Fahri memangiil buah hatinya dengan lembut. "Sayang.." panggil Hafiz Fahri dengan Izz Zahrah yang kini mulai reda tangisnya. "Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan umatNya. Kita kena redha Allah dah ambik orang-orang yang kita sayang. Kita kena tolong mereka di sana ya Sayang." Pujuk Hafiz Fahri dengan lembut. Izz Zahrah mengangguk perlahan.
"sekarang ni sayang naik bilik dulu, mandi, rehat ya. Hafiy nanti abang uruskan. Jangan fikirkan sangat ya, majlis kita dah dekat. Abang taknak sayang sakit. Okey?" Sambung Hafiz Zahri lagi.
"baik abang. Abang, terima kasih ya" Ucap Izz Zahrah dengan lembut. Izz Zahrah menaiki tangga satu persatu dengan lambat. Hafiz Fahri hanya melihat bakal isterinya itu naik ke bilik. Izz Zahrah mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi, membasahkan seluruh badannya dengan air pancur dan kembali menangis. Hampir setengah jam dia mandi dan akhirnya keluar. Izz Zahrah mencapai telekung dan Al-Quran, duduk menghadap kiblat dan membaca Al-Quran dengan perasaan yang sebak. Hafiz Fahri yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik Izz Zahrah turut menangis mendengar suara Izz Zahrah yang teresak dalam bacaan ayat-ayat suci itu.
Selesai Izz Zahrah tertidur di sejadah dan bermimpi dengan Encik Sulaiman sekeluarga. Dalam mimpinya kepala izz Zahrah diusap lembut oleh Encik Sulaiman dan Puan Fatimah mengucup lembut dahinya. Zafri Raid hanya tersenyum manis melihat Izz Zahrah yang seperti kebingungan. "kami sayang Izz sangat-sangat. Jaga diri ya nak. Doakan kami ya." Puan Fatimah memeluk Izz Zahrah dan meninggalkan pesanan-pesanan itu. Izz Zahrah terbangun dan mengucap Panjang. "Astaghfirullahaladzhim!!" cepat-cepat dia meraup wajahnya.
Kedengaran sayup-sayup azan zohor berkumandang. Izz Zahrah bangun dan kembali mengambil wuduk dan menunaikan solat Zohor dengan khusyuk. Izz Zahrah turun ke bawah dan melihat Hafiz Fahri tengah menyuap Izzat Hafiy yang begitu girang disuap oleh babahnya. Hafiz Fahri tersenyum melihat Izz Zahrah yang lebih baik dari pagi tadi. Izz Zahrah mencium ubunan Izzat Hafiy sambil tersenyum dengan bakal suaminya.
"dah okey? Jom makan sayang" pelawa Hafiz Fahri di sambut anggukan Izz Zahrah. Izz Zahrah menyudukan nasi ke pinggan Hafiz Fahri. Mak Som juga turut makan bersama Izz Zahrah sekeluarga. Selesai makan Mak Som mengambil pencuci mulut yang di buat oleh Izz Zahrah pagi tadi.
"hmm sedap pudding ni, Mak Som buat ke? Tanya Hafiz Fahri jujur.
"bukan Mak Som, tu hah bini kamu yang buat. Sedap kan. Izz ni memang terkenal dengan pencuci mulut dia kalau ada majlis-majlis keluarga. Dah la pandai masak, cantik pulak tu, hmm apa lagi ya?" jawab Mak Som sengaja menceriakan suasana. Hafiz Fahri ketawa mengekek .
"hmmm Mak Sommm dahhhh la tu. Gaji Izz tak tambah ya" Jawab Izz Zahrah membidas jenaka Mak Som. Mereka semua ketawa serentak. Bahagia kembali hadir untuk insan Bernama Izz Zahrah ini. Mak Som memeluk Izz Zahrah dan berbisik "bahagialah nak. Kami bersama Izz". Izz Zahrah memeluk kembali Mak Som dan mencium tangan tua itu. "terima kasih Mak" jawab Izz Zahrah.
YOU ARE READING
Dia Pemilik Hati
RomanceHUBUNGAN YANG DIUSAHAKAN SELAMA LAPAN TAHUN AKHIRNYA BERAKHIR DI PELAMINAN. NAMUN AKIBAT KETIDAKSABARAN PUAN FATIMAH YANG INGIN MENIMANG CUCU SANGGUP MENGHANCURKAN PERKAHWINAN ANTARA IZZ ZAHRAH DAN ZAFRI RAID " ISTERI KAMU MANDUL. MAMA NAK ZAFRI KAH...