Part 8

179 9 0
                                    

Tarikh yang ditunggu oleh Izz Zahrah dan Zafri Raid telah pun tiba. Izz Zahrah tiba awal di Mahkamah Syariah kerana dia tidak mahu melihat orang-orang yang telah memusnahkan rumahtangganya. Izz Zahrah duduk di hadapan memakai busana serba hitam dan ditemani oleh peguam yang juga merangkap sahabat rapatnya.

" Zee, diaorang dah sampai. Ada kat belakang" Ujar Uwais Hakim

" Hmm, biarlah. Ada tak Papa mertua aku Kim?Izz Zahrah langsung tidak menoleh ke belakang. Dia hanya duduk dengan tenang di kerusinya. Langsung tiada tekanan kelihatan dari cara Izz Zahrah duduk. Zafri Raid ingin sekali melihat wajah itu buat kali terakhir. Sarah Afrina duduk disebelahnya menempel bagaikan lumut yang tak ingin lari dari dinding yang kotor.

"Ada. Kau nak aku sampaikan apa-apa tak dengan dia?" soal Uwais Hakim

"Ada, bagi note ni dengan dia" Izz Zahrah memberi sekeping kertas dengan Uwais Hakim untuk disampaikan dengan Encik Sulaiman. Nota itu bertulis " Papa, selesai kes ni nanti kita jumpa sekejap eh. Ada yang Zahrah nak bagitahu. Tunggu Zahrah kat Café Hilton Hotel." Izz Zahrah tinggal di hotel itu sebelum berangkat ke Bintulu minggu hadapan.

Uwais Hakim menyerahkan nota itu ke tangan Encik Sulaiman dan Encik sulaiman menerima nota itu dengann senyuman. Zafri Raid terdenganr ucapan peguam itu dengan papa nya.

"Encik Sulaiman kah? Ada nota daripada client saya untuk encik" ujar Uwais Hakim.

"Ya encik. Oh Terima kasih ya. Bagitahu dia saya selalu ada untuk dia" ucap Encik Sulaiman dengan senyuman yang terpaksa. Uwais Hakim mengangguk dan tersenyum.

"Baik sungguh mertua lelaki kau Zee, nampak sangat dia ikhlas sayang kau. Dia cakap dia akan selalu ada untuk kau" ujar Uwais Hakim setelah melabuhkan punggungnya di kerusi.

Izz Zahrah hanya senyum tanpa mengungkapkan apa-apa. Dalam berduka ini dia bersyukur masih ada yang menyayanginya seperti anak sendiri. Itulah dia Encik Sulaiman yang ikhlas menyayanginya tanpa syarat.

Tidak lama selepas itu mahkamah bersidang. Hakim Mahkamah Syariah memulakan kes bicara Zafri Raid dan Sarah Afrina yang telah ditangkap khalwat dua bulan lepas. Zafri Raid dan Sarah Afrina mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM3,000 seorang dan dikehendaki berkahwin secepat yang mungkin.

Kes seterusnya tuntutan cerai Fasakh antara Zafri Raid dan Izz Zahrah. Uwais Hakim mengemukakan bukti-bukti kesalahan Zafri Raid terhadap isterinya. Dalam kes ini juga Zafri Raid mengaku bersalah kerana mendatangkan mudarat kepada kesihatan mental dan diri Izz Zahrah sendiri. Zafri Raid sendiri menyatakan kesalahan nya di hadapan Hakim pada ketika itu.

"Saya Zafri Raid pernah mendatangi isteri saya dalam keadaan dia tidak rela pada malam itu, saya memaksa dia melakukan hubungan kelamin bersama dia dalam keadaan dia tidak sihat dan lemah. Saya juga mengabaikan kebajikannya, tidak pulang ke rumah selama beberapa bulan dan hanya mendatanginya ketika saya ingin berhubungan seks sahaja" Ujar Zafri Raid yang mengakui kesilapannya di hadapan semua orang.

Izz Zahrah hanya tunduk mendiamkan diri. Uwais Hakim terkejut dengan penerangan kesalahan yang diakui oleh Zafri Raid sendiri kerana Izz Zahrah tidak pernah membuka aibb suaminya. Sungguh Uwais Hakim kagum dengan wanita kuat dihadapannya ini. Walaupun ingin bercerai namun tidak pernah sekalipun Izz Zahrah mengumbar aib suaminya.

Hakim bertanya kepastian yang dinyatakan oleh Zafri Raid sebentar tadi adakah benar Zafri Raid melakukan hal itu. "Ya, Yang Arif Hakim. Benar." Izz Zahrah terpaksa mengaku kerana dia ingin menyimpan aib itu sendiri.

Selepas perbincangan antara hakim dan peguam, mahkamah memutuskan untuk Zafri Raid menjatuhkan talak ke atas Izz Zahrah. Zafri Raid kembali ke kandang tertuduh untuk melafazkan talak ke atas isterinya. Dengan lemah dia berjalan ke arah tempat itu. Izz Zahrah juga di arahkan untuk ke kandang defendan.

Dia Pemilik HatiWhere stories live. Discover now