Part 23

77 1 0
                                    

Setahun telah berlalu dan Izz Zahrah pun Berjaya berjalan semula seperti biasa dan dia masih meneruskan fisioterapi walaupun hanya dilakukan sendiri dengan bantuan Hafiz Fahri yang memberikannya semangat. Izzat Hafiy juga sudah sangat aktif dan sangat membantu dari segi senaman kepada Izz Zahrah. Dek kerana kejadian yang menimpa dia, Izz Zahrah terpaksa melepaskan kerjayanya dan mengambil pencen muda dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya yang makin maju dengan segala tingkah yang adakala menguji kesabarannya sebagai ibu.

Dalam pada waktu itu Hafiz Fahri kembali menguruskan urusan pernikahan nya bersama Izz Zahrah yang telah pun tertangguh selama setahun. Mereka akan kembali ke Kota Kinabalu untuk urusan mengenai perkahwinan yang mana Izz Zahrah akan bernikah di rumah keluarga mereka. Izz Zahrah hanya berhubung dengan wedding plannernya melalui telefon sahaja memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan untuk dia berjumpa secara berdepan.

Selain itu, Sarah Afrina bakal didakwa dengan cubaan membunuh dengan niat dan berniat untuk mencederakan Izz Zahrah dan dia telah pun diceraikan oleh Zafri Raid setelah mereka mengetahui tentang apa yang terjadi kepada Izz Zahrah akibat Tindakan Sarah Afrina. Perbicaraan berlangsung di Kota Kinabalu dan diwakili sendiri oleh Iris Nadeera yang menjadi peguam kepada Izz Zahrah.

Banyak hal yang terjadi selama setahun itu. Tidak kurang jugak hebatnya dugaan perhubungannya bersama Hafiz Fahri yang hampir sahaja kandas di tengah jalan akibat daripada gangguan daripada Zafri Raid yang terus menganggu Izz Zahrah dengan alasan ingin mengetahui tentang anak mereka. Oleh itu sebaik sahaja Izz Zahrah sembuh dan boleh berjalan Hafiz Fahri segera menguruskan urusan perkahwinan mereka.

Kepulangan Izz Zahrah pada hari itu amat dinantikan oleh keluarga dan sahabatnya dan mereka amat gembira melihat keadaan Izz Zahrah yang berjalan seperti sedia kala sambil menolak baby seat bersama Hafiz Fahri yang membawa beg-beg mereka. Berlari sahabat-sahabatnya memeluk Izz Zahrah dengan erat.

"im good everybody, and im coming back stronger!!" ujar Izz Zahrah sambil mengesat airmatanya. Sungguh Allah SWT Maha Baik dan Maha Melindungi diri dan juga keluarganya. Dulu dia pernah berjanji tidak ingin kembali ke Kota Kinabalu jika tiada hal yang mendesak. Dan hari ini Allah mentakdirkan dirinya kembali dengan harapan dan kekuatan yang baru.

Bekas Bapa mertuanya datang dan memeluk cucunya buat kali pertama. Begitu juga dengan bekas ibu mertua dan bekas suaminya. Senyum Izz Zahrah hilang saat melihat Bekas Ibu Mertua dan bekas suaminya datang untuk menyambut di lapangan terbang. Encik Sulaiman hanya memberi isyarat mata kepadanya.

"Zee, boleh tak saya nak bawa Hafiy bermalam kat rumah saya malam ni?" Soal Zafri Raid. Mencerlung mata Izz Zahrah mendengar soalan daripada Zafri Raid.

"No! kalau nak jumpa dia you can come to my family's house. Masih ingat kan kat mana. Hafiy tak pernah berpisah daripada saya sejak dari lahir. So No!. Thank you." Tegas jawapan Izz Zahrah.

"kenapa pulak tak boleh? Zaf ada hak nak ambil anak dia. Kau jangan nak mengada ya Izz. Dia cucu aku taw!!" Marah Puan Fatimah.

"cucu?!" well Puan Fatimah, bukan kah puan cakap say ani mandul, tak boleh beranak. Puan nak saya sebut satu-satu dengan semua perkataan yang puan pernah cakap dengan saya?! Nak saya cakap tak?! Tidak dinafikan Zaf ni bapak dia, Zaf bagi nafkah dan tidak pernah berkira dengan anak dia tapi saya ada surat mahkamah yang menghadkan perjumpaan puan dan anak puan untuk berjumpa dengan Hafiy. Tolong ambik maklum eh." Ujar Izz Zahrah menerangkan kepada mereka.

"Pa, maafkan Zee ya. Malam nanti papa datang rumah Zee ya, kita ada buat doa selamat sikit dan makan-makan sikit. Bolehlah papa main lama sikit dengan Hafiy. Cuma Zee harap tak bawa Puan Fatimah, bawa Zaf takpa. Boleh ya pa?" lembut tutur Izz Zahrah kepada Encik Sulaiman. Tersenyum Encik Sulaiman dengan permintaan Izz Zahrah dan hanya mengangguk tanda faham.

Dia Pemilik HatiWhere stories live. Discover now