TWEP | Bab 23

54 3 0
                                    

Airish menjalankan misinya. Dia menaip dan mencari cawangan Mc Donald yang berada jauh daripada tempatnya. Sengaja dia mencari yang jauh kerana tujuan utamanya ialah untuk membelanjakan duit Faid sebanyak yang mungkin. Yes, ini adalah dendam yang menguntungkan buat Airish. Airish senyum bahagia.

Airish mengorder semua menu sarapan yang ada di Mc Donald. Setiap jenis makanan dia tekan sehingga berjumlah 10 kuantiti .Daripada makanan sehingga ke air. Tiada yang terkecuali. Apabila hati sudah puas dia pun terus ke langkah seterusnya iaitu langkah pembayaran. Id dan password kad bank milik Faid dimasukkan.

Jumlah perbelanjaan hampir mencecah RM500. Airish sedikit terkejut. Namun, sakit hati yang tersimpan haruslah dikeluarkan sebelum ia menjadi dendam.

"AIRISH ZUHAIRAH!". Airish sedikit terkejut dengan suara itu. Bergema satu rumah. Dia dapat merasakan bahawa suara itu milik Faid. Ya, tekaannya tepat dan jitu. Itu memang suara Faid Zikry. Suara nya jelas menyatakan bahawa dia sedang marah.

"Rish, kau gila ke apa?! Order Mc Donald sampai bayar beratus-ratus???". Telefonnya diangkat lalu ditunjukkan mesej transaksi daripada bank yang terlah berjaya. Airish diam, masih terkejut dengan sikap Faid.

"Aku tahu aku salah, kau pun tahu kan aku tak sengaja and aku tak tahu pasal period craving kau also aku tegur kau sebab aku risau dekat kesihatan kau. But, i think this is too much...Membazir...Kau tahu tak? Don't you think the same way Airish?". Jelas terpancar wajah marah Faid. Sangat menggerunkan umpama singa yang tidur tetapi di suruh untuk mandi.

Airish juga baru sedar yang kali ini teknik serangan balasnya agak keterlaluan dan dia juga sangat terharu yang Faid merisaukan tentang kesihatannya. Dengan itu, dia perlu meminta maaf. Namun, baru sahaja Airish ingin membuka mulut. Faid mencantasnya dengan pantas.

"God damn it! Kau mana nak tahu kan? yang kau tahu asyik nak ajak aku main 'GAME' bodoh kau tu. Kau boleh tak lepasni tolong stop benda bodoh ni? Kau tu dah besar Airish boleh fikir mana baik dan mana buruk dengan jelas". Nada Faid berubah menjadi kesal begitu juga dengan wajahnya...kecewa. Faid membuka langkah nya untuk naik ke bilik.

" Faid, wait I'm so sorry. Ye salah aku, aku minta maaf. Aku mengaku tindakan aku kali ni agak melampau. Untuk tebus balik kesalahan aku nanti aku bayar balik duit kau". Airish berseloroh. Selain daripada wajahnya, suaranya juga dapat membuktikan bahawa dia sangat sesal akan perbuatannya.

Faid mengeluh lembut.

"Rish pasal duit tu aku tak kesah. Duit aku boleh cari tapi makanan yang kau order tu banyak sangat, membazir. Kau tahu kan makanan yang kau bazir tu boleh kenyangkan orang yang berhari-hari tak makan, kau tahu kan? Harga makanan yang kau beli lebih-lebih tu hampir sama dengan jumlah gaji orang lain tahu tak?". Faid memusingkan tubuhnya menghadap Airish. Dapat dia lihat wajah Airish yang menahan air mata.

" I'm sorry Faid...janji tak buat lagi". Akhirnya empangan air mata Airish pecah begitu saja. Lembut suara Airish mengungkapkan kata-kata maafnya tadi. Tersengguk-sengguk Airish menangis. Hati lelaki manalah yang tak cair mendengar ungkapan maaf tadi?

" Dah jangan nangis, takpa... Aku maafkan lepas ni jangan buat lagi tau? Nanti kalau ada lebihan makanan tu kita kasi kat orang yang memerlukan". Jaraknya dan Airish di dekatkan, kepala Airish yang terlindung itu diusap perlahan.

Airish mengangguk perlahan. Airish terkesima, terdiam dan terkedu. Rasa bersalahnya kian menggunung seperti gunung Kinabalu. Faid tersenyum nipis. 

"Dah jom tolong aku amik makanan kat luar, kesian abang food panda kena sidai". Faid menarik Airish keluar dan tanpa sebarang bantahan dia pun akur.  Akur kerana semuanya salahnya. 

'Kalau aku tak ajak dia main 'GAME' aku tiap kali gaduh mesti tak jadi macam ni kan? Tapi kenapa aku suka  dia terjebak sekali dalam 'GAME' ni eh? Cara dia layan aku buatkan aku rasa something yang aku sendiri tak boleh terangkan. He make me happy, so is this what me called L O V E??? Seriously?!'. Airish bermonolog sendiri. Pening dengan dirinya sendiri.

Terlopong mata Airish dan Faid melihat 5 orang rider foodpanda menunggu di hadapan rumah. Bag kertas Mc Donald itu diangkat samampu yang boleh ke dalam, penuh dengan kesabaran yang tinggi. 

"Ada kenduri ke bang? Banyak jugak ye abang order". Tanya salah seorang rider tersebut sambil mengagihkan bag kertas berisisi makanan itu kepada mereka.

"Eh takdelah, ni adik saya ni nafsu makan dia mengalahkan babi hutan, ruangan perut dia pulak mcm tank lorry cement. Jadi sebagai abang yang baik saya turutkan jelah permintaan dia, kang tetiba kena sondol, naya Pak Abu". Faid mengelengkan kepalanya.

Rider foodpanda itu ketawa serta merta lalu mengangkukkan kepalanya tanda setuju. Airish terdengar perbualan mereka namun hanya menahan geram dan amarah.

'Ko samakan aku dengan babi hutan, Faid Zikry?!'. Airish mempersoalkan kenyataan itu.

Setelah penat keluar masuk rumah memunggah makanan, Airish terus menyusun makanan tersebut. Dia terdiam akibat melihat makanan yang diordernya sangat banyak. Walaupun Faid dah agihkan sikit pada rider foodpanda tadi tapi still nampak banyak.

"Betulah apa Faid cakap, nafsu aku memang mengalahkan babi hutan". Airish mengeluh kecil. 

"Kan? Aku dah cakap. Tapi nak buat macam mana nasi lemak tepi jalan dah jadi bubur Mc Donald. Dah tak boleh buat apa dah". Faid tiba-tiba datang  dan membantu Airish menyusun makanan itu. 

"Hmm sorry". Airish berkata kecil.

Suasana janggal itu dipecahkan dengan suara insan yang sangat di kenali, Mirza Affandi.

"Good Morning You All!!!!". Kata Mirza dengan nada yang sangat gembira. Dahi adiknya, Airish dicium lembut.

"What the hell, banyak gila makanan korang order! I like! Oh wow, ada pancake dengan hashbrown!". Mirza terus mengambil tempat dimeja makan. Manakala, Airish dan Faid saling berpandangan. 

Faid dan Airish berbisik.

"Dia memang main makan je eh? Tak tanya pon kenapa order banyak ke apa". Airish berkata.

"Manalah aku nak tahu, tu kan abang kau". Kata Faid binggung.

"Betul jugak tu but still no answer for that". Airish menjawab.

"Takpelah biarlah dia makan, jangan rosakkan happy mood dia". Kata Faid lagi.

Airish dan Faid mengangguk tanda setuju.

Macam biasa, Mirza menikmati sarapan paginya dengan penuh kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan tanpa sebarang persoalan mahupun halangan. Kalau dia tinggal satu bumbung dengan musuh dah lama dah mati kena racun. 

Sesudah mereka habis bersarapan pagi, lebihan makanan yang ingin diagihkan kepada orang diasingkan. Lumayan banyak jugak. Faid menyuruh Airish dan Mirza bersiap untuk membawa makanan tersebut ke Pusat Tahfiz yang terdekat. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 14 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Trophy Wife Encik PilotWhere stories live. Discover now